Home / Semasa / Puas Hati! ‘Customer’ Saja Cari Pasal, ‘Seller’ Ini Nekad Balas Dendam Dengan ‘Cara Baik’ | MyBlog

Puas Hati! ‘Customer’ Saja Cari Pasal, ‘Seller’ Ini Nekad Balas Dendam Dengan ‘Cara Baik’ | MyBlog

Walaupun tdk perlu bersemuka, bermacam-macam karenah pelanggan terpaksa dilayan bagi mereka yg menjual barangan secara atas talian atau online.

Lebih memeritkan, kebanyakan pelanggan jenis ini kadang-kadang lebih angkuh berselindung di sebalik kata-kata ‘keramat’ – “The customer is always right”.

Satu kisah yg dikongsi oleh A Ruzaini Rosle di Facebooknya berikut mungkin boleh dijadikan teladan buat pelanggan & penjual online di luar sana.

Jom lihat bagaimana beliau men’sekolah’kan seorang pelanggannya dengan ‘cara baik’ menerusi projek balas dendam “Revenge of the Fallen” beliau berikut.

Tangkap layar dari Facebook A Ruzaini Rosle– Tangkap layar dari Facebook A Ruzaini Rosle

Kegemaran aku bergaduh dengan pelanggan. Dari zaman kerja kedai buku, aku memang suka lawan pelanggan yg jenis “Customer is always right” atau “Customer is king.” Beberapa kali juga la nama aku naik dekat HQ sebab bertekak dengan pelanggan.

Aku ada jual produk di Shopee. Selalunya setakat dapat 1 bintang dari pelanggan sebab salah sendiri atau barang rosak, aku terima je. Malas nak panjang cerita. Paling kuat pun aku PM & tukarkan barang baru dekat dia asalkan dia puas hati. Dia tak tukar bintang pun tak jadi masalah.

Satu masalah bila jual barang online ni adalah tempoh penghantaran kurier. Kalau nasib baik, 1 hari boleh sampai. Kalau nasib tak baik, boleh cecah lebih dari 7 hari bekerja.

Pelanggan yg bijak akan semak sendiri lokasi terkini barang dia & akan hubungi khidmat pelanggan kurier utk tahu status penghantaran.

Yang jenis tak bijak ni, boleh naik darah tinggi dibuatnya. Dah la tak semak sendiri status penghantaran, lagi dia tanya barang kat mana. Dia boleh tanya kenapa lambat? Kat sini yg sakit kepala. Dia ingat kita tahu ap4 masalah dalam syarikat kurier tu.

Jalan penyelesaiannya, aku cakap dengan dia elok-elok,

“Puan boleh terus berhubung dengan pihak khidmat pelanggan Shopee utk tindakan lanjut. Dalam masa sama kami juga akan menghubungi pihak kurier utk buat semakan. Kami akan maklumkan semula selepas menerima jawapan dari pihak kurier.”

Aku pasti ramai pembeli sebenarnya tak nak semak sendiri status penghantaran sebab anggap ni pun antara tanggung jawab penjual. Tapi kalau sama-sama buat, ap4 salahnya. Baru kita boleh tahu siapa bagi jawapan betul dengan jawapan tipu.

Aku e-mel pihak kurier & setelah menerima jawapan, aku maklumkan balik dekat pelanggan ni bahawa ada isu barang terlalu banyak di hub. Jadi akan ambil masa utk dihantar.

Dia balas balik, “Minta hantar dengan cepat.”

Aku pun jawab 👌 dalam keadaan sedikit bingung. Dia faham ke tak ap4 aku tulis?

Selang 2 hari, dia pun dah dapat barang & aku terima 1 bintang & disertakan komen, “Kita faham kurier banyak barang nak kena hantar. Sebab lambat dari kurier tu kita faham. Tapi seller macam lepas tangan je. Please improve your customer service.”

Aku serius tak faham ap4 dia cuba sampaikan sedangkan kelewatan memang dari pihak kurier & aku dah hubungi pihak kurier utk dapatkan status barang.

Disebabkan komen tu, aku buka profil Shopee dia. Ya, dia pun ada jual produk. Aku pun mula menggerakkan projek Revenge of the Fallen. Aku pun beli produk dia menggunakan akaun aku yg lain & kemudian aku memulakan perang saraf dengan bertanyakan soalan-soalan bodoh yg selalu aku terima. Antara soalan aku gunakan dekat dia, “Guna kurier ap4?”, “Boleh pilih kurier xxx tak?”, “Berapa hari barang dekat hub?”, “Berapa lama akan sampai?,” “Hari Ahad hantar tak?” & banyak lagi la sesi soal jawab tu berlangsung selama 2 hari sampai dia tak tahan & balas, “Awak, please stop tanya. Jangan tanya saya ap4-ap4 lagi. Awak tunggu barang sampai je. Berapa hari sampai tu awak kena tengok kurier tempat awak macam mana.”

Dengan jawapan yg aku dapat ni, aku boleh dapat rasakan bahawa dia sendiri tak layak utk suruh orang lain” improve your customer service” kalau dia sendiri tak boleh jawab soalan dengan elok. Dia pun bahasakan pelanggan dia ‘awak’ je.

Barang tu pun aku dah dapat & aku tekan butang terima selepas 7 hari termasuk (Extend Shopee Guarantee). Padan muka dia duit dapat lambat 7 hari. Selalu dengan orang lain, aku tekan terima lepas dah tengok barang OK.

Aku pun bagi dia 2 bintang & disertakan komen, “Please improve your customer service.”

Dia melenting. Aku tukar kepada 1 bintang pula. Lagi dia melenting. Aku rasa bahagia sangat hari ni. Sekarang aku tengah gelak syaitan sambil minum Starbucks.

BACA: ‘Scam’ Terbaru Menggunakan Shopee – Wanita Ini Kerugian Lebih RM24 Ribu! AWAS! Elak Dari Terpedaya Seperti Ini

Sumber: A Ruzaini Rosle

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sering Jalinkan Kerjasama Dgn Bekas Kekasih” Tak Sangka Ini Respon Isteri Awie.

Profesional. Mungkin kalimat itu yg tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.