Home / Semasa / ‘Benar ke isteri dia tak nak rujuk balik dengan abang kau? Bila dengar tu adik terus terduduk’

‘Benar ke isteri dia tak nak rujuk balik dengan abang kau? Bila dengar tu adik terus terduduk’

Lepas bercerrai aku & dia (aku gelarkan Sab jelah), bawa haluan masing masing. Rumah baru dia dalam 50 km dari tempat aku.

Memang aku nak bagi dia & anak aku duduk dekat apartment yg kami duduk masa berkahwin tapi dia kata tak nak.

Katanya lebih senang jika dia yg pindah, nak cari rumah sewa dekat dengan pejabat katanya. Selamatlah berpindah dua beranak itu.

Syukur dekat sahaja, jadi aku boleh melawat anak bila bila masa sahaja. Dia sewa rumah teres 3 bilik landed, ada ruang sikit utk anak kayuh kayuh basikal, ruang utk dia bercucuk tanam.

Masa bercerrai, anak aku umur dua tahun, memang masa nak melasak lah. Lepas berpisah aku ibarat ternampak sisi sifat isteri aku yg aku tak pernah nampak sebelum ni.

Suka beramah mesra dengan jiran jiran, suka menanam tiap kali aku datang dia akan masak sedap sedap pastu cerita masak lemak ni daun kunyit petik dekat laman, cili extra pedas sebab tanam sendiri.

Dia siap buat ruang ala ala montessori utk anak sepahkan & main sampai puas. Aku gembira tengok mereka bahagia. Perkembangan anak aku pun laju dari kawan kawan dia.

Umur 3 tahun dah pandai membaca, pandai cakap thank you, sorry, ambil air & snek sendiri sebab isteri aku set up macam station kecil utk train dia.

3 tahun dah boleh diaper free, tidur bilik sendiri. Aku bangga sangat dengan anak aku.

Aku bangga walaupun kami berpisah, anak aku tak terganggu development dia. Makin lama makin aku rasa bahagia & nak balik semula dengan isteri aku. Biar kami ada kehidupan bersama sama semula.

Masa tu aku rasa, sudah pasti dia nak balik pada aku. Aku flashback sekejap. Dulu aku lafazkan talak sebab aku tak tahan dengan keadaan rumah tak terurus, isteri aku busy kerja & anak aku yg selalu melalak & baling makanan merata rata.

Bila aku suruh isteri aku control sikit perangai anak, alasan dia biarkanlah sebab tu cara budak belajar.

Lepas ni saya kemas. Selalunya part lepasni saya kemas tu memang sekadar cakap saja la sebab anak kami tidur kena menyusu badan.

Masa menyusu dengan dia dia sekali tertidur. Last sekali aku yg kena mengemas.

Sampai satu hari aku memang dah tak boleh, campur dengan drah muda, aku lafazkan cerrai. Sepanjang tempoh eiddah dia memang merayu ajak rujuk tapi aku nekad utk tamatkan semuanya.

Aku janji yg aku tak akan abaikan dia & anak kami walaupun sudah bercerrai.

Kalau korang boleh tengok macam mana bersungguhnya dia ajak aku rujuk dalam tempoh eidah tu, dengan cara baik dia layan aku masa jenguk anak, memang kau pun ada perasaan macam aku. Yang bila bila masa dia akan terima lamaran aku utk berbaik semula.

Tapi gais, lamaran aku ditolak. Ditolak pulak dengan serta merta dengan siap kena gelak dengan dia.

Ayat dia aku ingat lagi,

“Kau gilaa?? Hahahahahaha.. lawak antarabangsa”.

Begitu gais jawapan dia dekat aku. Memang terkedu. Lepas dia tengok muka aku, baru dia cakap,

“jap.. kau serious ke?”

Masa tu aku memang malu giila, terus aku ajak adik aku balik (kalau tengok anak memang aku ajak adik perempuan aku sekali). Dia panggil pun aku tak peduli sebab dah malu sangat.

Adik aku tanya kenapa, memang aku tak jawab. Aku geram sangat. Dia dah ada orang lain ke atau hina sangat ke aku ni. Aku serious dia kata lawak antarabangsa.

Senyap senyap adik aku contact Sab tanya ap4 yg jadi. Adik aku pun mengambil langkah membasuh aku.

Dia soal aku kenapa nak balik dengan Sab. Aku cakap la aku nak kami bahagia sebagai satu keluarga.

Dia tanya lagi aku, sekarang tak bahagia ke? Aku cakap aku akan lebih bahagia kalau Sab & anak kami ada dengan aku. Dia tanya aku lagi, “habis Sab bahagia ke bila dengan kau, bang?”

Bagi aku soalan tu ridiculous. Of course dia bahagia dengan aku, kalau tak takkan dia nak merayu rujuk dulu. Adik aku tanya lepas dah habis eiddah,

“Ada tak dia ajak kau kawin balik bang? Ada ke kau nampak dia tak bahagia?”

Aku macam blur jap. Masa hujung hujung masa, aku yg bantu dia pindah rumah sewa. Masa tu mata dia memang lebam sedih, jadi aku tau memang dia nak balik pada aku. Adik aku cakap,

“kalau kau ni bukan abang aku, memang dah lama aku tampar kau. Lelaki selfish. Kau nak tau kenapa aku dengan mak tak pernah halang kau bercerrai?

Sebab kami nampak betapa penatnya Sab masa jadi bini kau. Anak, kau biarkan dia jaga sorang sorang.

Rumah pun kau beli dekat dengan tempat kerja kau, kau biar dia drive jauh jauh dengan tol mahal.

Bila balik lewat sebab sangkut jem, kau bengang sebab dia tak sempat masak. Balik dah penat.

Selama dia jadi bini kau, berapa kali saja dia makan benda yg dia suka. Semua ikut kepala kau bang. Mainan anak pun kau tak bagi beli sebab takut sepah.

Anak nak berkolam pun tak boleh. Banyak sangat undang undang kau. Kau nak rujuk dengan dia pun kau fikir kebahagiaan kau saja. Kebahagiaan dia bang?”

Aku cakap yg aku dah berubah, aku yg sekarang lebih baik dari aku yg dulu. Adik aku gelak saja. Kalau kau lebih baik, takde la kau ajak dia kawin macam ajak orang pergi pasar.

Kau ajak dia selamba macam tu sebab kau ingat dia giilakan kau kan bang? Kau ingat kau bila bila saja boleh dapat dia balik kan? Sebab tu kau tak nampak yg si Sab tu sekarang tengah bahagia tak payah fikir pasal suami yg banyak cekadak macam kau tu.

Kau rasa kau saja yg bagus, sebab tu kau tak boleh terima hakikat yg Sab tu dah tak nak dengan kau.

Memang aku mengamuk la. Sebulan juga aku tak bertegur dengan adik aku. Sebulan jugak aku tak jumpa Sab dengan anak aku.

Ada juga Sab text tanya khabar tapi aku tak mampu nak balas. Betul ke aku macam mana yg adik aku cakap tu? Aku ambil masa utk buat self reflection.

Aku terfikir balik, harijadi dia aku tak sambut, sekadar wish saja. Anniversary memang sekadar nombor bagi aku.

Kemudian aku teringat yg aku pernah complain dekat adik aku penatnya drive setiap minggu pergi rumah Sab tengok anak.

Padahal masa dia dengan aku, hari hari dia drive same distance pergi kerja & balik.. peak hour pula tu, hari kerja yg memang jem teruk.

Masa lafaz pun aku triggered sebab dia sebut yg dia penat. Bagi aku masa tu, aku lagi penat.

Aku terlupa yg aku tak pernah jaga emosi dia. Aku buat keputusan tak pernah fikirkan kebahagiaan dia.

Masa dia ajak aku rujuk pun aku tolak sebab aku tak nak bagi ap4 yg dia nak. Bagi aku kalau aku rujuk aku kalah, dia menang.

Aku tak fikir yg sebenarnya dia nak rujuk demi anak. Sekarang bila dia dah dapat berdiri kaki sendiri, aku sibuk nak enterframe sebab kononnya kami akan lebih bahagia sebagai satu keluarga.

Padahal sebab aku tak sanggup nak terima yg bekas isteri aku & anak aku lebih bahagia tanpa aku 24 jam dalam rumah yg sama dengan mereka. Aku kemurungan & hampir sebulan tak keluar rumah.

Aku ambil cuti tanpa gaji, berkurung & asingkan diri. Abah & adik aku datang rumah jenguk aku.

Mengucap panjang bila nampak rumah aku dengan pinggan, polisterin bertimbun, air milo basi dalam cawan tak berbasuh, sampah dah berapa lama tak buang.

Diorang datang tolong kemas, masakkan & cuba bagi semangat. Aku nampak lah sedikit sinar kehidupan.

Satu malam, aku dengar abah & adik berbual. Abah tanya, “betul ke kak Sab dah taknak rujuk dengan abang kau?”

Adik aku tak perasan aku dekat belakang. Dia jawab, “kak Sab pun pernah cakap dengan orang, dia happy dengan hidup dia sekarang. Dapat berkebun, bermasyarakat. Dia tak rasa abang suka hidup macam tu.

Abang nak duduk apartment sebab nak rumah yg takyah jalan jauh nak buang sampah, nak yg kemas, fully furnished lah.

Bila Sab nak tanam pokok kena marah takut semut la nyamuk la. Anak pun tak bebas bermain.”

Jatuh terduduk aku & memang meraung sekuat kuatnya. Terkejut beruk dua orang tu, terus bawak aku pegi bilik.

Aku menangis sampai tertidur. Aku tak sangka aku seorang suami yg tak guna. Dalam pemikiran aku, aku lah suami yg paling sempurna. Aku ada rupa, Sab biasa biasa saja dari segi rupa.

Masa berkurung tu aku turut stalk FB Sab. Tak pernah aku ambil kisah pasal FB Sab sebelum ni. Dia tag gambar pun aku tak like tak komen.

Hari tu aku korek sekorek- koreknya, jumpa satu gambar zaman dulu dulu zaman dia baru habis matrikulasi. Ada kawan dia tag nama Sab tapi dekat budak lelaki.

Dari komen komen aku dapati tu ex-boyfriend dia, tinggi kulit gelap sikit. Ada kawan dia komen, dapat jugak Sab boyfriend tall dark handsome.

Tapi aku ni putih. Aku putih, babyface, tak tinggi mana. Maksudnya aku bukan taste Sab la rupanya. Selama ni aku ingat Sab tergilakan aku sebab aku handsome.

Patut masa kami masuk meminang dia dulu, kakak Sab terkejut siap cakap putihnya pilihan hati Sab ni.

Aku ingatkan pujian, rupanya terkejut sebab dia pun tahu taste adik dia bukannya lelaki macam aku.

Sekarang ni bila aku dengar adik aku cakap macam tu… aku dah tak tahu ap4 lagi yg aku ada utk offer dekat Sab.

Aku bagi dia pengalaman berumahtangga yg teruk. Dia pun dah takda perasaan dekat aku sampai lamaran aku pun dia kata lawak antarabangsa. Now rupa aku which is the last thing i can offer, pun bukan preference dia.

Pencerraian yg aku sangka aku mahukan ini rupanya hukuman utk aku. Aku tak tahu nak tulis ap4 lagi Sab…… Pedih sangat hati ini bila tau yg perpisahan kita memberikan kau bahagia.

Coretan lelaki pentingkan diri.

Sumber/Kredit: edisi media

PERHATIAN: Pihak Kami  tdk akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yg telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun & tdk semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yg anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak kami  juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.