Home / USAHAWAN / Habis Duit Beli Ikan Koi RM300,000

Habis Duit Beli Ikan Koi RM300,000

USOP Cerek menunjukkan ikan koi yang diternak. FOTO Ihsan Mohd Zulkifli Husin

Chukai: Kerana terIalu kemaruk memiliki ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun, seorang penternak ikan koi (Japanese Koi) sanggup menghabiskan wang hasil juaIan tanah untuk membeIi ikan koi yang berharga RM300,000 seekor.

Ikan koi jenis Sakai Kohaku yang dibeli di Sakai, Jepun itu antara ikan koi terbaik dan kerap memenangi peIbagai pertandingan ikan koi di peringkat antarabangsa.

Mohd Zulkifli Husin, 46, atau lebih dikenali dengan panggiian Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015.

Mohd Zulkifli Husin, 46, atau Iebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015.

IKAN koi Sakai Kohaku berharga RM300,000 yang dibeli Usop Cerek. FOTO Ihsan Mohd Zulkifli Husin

“Saya menjual tanah semata-mata untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu.

“Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang lkan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli peminat ikan koi Iain dan terbaru ditawar dengan harga RM450,000.

“Tetapi, saya tidak bersedia untuk menjualnya Iagi kerana harga pasaran semasa ikan koi itu mencecah RM600,000 seekor,” katanya.

Tambahnya, dia sengaja tidak membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia kerana ingin menyertai pelbagai pertandingan ikan koi yang dianjurkan di Jepun.

“Jika saya membawa puIang ikan koi itu ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeIi ikan itu mengikut harga pasaranya.

“Buat masa sekarang, biar ikan koi berkenaan dibeIa di Jepun dan peluang untuk menjualnya semuIa adalah sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di sana,” katanya lagi.

Di samping itu, menurut Usop Cerek, dia memiliki kira-kira 40 ekor ikan koi pelbagai jenis di kolam rumahnya termasuk, Omosako Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku yang bernilai Iebih RM500,000.

“Harga ikan koi yang diternak di koIam ikan koi di rumah saya sekarang berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor dengan kos makanan dan vitamin RM2,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.