Home / Semasa / Nasi campur cecah RM23 tular, ramai terharu & kesian bila tgk lauk yg dia amik | MyBlog

Nasi campur cecah RM23 tular, ramai terharu & kesian bila tgk lauk yg dia amik | MyBlog

PETALING JAYA – Jika sebelum ini tular beberapa harga makanan melibatkan sotong & sayur kailan ikan masin, kini tular pula harga makanan bagi nasi campur yg turut disifatkan terlalu mahal.

Perkara itu tular didalam media sosial sejak semalam selepas satu klip video dimuat naik oleh RaidAfiqz memaparkan resit beserta makanan yg diambil.

Berdasarkan klip video berdurasi 27 saat itu, kelihatan beberapa orang sedang menikmati makanan tengah hari dipercayai nasi campur di sebuah kedai makan, namun lokasi kejadian tdk dapat dikenal pasti.

Apa yg mengejutkan, harga bagi makanan yg diambil kesemuanya melebihi RM10 sehingga mencecah RM23 utk satu hidangan.

Meninjau di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai turut menyifatkan harga yg diberikan oleh peniaga tersebut adalah terlalu mahal & tdk patut.

“Pandai tauke kedai cari makan, Allahuakbar terharu & kesian pada mereka sebab boleh pokai makan kedai macam ini,” kata Naqis Umirose.

“Ya ampun mahalnya, di Sungai Petani ada kedai yg saya pergi makan sepinggan RM9 pun dah rasa mahal,” jelas Paqhija pula.

“Weh ikan keli sekor dengan sayur sesenduk RM11.50. Betul-betul naik harga tu,” ukar Deklaa.

Tangkap layar harga bagi hidangan nasi campur dipercayai mencecah sehingga RM23.

Kos bahan mentah, logistik punca kenaikan harga barang

KUALA LUMPUR: Kos bahan mentah & logistik terutama pengangkutan serta gudang yg meningkat sehingga 30 peratus antara punca kenaikan harga barang keperluan.

Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata kos alat ganti & pembungkusan juga turut meningkat antara 11 hingga 15 peratus, selain peningkatan kos buruh sebanyak enam hingga 10 peratus.

“Berdasarkan tinjauan FMM, kenaikan harga barang keperluan kebanyakannya disebabkan oleh bahan yg diimport.

“Namun peningkatan terbesar dalam komponen kos dialami syarikat adalah disebabkan oleh kos bahan mentah & logistik yg melebihi 30 peratus.

“Bagaimanapun kenaikan harga barang bukan baharu & berdasarkan pemerhatian, kos makanan segar lebih tinggi sejak September 2021 manakala kos logistik meningkat sejak Julai 2021,” katanya kepada BH.

Thian Lai berkata, berdasarkan tinjauan pihaknya, kenaikan kos juga akan menyebabkan harga plastik, produk plastik, minuman, makanan, tembakau & barangan elektrik serta elektronik meningkat.

“FMM menjangkakan harga mungkin akan dinaikkan sebanyak satu sehingga lima peratus walaupun terdapat beberapa responden yg menunjukkan kenaikan antara enam sehingga 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga barang boleh dikurangkan jika bekalan tempatan dijadikan pengganti sama dengan bahan diimport, selain mengawal kos logistik.

“Bagaimanapun, utk pelan jangka pendek, banyak syarikat sudah mengambil langkah proaktif mengurangkan kos dalaman dengan menggunakan bahan lebih murah utk kekal berdaya saing dalam perusahaan serta mengelak kerugian,” katanya.

Justeru Thian Lai berkata, dalam usaha mengawal kenaikan harga barang, pelbagai agensi kerajaan perlu campur tangan bagi memastikan inflasi dapat dikawal terutamanya bagi barangan keperluan.

Selain itu katanya, oleh k3rana baru memasuki tahun baharu pihaknya berkeyakinan tinggi negara mampu mencapai pemulihan yg pantas daripada krisis COVID-19 yg banyak menjejaskan pertumbuhan ekonomi, sosial & pembangunan negara sejak dua tahun lalu.

K!ONLINE

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.