Home / Semasa / GF minta putus… tahu-tahu bertunang dgn laki lain guna pelamin, baju tunang dipilih yg bersama

GF minta putus… tahu-tahu bertunang dgn laki lain guna pelamin, baju tunang dipilih yg bersama

“SEPERTI dibunuh tapi tdk mati, seperti luka tapi tdk berdarah.”

Begitulah kapsyen yg ditulis oleh seorang pemuda di media sosial menggambarkan situasi hibanya apabila hubungan cintanya terputus di tengah jalan.

Menurut Fakhrul Hakimi Md Zainurin, 26, dia terpaksa menanggung rasa kecewa k3rana bekas kekasih mengambil keputusan utk membatalkan majlis pertunangan yg sepatutnya berlangsung pada 18 Disember 2021 atas alasan ‘tiada jodoh’ di saat segala persiapan sudah pun dilakukan.

Ketika dihubungi mStar, dia yg mesra disapa Fakhrul mengakui masih lagi dalam keadaan sedih namun menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka.

“Tipulah kalau saya cakap tak kecewa. Siapa saja yg boleh terima bila kena lalui situasi sedih macam ni. Saya sanggup jadi penghantar makanan utk dapat duit cepat semata-mata mahu menghalalkan dia.

“Waktu keluarga dia buat keputusan minta kami bertunang, saya baru lagi mula bekerja sebagai penghantar makanan lebih kurang lima bulan. Saya sebenarnya tengah praktikal di Serdang, Selangor. Jadi saya buat dua kerja dalam satu masa.

Jejaka ini bekerja sebagai penghantar makanan walaupun sedang menjalani latihan industri.

Imbas Fakhrul, utk merealisasikan permintaan keluarga kekasihnya termasuklah hantaran berjumlah RM20,000 dia juga berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.

“Waktu ni nak cari kerja bagus bukanlah senang. Gaji saya bekerja sebagai rider tak konsisten setiap sebulan. Itu pun cukup-cukup saja utk belanja diri sendiri & bagi mak ayah. Selebihnya saya simpan utk persiapan bertunang.

Saya pernah dikecewakan perempuan lain sebelum ni. Tapi dengan dia ni saya sayang betul sebab tu saya nak memperisterikan dia.“Bekas kekasih saya pula masa tu dah mula beli barang-barang tunang & kahwin. Masa itulah saya keluarkan wang simpanan. Tapi setiap kos yg kami tanggung, kami bahagi dua. Dia bayar separuh, saya pun bayar separuh,” katanya.

Ditanya sejak bila hubungan mereka mula bermasalah, anak kelahiran Kluang, Johor ini berkata semuanya berlaku secara tiba-tiba selepas beberapa hari keluarganya datang merisik.

“Keluarga saya datang merisik dia 16 Oktober tahun lalu. Dalam tempoh bercinta selama setahun lebih, saya & dia tiada masalah pun. Walaupun ada perselisihan faham tetapi kami akan berbaik semula.

Antara tangkap layar perbualan Fakhrul & bekas kekasihnya dalam memilih barang persiapan bertunang.

“Satu hari tiba-tiba dia minta nak batalkan majlis pertunangan. Sebelum tu kami ada bergaduh juga. Alasannya k3rana dia lihat saya seperti tiada masa & usaha utk luangkan masa dengan dia.

“Padahal dua pekerjaan saya buat. Ini yg saya dapat setelah semua kemahuan dia saya ikut. Akhirnya kami sepakat batalkan pertunangan yg sepatutnya dibuat pada 18 Disember 2021.

“Tak mengapalah, saya sedar saya pun bukan datang daripada keluarga senang. Mungkin keluarga dia dah jumpa jodoh lebih sesuai utk dia,” luah Fakhrul.

Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, kini dia pasrah dengan dugaan yg menimpa dirinya & berusaha utk menguatkan diri menerima kenyataan.

“Saya pernah dikecewakan perempuan lain sebelum ni. Tapi dengan dia ni saya sayang betul sebab tu saya nak memperisterikan dia. Walaupun tempoh perkenalan agak singkat tapi saya rasa dia yg terbaik & serius pada masa tu,” jelasnya.

Ditanya adakah masih ada harapan utk dia & bekas kekasih kembali bersama, Fakhrul berkata dia tdk yakin akan berlaku sebegitu.

Rider GrabFood ini berkata, keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah menerima ketentuan ini dengan berlapang dada.

Mengenai perkongsian di TikTok, dia cuma mahu menyimpan kisahnya sebagai kenangan & tdk menyangka postingnya mendapat perhatian netizen.

“Saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Lagipun saya dapat tahu dia dah bertunang dengan orang lain pada tarikh sepatutnya kami bertunang 18 Disember lalu. Pakaian & pelamin pun dia guna semua yg sama. Mungkin pilihan dia kali ni jauh lebih baik daripada saya.

Jejaka ini masih dalam usaha menerima hakikat tentang takdir yg ditentukan oleh Allah untuknya.

“Susah juga nak lupa sebab kami dah rancang nak kahwin pun. Dalam kepala saya dah set utk memperisterikan dia & jadikan peneman hidup saya tapi perancangan Allah lagi baik.

“Saya harap dia berbahagia dengan pengganti yg dia pilih. Saya reda dengan ap4 yg terjadi. Hanya masa yg dapat menentukan segalanya,” cerita Fakhrul menutup kisahnya.

sumber: mstar

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.