Home / Semasa / Kenapa Dalam Masa 5 Bulan, 12,000 Kematian Dicatat Di Malaysia, Hong Kong Pula Hanya 1 Dicatatkan Semalam? | MyBlog

Kenapa Dalam Masa 5 Bulan, 12,000 Kematian Dicatat Di Malaysia, Hong Kong Pula Hanya 1 Dicatatkan Semalam? | MyBlog

Agak merisaukan & menakutkan jika dilihat dari segi angka kematian akibat COVID-19, jumlah yg dicatatkan di Malaysia adalah amat tinggi.

Untuk 5 bulan yg lepas sahaja 12,000 kematian telah dicatatkan di Malaysia manakala jika hendak dibandingkan dengan Hong Kong pula, utk jangka masa yg sama, hanya seorang warga emas berusia 73 tahun telah meninggal dunia akibat COVID-19 semalam.

Walaupun kepadatan & jumlah penduduk adalah berbeza iaitu kira-kira 32 juta jumlah penduduk di Malaysia & hanya 7 juta di Hong Kong, namun angka kematian yg tinggi ini tdk dinafikan agak menggerunkan rakyat.

Menurut satu hantaran yg dibuat oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Facebooknya, beliau memohon Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ utk menubuhkan jawatankuasa khas pakar kesihatan awam bagi melihat masalah sebenar mengenai isu angka kematian yg besar ini.

Berikut merupakan Kenyatan Media yg dibuat oleh beliau yg boleh dicapai melalui pautan yg turut diberikan melalui hantaran Facebook tersebut.

Tangkap layar dari Facebook Lim Kit Siang– Tangkap layar dari Facebook Lim Kit Siang

Khairy perlu segera menubuhkan jawatankuasa khas pakar kesihatan awam yg melibatkan wakil dari sektor swasta utk mengurangkan kadar kematian akibat Covid-19 yg telah mengorbankan lebih daripada 12,000 nyawa di Malaysia dalam lima bulan yg lepas

Semalam, Hong Kong melaporkan kematian berkaitan dengan Covid-19 yg pertama dalam lima bulan di bandar itu apabila seorang warga emas berusia 73 tahun terkorban semasa bandar tersebut sedang bergelut dengan penularan yg semakin memburuk.

Di Malaysia, dalam lima bulan yg lepas, terdapat lebih daripada 12,000 kematian akibat Covid-19.

Walaupun varian Omikron telah menggantikan varian Delta dengan kadar kematian yg lebih rendah, terdapat 1,062 kematian pada bulan Disember, 498 kematian pada bulan Januari, & 80 kematian setakat ini di bulan Februari.

Kerajaan perlu memandang kadar kematian ini sebagai satu perkara yg tdk boleh diterima sama sekali & saya seru supaya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin utk segera membentuk satu jawatankuasa khas pakar kesihatan awam yg melibatkan wakil dari sektor swasta utk menurunkan kadar kematian akibat Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakan yg setengah juta kematian akibat Covid-19 telah dicatatkan sejak daripada penemuan varian Omikron, mengatakan yg kadar ini “lebih dari tragik”.

Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud mengatakan lebih daripada 130 juta kes & 500,000 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia sejak varian Omikron diisytiharkan sebagai “variant of concern” pada penghujung November lepas.

Varian ini kemudiannya dengan pantas mengatasi Delta sebagai varian utama Covid di seluruh dunia k3rana ia mempunyai kadar jangkitan yg lebih tinggi walaupun kelihatan tdk menyebabkan jangkitan yg seteruk Delta.

“Dalam era vaksin yg berkesan, setengah juta orang mati, ia bukanlah satu perkara kecil,” Mahamud mengatakan dalam sidang interaksi secara langsung di talian media sosial WHO.

“Walaupun semua orang mengatakan yg jangkitan Omikron ini tdk teruk, (mereka) tertinggal fakta yg setengah juta nyawa telah terkorban sejak varian ini dikesan,” kata beliau.

“Perkara ini lebih daripada tragik.”

Jumlah kematian terkumpul akibat Covid-19 di Malaysia adalah 32,065 kematian, dengan 2,956,332 kematian terkumpul yg mungkin akan melepasi paras 3 juta kes sebelum minggu ini berakhir.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 10 Februari 2022)

BACA: Varian Omicron: Bazar Ramadan, Solat Tarawih Dan Balik Kampung Raya Tahun Ini Terus Jadi Tanda Tanya

Sumber: Lim Kit Siang

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.