Home / Semasa / Bina Surau Semata-Mata Untuk Orang Ramai Tumpang Solat, Amalan Mulia Tauke Kedai Ini Tidak Ternilai | MyBlog

Bina Surau Semata-Mata Untuk Orang Ramai Tumpang Solat, Amalan Mulia Tauke Kedai Ini Tidak Ternilai | MyBlog

Bagi mereka yg sering berkunjung ke pusat membeli-belah, bila tengok syok-syok shopping, tiba-tiba masuk waktu solat, pasti menggelabah nak cari surau, kan?

Kena pula time dah nak habis waktu, nak pergi masjid, memang dah tak sempat. Surau yg disediakan pula masih penuh dengan orang ramai yg beratur tunggu giliran. Takkan tiba-tiba nak ‘niat’ musafir?

Dalam satu artikel yg diterbitkan di portal mStar, dilaporkan mengenai sepasang suami isteri berbangsa Cina yg menyediakan surau khas utk umat Islam singgah solat di kedai mereka.

Tak beli barang pun tak ap4, datang je utk tumpang solat pun boleh. Tak kisah walau bukan merupakan pekerja di pusat beli-belah tersebut, mana-mana pengunjung yg datang pun boleh singgah solat di situ.

Tangkap layar dari mStar– Tangkap layar dari mStar

Wow! Itulah inisiatif mulia dari Lee Chee Win, 63, & Yong Siew Ching, 52, yg telah membuka perniagaan mereka di Pandan Indah, Kuala Lumpur sejak tahun 2000 lagi.

Premis yg menjual permainan kanak-kanak & bayi termasuk alat permainan video tersebut diberi nama Playstation Toys And Baby Shop & terletak di pusat membeli-belah Pandan Kapital.

Lee & Yong menganggap hidup bermasyarakat serta berbilang kaum & agama di Malaysia ini perlulah saling bantu-membantu serta bertolak ansur demi keamanan & keharmonian bersama.

Mereka juga dikhabarkan tdk pernah berasa terganggu apabila kedai tersebut sering dipenuhi dengan orang ramai yg ingin menggunakan surau berkenaan setiap kali tiba waktu solat.

Bukan nak mengata, tapi kalau nak cari yg sama bangsa & agama buat macam ni pun, memang jarang-jarang sangat boleh jumpa.

Biasanya, pernah terjadi sebelum ni, ada pemilik kedai yg tegas mengatakan surau mereka hanya disediakan utk staf sahaja. Kalau ada pengunjung yg datang nak tumpang solat pun silap-silap kena halau pergi surau mall (kisah benar).

Foto mStar– Foto mStar

13 tahun lalu, surau yg dibina Lee & Yong tersebut pada mulanya hanyalah tempat utk mempamerkan barang jualan.

Namun, utk memudahkan pekerjanya menunaikan solat tanpa perlu keluar ke surau atau masjid yg jaraknya agak jauh, mereka mengambil keputusan utk mengubahnya kepada dua bilik yg menempatkan surau lelaki & wanita.

Selepas menjadi tumpuan, mereka kemudiannya membuka pula surau tersebut utk digunakan oleh orang awam.

Tidak cukup dengan itu, Lee & Yong turut menyediakan tempat mengambil wuduk yg lengkap dengan selipar & diasingkan dengan tirai utk menjaga aurat antara lelaki & wanita.

Kelengkapan solat seperti sejadah, kain pelikat & juga telekung turut disediakan kepada mereka yg memerlukan.

Sebelum ini, utk memberi keselesaan kepada pengguna, mereka turut pernah membuat pengubahsuaian dengan menukar karpet kepada jubin agar surau awam tersebut lebih bersih & mudah dijaga.

Meskipun hanya boleh memuatkan dua ke tiga orang sahaja pada satu-satu masa, mereka tetap menggalakkan orang ramai utk mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) dengan beratur serta menunggu giliran selain membawa kelengkapan solat sendiri.

Rasanya, ini kalau boleh muat 40 jemaah, beliau sendiri akan mohon dari JAWI utk dijadikan surau solat Jumaat di situ pula.

3 – Foto mStar– Foto mStar

Pasangan suami isteri yg mempunyai 3 cahaya mata ini juga mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu, Nik Aliza Abdullah, 37 yg berasal dari Terengganu & dijaga oleh mereka sejak 20 tahun lalu k3rana kasihankannya yg pernah hidup sebatang kara.

Nik Aliza yg kini sudah pun berkahwin & mempunyai tiga orang anak banyak mengajar mereka tentang agama Islam malahan mereka sekeluarga turut berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan.

“Saya sayang mereka macam cucu sendiri malah mereka cukup rapat dengan kami sekeluarga. Ketiga-tiga mereka juga fasih berbahasa Mandarin & Hakka,” jelas Yong yg gembira & teruja dapat berkumpul bersama-sama Nik Aliza & anak-anaknya setiap kali menyambut Tahun Baru Cina.

Lepas ni, siapa nak cari mainan kanak-kanak & bayi, Sony PlayStation 5 atau Nintendo Switch, bolehlah support uncle Lee & aunty Yong! Kalau rajin solat di situ, mungkin boleh dapat diskaun.

BACA: 8 Situasi Pentingkan Diri Di Surau Wanita Yang Tak Sepatutnya Berlaku

Sumber: mStar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Yusof, pecɑh panggung! filem Mat Kilau tembusi angka RM39.2 juta!

FILEM epik Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yg mula ditayangkan di negara ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published.