Home / Semasa / Faizal Ismail buka sekolah pondok warga emas

Faizal Ismail buka sekolah pondok warga emas

PETALING JAYA – Bekas penyampai radio, Faizal Ismail tdk menyangka hajat mencari pondok mengaji buat mentua membuka jalan kepadanya utk mengusahakan sebuah pusat pengajian agama sendiri.

Faizal atau nama sebenarnya, Mohd. Faizal Ismail berkata, walaupun proses pembinaan bangunan hostel & dewan belajar di Kuala Selangor itu dijangka siap tiga tahun lagi, kepercayaan pemilik tanah yg mewakafkan lokasi tersebut amat dihargai.

“Semuanya sudah diaturkan Allah dengan sebaik-baiknya k3rana sebelum itu, saya & isteri memang mencari tempat mengaji buat golongan warga emas di Lembah Klang atas permintaan mentua saya.

“Rupa-rupanya belum banyak pusat pengajian seumpama ini di sini berbanding di sebelah utara, jadi proses utk mencari & memilih lokasi mengikut kriteria mentua agak lambat.

“Kemudian kami meninjau pula Kuala Selangor sebelum dipertemukan dengan seorang ustaz yg terus menawarkan tanah utk saya bina pondok sebaik saya nyatakan tujuan.

“Tak sangka pula semudah itu Allah lorongkan jalan. Sebelum ini saya & isteri pernah memasang impian membuka pusat tahfiz kanak-kanak, namun melihat kepada keperluan, kami akan fokus kepada warga emas,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Faizal, tumpuannya kini lebih kepada projek pembinaan pondok yg berkonsepkan bangunan moden utk penghuni berusia 50 tahun ke atas menginap sambil belajar agama & mengaji di situ.

Pada masa sama, pihaknya mengalu-alukan sokongan orang ramai andai ingin menyumbang bagi tujuan mewakafkan unit hostel penginapan.

“Segala-gala perancangan utk projek ini sudah dimulakan, cuma ia mengambil masa beberapa tahun utk disiapkan sepenuhnya. Apa pun harapan kami segalanya berjalan lancar mengikut jadual.

“Sebahagian besar pembiayaan pusat ini adalah daripada simpanan kami sendiri sekali gus sebagai saham akhirat utk dikongsi pula bersama insan lain,” katanya.

Faizal Ismail, 46, sebelum ini melalui fasa perubahan dalam hidup apabila kembali kepada fitrah sebaik pulang daripada United Kingdom pada 2019.

Rata-rata peminat pengacara popular itu terkejut melihat perubahannya yg dianggap drastik apabila merahsiakan kepulangan selain mula menyertai jemaah tabligh.

Begitupun, kini ramai yg mengagumi transisi Faizal yg  istiqamah dalam melewati jalan Allah sama ada menerusi kehidupan atau kerjaya seninya.

Menyentuh mengenai karier, Faizal mengakui, susunan jadual utk tugasan pengacaraan serta komitmen terhadap projek pusat pengajian sangat teratur.

Katanya, biarpun kini hanya mengambil tawaran mengelolakan rancangan televisyen seperti La Tahzan & Hijrahkan Laguku, pihak produksi lain yg pernah mengajukan undangan program hiburan memahami keputusannya.

“Sebenarnya ada lagi yg pelawa jadi hos utk rancangan televisyen berunsur hiburan tetapi saya tolak secara elok. Bukan sombong, tetapi jiwa saya sudah tdk ke situ.

“Rata-rata sangat memahami malah ketika itu datang tawaran utk mengendalikan rancangan realiti Hijrahkan Laguku. Jadi saya ambil peluang tersebut.

“Sebaik program itu tamat, saya dipilih pula utk terbabit dalam program umrah bersama sebuah agensi yg bakal membawa beberapa rombongan bermula Mac ini.

“Alhamdulillah,  satu persatu rezeki hadir. Mungkin tdk semeriah dulu, namun saya bersyukur dapat menjalani kehidupan dengan tenang tanpa perlu terkejar-kejar,” luah bapa kepada empat cahaya mata itu lagi.

Perkahwinannya dengan Nor Azlina Ahmad Din dikurniakan Nur Khairina, 19, Muhammad Khalish Iman, 10, Khayla Nur Iman, 8, & Qalisya, 4 tahun.

Dedah Faizal, perasaannya kini lebih lega apabila melihat anak-anak juga semakin dekat dengan ilmu akhirat sehingga mampu menghafal al-Quran.

“Dalam sibuk mengajar anak-anak ilmu dunia, saya tdk mahu melupakan bekalan akhirat apatah lagi dulu saya pernah lalai k3rana lebih mengejar kepuasan kerjaya serta duniawi.

“Doakan saya terus istiqamah & menjadi ketua keluarga yg baik selain tetap dikekalkan niat sentiasa dekat dengan Allah,” katanya lagi.

Sumber:Kosmo

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.