Home / Semasa / Gelombang Omicron tamat jika 80 peratus suntik dos penggalak | MyBlog

Gelombang Omicron tamat jika 80 peratus suntik dos penggalak | MyBlog

KUALA LUMPUR: Seorang pakar epidemiologi yakin gelombang baharu COVID-19 di Malaysia yg dicetuskan varian Omicron ketika ini, dapat ditamatkan dengan pantas jika imuniti penduduk negara kembali ke tahap optimum menjelang akhir bulan ini.

Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata imuniti rakyat Malaysia dapat ditingkatkan menerusi pemberian dos penggalak secara besar-besaran hingga liputan mencapai 80 peratus populasi negara.

Sekiranya sasaran itu direalisasikan, beliau yakin gelombang Omicron tdk akan memberi kesan pada jumlah kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) & kematian, walaupun kes harian terus meningkat.

“Jika kita dapat kembalikan imuniti penduduk ke tahap optimum menjelang hujung Februari dengan pemberian dos penggalak kepada 80 peratus penduduk, bilangan kes baharu akan naik utk masa yg singkat & selepas itu menurun.

“Tumpuan ketika ini sepatutnya pada kadar kes teruk (kategori tiga hingga lima), penggunaan katil hospital, kes ICU & kematian, bukannya bilangan kes baharu semata-semata.

“Jika tahap imuniti penduduk negara secara amnya dapat dikembalikan ke tahap optimum menjelang hujung Februari ini, kadar kenaikan empat indikator ini tdk akan menyamai kenaikan kadar kes baharu, & gelombang COVID-19 kali ini tdk akan lama,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas lonjakan kes harian COVID-19 kepada lebih 10,000 kes hari ini, selepas berlegar sekitar 2,000 hingga 3,000 kes selama lebih lima minggu sejak pertengahan Disember tahun lalu akibat varian Omicron.

Mengulas lanjut, pakar epidemiologi Universiti Malaya (UM) itu menggesa kerajaan meningkatkan kapasiti pemberian dos penggalak kepada 360,000 dos sehari bagi memastikan imuniti penduduk dapat dikembalikan ke tahap optimum sebelum hujung bulan ini.

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu segera melengkapkan vaksinasi kanak-kanak, selain menganalisa data keberkesanan dos penggalak dalam mencegah kes kategori tiga hingga lima & menguar-uarkan hasil analisa itu kepada orang ramai.

“Kerajaan juga perlu beri penerangan jelas mengenai keberkesanan vaksin & dos penggalak k3rana penjelasan yg diberi setakat ini kurang meyakinkan orang ramai mengenai keperluan dos penggalak,” katanya.

Berhubung kepentingan dos penggalak, Awang Bulgiba berkata ia antara kunci utama bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan awam tdk terjejas dalam tempoh gelombang Omicron, sekali gus mengekang virus merebak dengan cepat.

Katanya, jumlah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, serta kes kematian yg rendah ketika ini adalah disebabkan kadar vaksinasi yg tinggi di Malaysia, dengan 97.9 peratus penduduk dewasa & 88.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksin.

Namun, katanya, tahap antibodi selepas dos kedua vaksin COVID-19 menurun dengan pantas, sekali gus varian Omicron boleh menjangkiti seseorang walaupun mereka sudah lengkap divaksin.

“Jika bilangan yg dijangkiti amat tinggi, misalnya 50,000 sehari, & walaupun kadar pesakit kategori tiga hingga lima adalah rendah, contohnya satu peratus, bilangan yg memerlukan rawatan di hospital & ICU tetap tinggi.

“Satu peratus daripada 50,000 adalah 500 pesakit sehari, & jika ini berterusan utk jangka masa lama seperti tiga bulan, ia akan melebihi kemampuan hospital awam utk merawat pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima.

“Jadi, peranan dos penggalak utk meningkatkan semula tahap antibodi dalam badan supaya bilangan jangkitan Omicron tdk meningkat dengan terlalu cepat,” katanya sambil menegaskan ia perlu disertai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yg ketat.

Setakat semalam, seramai 12,361,663 individu dewasa atau 52.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima suntikan dos penggalak COVID-19.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,929,493 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,238,753 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.