Home / Semasa / Tak masuk program realiti, saya dah vir4l – Azman Naim

Tak masuk program realiti, saya dah vir4l – Azman Naim

PETALING JAYA – Penyanyi lagu parodi, Azman Naim mendedahkan sejak dua tahun lalu dia terpaksa menolak pelawaan menyertai rancangan realiti televisyen.

Katanya yg kini semakin aktif berlakon, dia bukan bersifat cerewet, sebaliknya mempunyai alasan tersendiri utk berbuat sedemikian.

“Sebenarnya ada tiga pihak yg ajak saya masuk program nyanyian realiti sejak viral zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) fasa 1 dahulu.

Tapi saya tolak atas beberapa sebab tertentu. Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yg sampai hari ini hubungi saya,” kongsinya dalam Instagram.

Usahawan berusia 37 tahun yg dikenali dalam laman sosial sebagai Azman Naim 44 Mantra itu mengakui kurang berbakat dalam bidang nyanyian & hanya popular dengan ‘merosakkan’ lagu menerusi parodi.

“Salah satunya, saya bukan handal sangat menyanyi & saya bukan boleh nyanyi semua jenis genre lagu. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut siap gelek?

“Nak buat sekadar utk rating & populariti? ‘Kamon’ lah, saya bukan penghibur. Menghibur & berhibur kena ada ‘limit’,” katanya lagi.

Hantarannya dipercayai utk mengulas isu kritikan ramai terhadap tindakan penganjur rancangan realiti televisyen yg mengutamakan peserta viral berbanding melihat bakat.

Tambah pemilik Mohd. Nur Azman Naim, 36, itu lagi, dia tetap meletakkan harga diri di tempat pertama berbanding merebut setiap tawaran yg datang.

“Saya pula, kalau tak kena dengan diri, saya tak nak pergi. ‘Not being choosey’, tapi kita kena tahu letak harga diri kat mana. ‘Money and fame can’t buy class’,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Azman juga memaklumkan dipujuk dengan pelbagai kata-kata manis namun tetap tdk menggoyahkan keputusannya.

“Ada yg kata, abang ‘join’ lah, nanti boleh viral. Jadi saya tanya dia, kalau lagu-lagu rosak saya tak viral, awak tak hubungi saya kan?

“Bermakna saya memang dah viral. Jadi buat ap4 nak viral lagi guna kaedah awak? Dan adakah sesuatu yg viral itu memang bagus? Saya tanya lagi. Dia ‘jem’,” kongsinya.

Secara sinis, Naim tdk ketinggalan mengingatkan supaya penggiat industri sama-sama menjaga nilai harta seni.

“Zaman sekarang zaman gila. Orang politik rosakkan politik itu sendiri. Orang dalam seni rosakkan industri itu sendiri.

“Saya memang perosak. Kalau saya sertai, semua akan hancur & ‘reset’ terus. Berhenti bunuh industri seni kreatif kita,” ujarnya.

Bagaimanapun Azman berpendapat strategi pengendali program mengetengahkan peserta tular semata-mata demi rating bukan sesuatu yg salah.

“Saya faham permainan korporat yg nak rating dengan mencari individu viral utk program mereka.

“Itu taktik & bagi saya secara individu, tak salah. Media massa kini bergelut utk dapatkan penonton sejak wujudnya media sosial & ‘top content creator’ media sosial,” ulasnya.

Terdahulu, nama personaliti media sosial itu menjadi sebutan selepas menyanyikan lagu parodi MySejahtera Way sehingga mendapat perhatian Sultan Johor.

Setiap parodi yg dikongsikan sejak permulaan fasa PKP menjadi tular k3rana dekat dengan khalayak sekali gus seolah-olah mewakili suara ramai.

Pada masa sama, gaya selamba serta bakat dimilikinya turut menarik minat Allahyarham Mamat Khalid menawarkannya membintangi telefilem Kampung Pisang Lockdown.

Terbaharu, Azman turut membintangi siri sitkom siaran viu berjudul A.I.5YA bersama Datuk Afdlin Shauki, Zizan Razak & Farahdhiya.

Sumber:Kosmo

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.