Home / Semasa / Kecewa Tangga Batu Caves Sering Dijadikan Tempat Berjoging, Penganut Minta Hormati Rumah Ibadat | MyBlog

Kecewa Tangga Batu Caves Sering Dijadikan Tempat Berjoging, Penganut Minta Hormati Rumah Ibadat | MyBlog

Di hadapan Batu Caves merupakan kuil Hindu yg paling popular di luar India & menjadi lokasi utama utk perayaan Thaipusam.

Kemeriahan Hari Thaipusam pada setiap awal tahun yg disambut di gua Batu Caves telah menaikkan status kawasan berkenaan sebagai lokasi upacara keagamaan Hindu terbesar di Asia Tenggara.

Selain itu, rumah ibadat ini turut terkenal dengan keunikan patung Dewa Murugan setinggi 42.7 meter yg dikatakan antara tertinggi di dunia & keindahan pelbagai warna yg menghiasi 272 anak tangga.

Maka, tdk hairanlah kuil Batu Caves ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara asalkan mereka yg memasuki kawasan itu perlulah mengikuti kod pakaian yg disediakan pihak pengurusan atas dasar hormati tempat ibadat.

Meskipun begitu, seorang pengguna Facebook bernama Sam GV meluahkan perasaan kecewa apabila rumah ibadat itu terutama di kawasan tangga sering dijadikan tempat orang ramai melakukan aktiviti seperti berjoging & mendaki.

Menerusi hantaran itu, dia yg sering ke kuil itu pada setiap Ahad pagi tdk dapat menahan diri lalu melakukan aduan ke pihak pengurusan di sana mengenai hal tersebut.

“Saya ke kaunter (pengurusan) & bertanya mengapa ada yg melakukan aktiviti joging di sini & tiada tindakan yg dikenakan oleh pihak kuil.

“(Penjaga kaunter) kata sudah memberitahu mereka (golongan yg datang berjoging) tetapi masih ada yg melakukannya,” katanya.

Joging Tangga Batu Caves Sumber: Sam GV

Dia juga bertanyakan hal papan tanda (etika di kuil) & jawapan yg diterima ia masih tdk diletakkan kembali selepas pengubahsuaian.

Ujarnya, dia mengharapkan pihak pengurusan meletakkan kembali papan tanda itu & segera menyelesaikan masalah itu k3rana ia merupakan pusat keagamaan.

Joging Tangga Batu CavesSumber: Sam GV

Hantaran tersebut tular dengan rata-ratanya bersetuju perlunya menunjukkan rasa hormat memandangkan kita adalah negara bermasyarakat majmuk yg mempunyai pelbagai kaum, budaya & agama.

“Dalam komuniti berbilang bangsa & agama kita kena ada sifat tolenransi & budi bicara hormat menghormati… So belajar hormat tempat agama lain beribadat”

“Pihak pengurusan kuil pun dah bagi tau itu bukan tempat excercise atau riadah…tapi ada yg masih degil utk pergi konon melawat padahal exercise.”

“Itu rumah ibadat mereka, bukan tempat rekreasi. Kita patut hormat mereka. Banyak lagi tempat boleh bersenam.”

Jika mahu melakukan latihan menaiki tangga, anda boleh ke tarikan baharu di Putrajaya iaitu Tangga Putrajaya yg memiliki sebanyak 248 anak tangga, sesuai utk orang ramai melakukan aktiviti gaya hidup sihat.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Allahyarham Bob Lokman Dan Salasilah Keluarganya Yang Ramai Tidak Tahu | Article Update

Pemergian pelakon & penulis lirik terkenal, Allahyarham Bob Lokman, 58 sememangnya meninggalkan kesan yg besar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.