Home / Semasa / Hati-Hati Dengan ‘Ustaz TikTok’, Latar Belakang Diragui, Tak Belajar Agama Secara Formal, Fatwa Ganjil Dan Bercanggah | MyBlog

Hati-Hati Dengan ‘Ustaz TikTok’, Latar Belakang Diragui, Tak Belajar Agama Secara Formal, Fatwa Ganjil Dan Bercanggah | MyBlog

Islam sangat menggalakkan amalan tegur menegur & saling memperingati antara satu sama lain bagi meningkatkan ketakwaan sesama umatnya.

Mereka yg lebih arif & berilmu juga digesa agar sentiasa membantu utk memperbetulkan sebarang kekhilafan atau kesilapan dalam kehidupan seharian.

Atas dasar inilah, Ustaz Mohamad Razif Fuad melalui akaun Facebooknya baru-baru ini, telah membuat satu hantaran mengenai teguran yg dibuatnya terhadap “ustaz-ustaz” yg ditemuinya di TikTok.

Beliau yg baru saja seminggu membuka akaunnya sendiri telah menceritakan pengalamannya yg sempat menemui beberapa orang “ustaz muda” di platform media sosial tersebut.

Menyedihkan apabila didapati walaupun “ustaz-ustaz” TikTok yg berusia awal 20-an ini amat berpengaruh serta mempunyai ratusan ribu followers & jutaan Likes, ‘kelayakan’ sebenar mereka amat diragui.

Dikhuatiri ajaran mereka tdk tepat & menyimpang k3rana tdk mendapat pendidikan agama yg formal, beliau sempat membuat beberapa teguran & berharap agar orang ramai juga lebih berwaspada melalui hantaran Facebook beliau berikut.

Tangkap layar dari Facebook Mohamad Razif– Tangkap layar dari Facebook Mohamad Razif

Baru buat akaun Tiktok. Cuma masih tak ada masa nak aktif di sana. Baru seminggu di sana, saya kenal beberapa orang anak muda Tiktokers awal 20-an yg dipanggil “ustaz” oleh followers yg mencecah ratusan ribu. Likes mencecah jutaan.

Ustaz A, saya tegur dengan baik di ruang komen apabila gunakan hadis palsu utk galakan berselawat. Terus saya di”block”.

Ustaz B buat live mengajar tasawwuf. Tapi banyak ketawa, sibuk baca komen-komen, menyanyi, kemudian mengantuk.

Itu tak termasuk “fatwa-fatwa” yg ganjil & bercanggah dengan hukum sebenar.

Teringat kata Imam Abu Hanifah kepada muridnya Imam Abu Yusuf:

تَزَبَّبْتَ قَبْلَ أَنْ تُحَصْرِمَ

Maksudnya: “Kamu telah menjadi kismis sebelum menjadi anggur.”

Bila diteliti latarbelakang Tiktokers ni, ada beberapa orang yg tdk belajar agama secara formal, mula masuk pondok selepas SPM.

Pengaruh mereka amat baik jika digunakan ke jalan yg tepat. Cuma amat rugi bila tak dipandu. Mungkin pendakwah yg lebih otai macam Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan boleh tengok-tengokkan adik-adik ni 😁

BACA: Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan Yang Membinasakan – Ustaz Hasrizal

Sumber: Mohamad Razif

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.