Home / Semasa / Sesak Teruk, Terpaksa Beratur Tunggu Giliran Hingga Lebih 8 Jam, KKM Digesa Perbaiki Mutu Perkhidmatan Di Hospital Kerajaan | MyBlog

Sesak Teruk, Terpaksa Beratur Tunggu Giliran Hingga Lebih 8 Jam, KKM Digesa Perbaiki Mutu Perkhidmatan Di Hospital Kerajaan | MyBlog

Ramai netizen meluahkan rasa marah & tdk puas hati dengan kualiti perkhidmatan yg ditawarkan oleh hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat masa ini.

Dari gambar-gambar yg dihantar di laman Facebook Asal Gombak semalam, kelihatan orang ramai termasuk warga emas & mereka yg berkerusi roda terpaksa beratur panjang di sebuah hospital.

Hantaran yg bertajuk BERATUR PANJANG DI HOSPITAL KUALA LUMPUR tersebut turut menasihatkan orang ramai utk datang lebih awal k3rana Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) & pendaftaran yg mengambil masa lebih lama.

Pengirim asal hantaran tersebut turut memaklumkan orang ramai dikehendaki beratur panjang hingga ke pintu gerbang & barisan yg terbentuk diumpamakan dah ‘macam ular’.

Tangkap layar dari Facebook Asal Gombak– Tangkap layar dari Facebook Asal Gombak

Tidak menyalahkan mana-mana pihak secara langsung, namun di ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman & kejadian sama yg turut berlaku di sekitar hospital kerajaan yg lain.

Antara nama hospital yg dipetik ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tunku Azizah (HWKK), Kompleks Pakar & Rawatan Harian (SCACC), Institut Perubatan Respiratori (IPR), Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Shah Alam & termasuk juga Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

“Yup betul, pagi tadi pukul 3 pagi anak demam hantar HKL. Lepas tu nurse kat kaunter tu cakap, boleh kalau nak jumpa doktor, tapi kena tunggu 5-6 jam baru dapat jumpa doktor. Sebelum tu, ada pesakit juga demam. Dia tunggu dari pukul 9 malam sampailah pukul 3 pagi. Tu tak masuk lagi jumpa doktor.” Helmy Ayen

“Memang betul. Saya pun pernah alami. Pukul 12 malam sampai pukul 6 pagi baru dapat panggilan. Tu pun nak kena jumpa doktor pakar, dia suruh datang pukul 9 pagi pulak. Memang tak tidurlah jawabnya.” Rosy Sabila

“Hospital Selayang pun sama. Abang saya dari semalam sampai sekarang tak dapat katil, ward penuh…. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua.. Amin.” Waa Tiey

“Hospital Serdang also same. Semalam 6.50am pun dah panjang macam ni.” Norhashima Md Zain

BACA: Wanita Bersalin Sendirian Di Hospital, Penjelasan JKNJ Buat Netizen Tidak Puas Hati

“Ni bahagian Klinik Pakar, kalau hari biasa kat dalam memang penuh & sesak. Mungkin pihak hospital buat langkah pencegahan awal memandangkan kes sedang meningkat naik.” Ahmad Shahir

“Memang macam ni. Ini di bangunan pakar. Temujanji dengan pakar. Ni baru beratur nak scan, tunggu lif. Belum lagi tunggu turn nak jumpa doktor. Lepas tu, tunggu pula turn nak ambil ubat.

Tapi HKL saya puji, dari segi rawatan utk pesakit luar, terbaik. Bab menunggu jelah kena sabar banyak.” Hanna Ibrahim

“HUKM pun sama. Last month abah pergi check up buah pinggang. Dari 8:30am sampai 5:30pm baru setel. Dengan tak makan, tak baring. Untuk warga emas 76 tahun memang memenatkan. Balik-balik, kaki bengkak dah sebab buah pinggang, kan? Bulan ni tak pergi pun. Sepatutnya Khamis ni, abah tak larat dah. Serik. Kami nak try tukarkan ke Hospital Selayang. Sebab bagi kami, sistem sana bagus utk pakar. Ada nombor khas utk warga emas & wanita sarat mengandung.” Saya Nana

BACA: Menderita Dipaksa Bersalin Normal Sampai Hilang 6 Liter Darah, Jururawat Pula Tuduh Wanita Ini ‘Kuat Drama’

“Ya ke sis? Saya rasa semua hospital sama. Hari tu saya pergi Hospital Selayang pukul 8.30 pagi, pukul 4.00 petang baru jumpa doktor. Keluar dari jumpa doktor, tengok klinik cuma tinggal beberapa orang lagi pesakit yg belum dipanggil. Dia orang pun dah kemas-kemas nak balik.

Saya pergi time ni tengah mengandung. Dengan tak makannya dari pagi. Dahlah pukul 1 tengah hari dia orang rehat tak bagi tahu. Saya dengan ada beberapa orang pesakit tunggu je nombor dipanggil. Tanya dekat kaunter, lama lagi ke? Dia orang suruh tunggu dulu.

Kalau tengah rehat bagitahulah. Kita orang pun bolehlah pergi beli makanan juga. Lepas tu pukul 2 dah masuk pesakit lain selepas dia orang rehat. So, makin ramailah. Dengan pesakit turn pagi pun belum habis, masuk pula pesakit petang.” Nazirah Tajie

“Saya Hospital Shah Alam pun daftar saja 2 jam lebih. Orang macam semut.” Ramiza Murni Razali

“Hari tu teman adik ambil ubat dari 9 pagi sampai 11 malam. Kematu buntut rasanya. Aduh..aku yg sihat ni rasa semput menunggu. Apatah lagi yg dah memang sakit.” Zuwairi Azwan

“Slow hospital kerajaan. Pergi klinik semalam, pukul 4 dah tak ambil orang dah. Katanya dah nak tutup. Kemas-kemas tutup pukul 5, pukul 4 dah tak ambil orang. Jumpa dari 10 minit, nak ambil ubat 15 minit, katanya. Berkira sampai macam tu. Tepat pukul 5 tutup pintu.” Md Jashim

“Mana-mana hospital awam di Lembah Klang ni macam tulah! Kesian pada orang tua berdiri lama. Yang muda pun rasa nak pitam beratur berjam-jam.” Zuriyati Ramly

“Bilalah kerajaan #kkmmalaysia boleh memudahkan cara utk rakyat. Dah tahun 2022 kot? Masih juga gaya slownya. Nak ikut SOP ke or nak ikut gaya kerja yg tak pernah berubah sebenarnya ni? Yang sakit bertambah teruk sakit bila tunggu lama-lama macam ni.” Dura Ibrahim

Sumber: Asal Gombak

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

‘Makcik baju merah’ minta maaf, janji tak menyelit lagi… Kes interframe gambar kahwin akhirnya selesai

KISAH ‘makcik baju merah’ hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu, selepas seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.