Home / Semasa / Operator kilang maut dihempap kaca 5.5 tan | MyBlog

Operator kilang maut dihempap kaca 5.5 tan | MyBlog

Jasin: Operator kilang lelaki meninggal dunia selepas dihempap kotak berisi kaca seberat lebih 5.5 tan di sebuah kilang, di sini hari ini.

Ketika kejadian, mangsa Muhammad Umar Mohd Shahid, 23, dikatakan sedang melakukan kerja menyusun & mengikat kotak berkenaan di dalam kontena.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian oleh pasukan bomba & penyelamat pada 8.10 pagi.

“Siasatan dibuat mendapati, ketika kejadian mangsa sedang mengikat kotak di dalam kontena, tetapi dia dipercayai terlanggar kayu penahan yg menyebabkan kotak itu menghempapnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin utk dibedah siasat & kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Penolong Penguasa Bomba Rahizam Ruzali berkata, sepasukan 12 anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Difahamkan mangsa berada di dalam kontena bersama pemandu forklift sebelum dihempap kotak berisi kaca itu.

“Pasukan mengambil masa kira-kira satu jam utk mengalihkan sisa & ia dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kaca terkena mangsa serta boleh menyebabkan kecederaan yg lebih teruk,” katanya.

Rahizam berkata, mangsa ditemui selepas semua kaca dialihkan & pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

7 Sebab Kenapa Pusat Beli-Belah Di Cyberjaya Ini Gagal Tarik Pengunjung | Article Update

Menyedihkan apabila melihat sebuah pusat beli-belah yg terletak di Cyberjaya kini seakan-akan lengang & sunyi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.