Home / Semasa / Terpaksa Gugurkan Anak? Ketahui Kriteria Dan Syarat Pengguguran Kandungan Di Malaysia Yang Dibenarkan Dalam Islam | MyBlog

Terpaksa Gugurkan Anak? Ketahui Kriteria Dan Syarat Pengguguran Kandungan Di Malaysia Yang Dibenarkan Dalam Islam | MyBlog

Terdapat kes-kes tertentu pengguguran kandungan dibenarkan dalam Islam & tdk menjadi kesalahan dari segi undang-undang di Malaysia.

Namun, masih ramai yg kurang jelas lantas terus ‘menghukum’ & memandang serong terhadap golongan ibu yg terpaksa melakukan prosedur ini.

Ramai juga yg musykil kenapa ianya dibenarkan & dibincangkan secara terbuka di media sosial seolah-olah ianya tdk salah & sudah menjadi kebiasaan.

Seorang pakar Obstetrics and Gynaecology atau pakar bahagian perbidanan & sakit puan, Dr Imelda menerusi laman Facebooknya telah menerangkan dengan terperinci mengenai apakah kriteria & syarat sebenar pengguguran yg dibenarkan mengikut undang-undang & fatwa di Malaysia.

Tangkap layar dari Facebook Imelda Balchin– Tangkap layar dari Facebook Imelda Balchin

Ada seorang netizen mengadu kepada saya, kenapa pengguguran sebegini dibenarkan & kenapa xxx kongsi cerita ini seolah-olah ini bukan satu kesalahan?

Mai nak habaq.

Memang benar, pengguguran yg disengajakan adalah haram dari segi kedua-dua undang-undang Malaysia & fatwa Islam.

Saya sebagai doktor pakar yg berkhidmat di Malaysia, akan mengikut kedua-dua undang-undang Malaysia & juga Fatwa Islam yg dikeluarkan oleh Mufti-Mufti Malaysia utk dinasihatkan kepada pesakit ibu hamil saya.

Apa anda mesti faham ialah setiap yg haram ada pengecualiannya. Ada kriteria-kriteria yg membenarkan pengguguran dengan syarat-syarat tertentu.

Kriterianya ialah, sekiranya ibu yg hamil ada masalah perubatan yg serious, di mana meneruskan kehamilan boleh memudaratkan nyawa atau keselamatan ibu, maka diharuskan menggugurkan kandungannya.

Syarat-syaratnya ialah:

1) Penilaian kesihatan ibu hamil itu MESTI dibuat oleh doktor pakar specialist dalam Obsterics & Gynaecology & dipersetujui oleh DOKTOR PAKAR O&G (bukan doktor GP, bukan pegawai perubatan, bukan Ustaz, bukan bidan, bukan jururawat & bukan netizen).

2) Prosedur ini mesti dibuat di hospital oleh doktor pakar Obstetrics & Gynaecology.

3) Kaedah perubatan yg digunakan mesti selamat utk ibu hamil.

4) Ada persetujuan dari suaminya (ini pun ada juga pengecualiannya).

5) Ada persetujuan ibu yg hamil (ini pun ada juga pengecualiannya jika cardiac arrest & ibu tdk sedar diri utk memberikan consent atau persetujuan).

Maka, setiap ibu hamil yg membuat permintaan utk menggugurkan kandungannya layak mendapatkan rujukan kepada pakar specialist Obstetrics & Gynaecology utk mempertimbangkan permintaannya.

Jangan lupa, masalah perubatan yg serious juga merangkumi kesihatan mental, maka pakar Obstetrics & Gynaecology dengan sokongan pakar Psychiatry, dibolehkan menggugurkan kandungan utk masalah kesihatan mental.

Semua kes perkhidmatan pengguguran yg saya sudah jalankan utk pesakit saya bertujuan menyelamatkan pesakit saya dari kemudaratan yg serious. Alhamdulilah mereka gugur dengan selamat.

Kita mesti elakkan membuat hukuman jika kita tdk tahu kisah sebenar & tak tahu apakah penilaian kesihatan oleh pakar Obstetrics & Gynaecology. Saya pun tak mau beri pendapat utk kes yg dikongsikan oleh xxx, sebab bukan saya yg pakar Obstetrics & Gynaecology yg membuat penilaian kesihatan ibu hamil itu & saya tak boleh jadi judgemental membuat hukuman salah atau tdk sekiranya bukan pesakit saya & saya tiada pengetahuan tentang masalah perubatannya yg sebenar.

Saya juga banyak kali menolak permintaan pengguguran oleh ibu hamil sebab tdk mematuhi kriteria & syarat, tetapi saya mesti memastikan kedua-dua ibu hamil & suaminya mendapat kaunseling & bantuan kebajikan yg diperlukan.

Saya juga pernah beberapa kali menempuhi cabaran melihat kematian. Sekiranya ibu hamil tdk membenarkan saya menggugurkan kandungannya utk menyelamatkan nyawa ibu hamil itu sendiri, maka saya pun tak boleh buat pengguguran itu walaupun ibu hamil itu akhirnya meninggal dunia bersama anak di dalam kandungan. Sudah beberapa kali saya melalui pengalaman pahit ini sebab tdk berjaya mengubah pendirian ibu hamil yg sanggup meninggal dunia.

Saya juga pernah merawat pesakit ibu hamil yg ada kanser tahap akhir yg tdk boleh diselamatkan. Setelah berbincang & memberi kaunseling kepada pesakit saya, saya beri nasihat jika tdk mahu menggugurkan kandungan pun saya sokong, sebab saya tahu jika saya menggugurkan kandungannya, saya tetap tdk boleh menyelamatkan nyawa ibu hamil ini, jadi saya sokong utk meneruskan kehamilan & buat pembedahan Caesar sebelum ibu meninggal dunia.

Selepas itu beberapa doktor tegur saya, kenapa dari awal kehamilan saya tdk menggugurkan kandungan arwah ibu? Saya jawab sebab tujuan pengguguran ialah utk menyelamatkan ibu hamil & bila kita sudah tahu arwah ibu tdk boleh diselamatkan sebab kanser sudah merebak & bila kita tahu arwah ibu akan meninggal dunia juga beberapa bulan selepas pengguguran, saya pun berikan arwah ibu hamil & suaminya pilihan utk meneruskan kehamilan ini sehingga anak di dalam kandungan sampai ke peringkat yg matang & boleh hidup. Alhamdulillah anak ini sihat walaupun arwah ibu sudah tiada.

Saya harap netizen jangan jadi judgemental & jangan buat hukuman tentang orang lain. Pengguguran itu dibenarkan tetapi mesti mematuhi kriteria-kriteria & syarat-syarat dengan tujuan mencegah kemudaratan kepada ibu yg hamil.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat.

Salam dari Dr Imelda Balchin,Pakar Obstetrics & GynaecologySubspecialist in Maternal & Fetal Medicine.

BACA: Raja Permaisuri Agong Kongsi Kisah Jalani 17 Kali Rawatan IVF Dan 6 Keguguran

Sumber: Imelda Balchin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.