Home / Semasa / Kena Cari RM5010 Sebelum Pkul 6.30PM? Wanita Ini Dipaksa Bayar Hutang Tetapi Rupanya Ini Yg Terjadi

Kena Cari RM5010 Sebelum Pkul 6.30PM? Wanita Ini Dipaksa Bayar Hutang Tetapi Rupanya Ini Yg Terjadi

Kisah ini menceritakan keadaan zaman sekarang apabila kita berhutang & ada pengutip hutang yg tiada adab. Mereka tdk peduli tentang ap4 kita buat janji mereka dapat wang. Perkara ini banyak kali diketengahkan bagaimana pengutip hutang utk syarikat syarikat yg mengeluarkan pinjaman sangat tdk tertib.

Mari baca kisah wanita ini bagaimana keadaan hidup dia menjadi kelam kabut k3rana pengutip hutang ini.

Semua Kerana Hutang TV & Sound Bar

Update: 14.59 (Sabtu 23/2/19)

Terima kasih kepada pihak atasan COURTS k3rana membantu kes aku dengan efficient & telah mengambil tindakan dengan sewajarnya kepada ‘orang’ berkenaan.

Dan bertindak atas arahan utk menjaga reputasi, ada beberapa info yg telah aku edit dengan ikhlas hati.

Selain dari itu, aku tetap akan publish post ini k3rana di akhir cerita ada plot twist.

Terima kasih.

Assalamualaikum.

Aku nak share kisah aku dengan seorang lawyer yg di ‘appointed’ oleh pihak COURTS.

Kisah aku agak panjang. Dan maaf sekiranya olahan bahasa aku cacamarba.- Jika sudi bacalah.

Sedikit info, aku mempunyai 2 akaun kotrak dengan COURTS bermula 2017- 2020.

Akaun 1 – TV Akaun 2 – Sound bar

Dan adat meminjam, adakalanya aku terlewat bayar & ada lompat bulan. Itu memang kesilapan yg aku akui. Ini k3rana, aku menangung ibu aku kidney failure stage 4. Dan ada beberapa komitmen sbg anak tunggal dalam keluarga. Berkahwin menetap di utara. Sedangkan ibubapa di selatan.

Ok. Cerita nya bermula, masa aku dekat office….

Khamis (21/2/2019)

2.55pm

Aku terima panggilan dari seorang clna (Mr. Lim 016-3899856), mengatakan bahawa dia dh otw ke rumah aku dari Changkat Jering.

Katanya, dia diarahkan oleh seseorang utk mengambil barang kt rumah aku. So dia suruh aku standby. Aku terkejut, tanya dia,

Aku: “eh…u nk amik barang ap4? I x tau apa2 pun…I xde terima apa2 surat pun!…”

Clna: “ eh….u xda terima surat meh? I mau angkat barang ni….u call this no 03-58703631 cakap sama En. Johari”

Automatik dalam kepala aku ingat COURTS. Kerana aku cuma skip & lewat bayar COURTS je.

3.00pm

Aku terus call no yg diberikan & dapat bercakap dgn En. Johari.

Aku kenalkan diri Axxxxxx xxxxx & tanya ada clna otw nk ke rumah aku nak ambil barang. Kenapa aku tak dapat apa2 surat pun sebagai warning?

En. Johari mengesahkan kejadian tersebut. Dia search nama aku & bacakan semua info2 termasuk nama suami aku & juga alamat tetap rumah mertua aku beserta nama bapa mertua. Katanya, “Akaun agreement di antara puan & pihak COURTS telah dibatalkan sebab puan telah melanggar syarat2 yg ada dalam agreement. Maka dengan itu puan akan diberikan saman dimana clna td diupah utk mengambil semula barang2 yg disewa.

Aku cakap, “ kenapa boleh terbatal, sedangkan saya tak dapat apa2 surat pun. Dan betul saya mengaku yg saya ada beberapa bulan yg tak bayar, sb saya ada masalah keluarga. Tapi tak kan se agresif ini saya terima?”

En. Johari terangkan,” COURTS dah taknak ada ap4 kaitan dengan puan. Itu sebab kes diserahkan pada pihak guaman utk di audit. Bila dah macam ni pihak COURTS dah tak menerima sebarang PEMBAYARAN. Nak taknak puan kena melalui FASA 1 – PENYERAHAN AFIDAVIT.”

Sambungnya “Clna tu akan ambil barang. Selepas tu dia akan serahkan satu surat acknowledge minta puan sign. Itu bererti puan telah menerima & faham surat saman. Maka akan berlaku FASA 2 – PERBICARAAN.”

“Dalam FASA 2 – PERBICARAAN – puan akan menerima surat dalam tempoh 7 – 14 hari, puan beserta suami & juga bapa mertua diminta utk hadir ke KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA, bagi proses perbicaraan. Dan jika didapati puan serta penama diatas bersalah. FASA 3 – PEMBAYARAN akan terus dijalankan.

Puan diminta utk menjelaskan jumlah tuntutan sebanyak RM20,000++ tdk termasuk kos guaman RM5,000.++. Puan perlu menyelesaikan baki dalam tempoh 7 – 14 hari. Jika puan gagal berbuat seperti yg diarahkan…FASA 4 – JATUH DALAM WARAN SALES mahkamah akan melelong semua asset yg ada di dalam alamat pertama & alamat kedua. Setiap asset tdk lebih dari RM10,000 utk sebuah rumah”.

“Untuk makluman puan, COURTS tdk linked dengan BNM. So tiada istilah CTOS disini. COURTS adalah syarikat Korporat swasta. Jadikan tindakan mahkamah yg akan diambil. Puan punya agreement di Sungai Petani ya. Di SP ada dua branch sebelum ni kan? Tapi satu dah tutup. COURTS bukan sahaja tutup di SP. Malah COURTS akan menutup seluruh cawangan di MALAYSIA. Sebelum COURTS tutup, mereka ingin dapatkan kembali duit mereka.”

Bila dia terangkan semua nya dekat aku…aku jadi lagi gementar…sebab ini melibatkan nama bapa mertua aku. Aku dah start nangis.

Siapa yg tak takut, selama 35 tahun hidup, ini pertama kali jadi kat diri sendiri.

Terus aku kenang mak bapak aku macam mana lah nanti.

Bila aku dah diam…. En. Johari ni sambung lagi. “Macam ini lah puan, saya boleh bantu puan sebaik yg mungkin….puan call semula clna tadi & tanya kan dia 2 soalan ini. 2 soalan ini yg akan merubah kes puan. Tapi jika salah satu soalan ini, clna tu dapat kemukan bukti, menangis air mata darah sekalipun saya dah tak boleh buat apa2 pada puan. Cuma nasihat saya, jangan bagitahu clna tu yg puan telah berbincang dengan saya.”

Soalan 1 – Tanya sama ada clna tu ada buat laporan polis ke x? kalau ada minta no kes.

Soalan 2 – Anggaran masa utk sampai dari Chqngkat Jering ke rumah pukul berapa?

3.55pm

So, aku pun call clna tu tanya dia, ada bawak report polis x? clna tu cakap takde.Dan clna tu akan sampai dalam pukul 6.30pm.

4.00pm

Aku contact semula En. Johari & bagitau yg clna tu tak de laporan polis & akan sampai rumah aku dalam pukul 6.30pm.

En. Johari tu kata, “ Ok saya ada 1 berita baik & 1 berita buruk. Berita baik, puan ada 1 point, sb clna tu tak buat laporan. clna tu tak boleh masuk rumah puan, kalua dia masuk dh jadi pecah rumah. So puan boleh bertindak. Dan tadi saya dah discuss dengan COURTS pasal kes puan, saya cadangkan puan buat full settlement RM5010.00 utk tutup akaun 1. Berita buruknya, puan kena jelaskan RM5010.00 sebelum pukul 6.30pm sebelum clna tu sampai ke rumah puan. So, puan dah boleh bertindak mencari duit mulai sekarang la ya. Sebab dah lewat dah ni.”

Habis sembang dengan En. Johari pun dah pukul 5.10pm!

RM5010???!!! Kena settlekan sebelum 6.30???? Bila aku dengar macam tu…..aku lagi terus berdebar. Sb aku taknak melalui semua FASA2 yg di bagitahu tadi. Aku taknak drag bapa mertua aku ke mahkamah. Kalau nak kena biarlah atas aku sorang.

Jadi, lepas dah dapat info aku kena bayar tu…aku terpaksa loan dengan boss aku. Dipendekkan cerita boss aku bagi loan RM 2,500. Itu pun aku dah bersyukur.

Jgn layan. Buat x tau!

Aku call suami aku cerita dari A to Z. Dia dah sound….tu scammer! Jgn layan. Buat x tau!

Tapi aku tetap kata itu betul…sb dia suruh bayar direct ke akaun COURTS.

Dalam masa yg sama, mak & bapa saudara suami pun call….bgtau juga, jgn layan…tu scammer.Tapi aku still takut. Aku tetap nk dapatkan lg RM2500.

Aku tengah oncall dengan suami…En. Johari dah call aku…dalam masa yg sama…clna pun dok call aku.

Aku stress sangat. Tapi semua call aku x jawab.Dapat pula wasep dari staff En. Johari, dia kata…macam mana keadaan. Siap push aku suruh segera.

Long story short.

6.30pm

Aku tak balik rumah lagi. Aku call suami tanya dia ada tak lori sampai depan rumah.Suami kata, mana ada…kalau dia datang…meh sini, dia tunggu.

Suami aku cadangkan aku pergi Branch COURTS direct.Aku pergi ditemani kawan.

Sampai COURTS Sg. Petani. Aku terus pergi Bahagian Tunggakan. Jumpa Kak Mira (015-48721720)Aku bagi no ic…Kak Mira tu cek akaun aku…lepas tu dia tanya kenapa? Maka, aku pun cerita lah dekat dia ada org call aku bagitau, akaun COURTS aku dah kena block, tanpa aku mention amount RM5010!

Terus Kak Mira ni cek. Dia kata, memang betul akaun 1 aku dah hantar audit peguam. So peguam yg handle kes aku ni. Jadi aku dikehendaki bayar RM5010 dengan segera. Kak Mira kata, sebab aku dah 6 bulan tertunggak! Aku tunjuk resit akhir aku… 31/10/18….tak sampai pun 6 bulan…..

Aku terus tergamam. Yelah dah pihak dalam COURTS pun mengesahkan benda yg sama!

Kak Mira tanya aku, berapa aku mampu bayar. Aku cakap, aku mampu bayar RM2500 ni je. Ini je yg ada & jangan paksa aku utk aku cari cara lain. Kak Mira terus call peguam nama Tn. Iskandar (011-13125230). Tn. Iskandar ni boss kepada En. Johari tadi.

Pendek cerita, Tn. Iskandar MEMAKSA aku utk jelaskan RM3000 sahaja dengan COURTS dalam tempoh 30 minit!!! Settlekan utk akaun 1 sahaja.

Semua rekod suara diantara aku & kak Mira ada bagi tujuan post-mortem aku.

Aku dah makin gementar.

7.45pm

Suami aku amik aku, dia bagitahu mak sedara dapat pinjamkan RM500. Maka aku dapat RM3000.00

Tapi aku x bayar on the spot di COURT SP. Sb aku dpt wasep dr staff En. Johari, dia kata aku bleh jelaskan semua hari esok (Jumaat).

Dalam kereta, hati aku kuat kata…ESOK PERGI COURTS BUKIT MERTAJAM!

Jumaat (22/2/19)

COURTS BUKIT MERTAJAM

Selangkah aku nk masuk pintu COURTS, En. Johari call aku. Tanya aku….macam mana? Dia dah tahu yg aku nk bayar RM3000. So dia kata nnti bagi slip. Aku tanya, pasal clna semalam tu ap4 cerita…dia cakap, takpe clna tu dia dah handle.

Masuk COURTS. Aku terus jumpa SA kt kaunter. Aku bagi IC no utk cek akaun.

SA tu tanya aku, “Ok nak bayar berapa?”. Aku kata aku nak bayar RM3000.Kak pandang aku (dengan mata aku yg bengkak) – pandang monitor….dia pandang aku – pandang monitor. Dia soal aku “ Betul ke nak bayar RM3000?”

Aku terus meleleh air mata….ya, aku DIPAKSA utk bayar RM3000 hari ni!!Dari ayat yg keluar dari mulut SA tu…..buatkan aku lagi bertambah meraung!!!!

SA BM kata “ Tak perlu… cuma bayar jumlah tunggakan sahaja. Untuk pengetahuan Debt Collector memang akan ugut macam tu, supaya kita takut. Itu sebab dia berani minta macam2. Benda ni dah bnyak kali kena sambil dia tunjukkan report ni semua dari kes Debt Collector punya kes.

“….mana lepas ni yg peguam ke , lori clna ke….blocked no dia xyah layan! Ni kalau dia kacau….pergi report polis terus!” Terang SA BM.

Aku diminta utk menulis report & dia akan submit pada manager…manager dia akan handle kes macam ni. Dan akan mengambil tindakan pada yg terlibat.

Untuk pengetahuan…..pihak COURTS nak saman orang pun amik masa berbelas tahun tau….bukan 7-14 hari – katanya.

Maka pendek cerita, aku jelaskan semua tunggakan aku RM2800 bagi kedua2 akaun. Siap ada advance bulan lagi. Jadi aku tak perlu bayar sampai bulan 5!.

Settle semua…SA BM yakinkan aku….jangan takut & sedih lagi dah.

Keluar dri COURTS, aku block semua no2 tel yg call aku sblum ni.

Dan, patutlah hati aku beriya suruh datang COURTS Bukit Mertajam. Rupanya, ada jawapan di sebalik semua ni.Aku mengaku silap aku tak bayar. Tapi kalau kena drastic macam ni….sape tak gabra oiiii…

So, itulah cerita aku….aku share ni supaya korang yg mana kena macam aku ni, refer lah dekat banyak2 tempat. Jangan percaya pada satu saluran je.

Kalau lah aku ni orang berada, aku xde nafsu nak berhutang. Baik aku bayar cash. Sebab tak mampu lah aku berhutang, setiap bulan aku mampu bayar seperti yg dijanjikan.

Cuma dengan kealpaan yg sedikit, terus merebak jadi besar.

Allahuakbar….penat otak aku. Aku nak rehat.

Assalamualaikum.

Sumber : Ai Artkid

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini. Malah pelbagai tema & gaya dapat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.