Home / Semasa / “Maaf Cik, Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor”- Tindakan Pegawai JPJ Selepas Itu Memang Tak Diduga

“Maaf Cik, Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor”- Tindakan Pegawai JPJ Selepas Itu Memang Tak Diduga

Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah. Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari du.it nak be.li susu anak. Isteri kata, takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah.

Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha & minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yg tak disangka..

Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan isteri & terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yg kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yg kami cintai dalam syurga..

Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada du.it nak isi minyak. Ada du.it sikit kira-kira beri ibubapa & ibubapa mertua sahaja.

Tapi isteri saya senyum sahaja & kata, abang bekerja keras & rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yg berusaha…

Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira du.it tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yg ini.

Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi..ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir..

Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada du.it nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor k3rana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua du.it saya dah dalam tank motor.

Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam k3rana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor & suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kita erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.

Pernah saya menangis k3rana lemah semangat. Isteri saya peluk saya & kata,

saya kahwin dengan abang k3rana saya sayang abang k3rana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya.

Kita ada tangan & kaki. Ribu orang diuji tiada tangan & kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan k3rana tiada kaki utk sara keluarga Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yg nazak ditepi jalan.

Kita terlalu kaya k3rana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?

Paling berharga dia beri kita Islam…itulah segalanya..Terima kasih Allah yg beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yg tabah & mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku & segala-gala nikmat & mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup.

Seluruh hidup & matiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat & buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yg teramat hina & berdosa ini

Bila takdir berbicara, lidah kelu tdk terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yg telah cantik di susun -NYA.

Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah

Kita sering mendengan pelagai keluhan & kita sendiri juga mengeluh.

“Bising betullah mesin ni. Cubalah senyap sikit.”

“Penat je be.li baju ni bulan lepas. Dah tak muat.”

Ada sahaja yg kurang bagi kita. Ada sahaja yg kita nak rungutkan. Tidak pernah cukup dengan ap4 yg kita ada. Lumrah manusia, merungut dah tdk berpuas hati dengan ap4 yg diperolehi.

Mari kita sama-sama cuba fikirkan ap4 yg terjadi & ap4 yg ada pada kita.

Kita merungut dengar bunyi bising hari-hari,memang geram,sakit hati. Itu sebenarnya menandakan kita masih lagi mampu mendengar.

Kita merungut pakaian yg kita pakai sudah ketat,kecik,tak muat. tapi tidakkah kita bersyukur, baju tu dah tak muat k3rana kita sebenranya cukup makan. Allah bagi rezeki melimpah ruah.

Kita merungut utk rumah yg kita kena bersihkan,mop lantai,lap tingkap,sapu rumah & sebagainya hari-hari. Tapi bersyukurlah k3rana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal utk berlindung dari hujandan panas.

Kita mengeluh otot-otot kita kejang, kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari. Tetapi, itu sebenarnya menandakan kita masih mempunyai kudrat utk berkerja kuat mencari rezeki.

Kita merungut utk keletah anak-anak yg tdk menetu dirumah. Kadang-kadang kita rimas. Tetapi besyukurlah, sekurang-kurangnya mereka berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

Kita mengeluh k3rana tempat letak kereta ke lif yg mungkin agak jauh.tetapi sebenarnya kita perlu bersyukur k3rana diberi nikmat masih mampu berjalan.

Kita mengeluh utk timbunan pinggan mangkuk,pakaian yg perlu dicuci. Tetapi,itu menandakan kita sebenarnya memiliki semua itu utk digunakan.

Untuk pagi-pagi yg selalu dikejutkan dengan jam loceng, kita merungut kemalasan. Tetapi Itu menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan utk mengharungi hari sekali lagi.

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yg Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yg tdk menyedarinya. Kita yg tdk mensyukurinya. Kita yg tdk pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim:7)

Dan sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Setiap nikmat yg Allah berikan itu juga adalah ujian bagi kita. Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga, kewangan, mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yg kita perolehi seharian. Ada diantara kita yg sedar & tahu,tetapi ada juga yg tdk.

Maka apabila manusia ditimpa be.ncana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah k3rana kepintaranku”. Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tdk mengetahuinya.( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tdk berpuas hati dengan ap4 yg kita ada. Sentiasa merungut & mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui ap4 yg dirancangNya.

Beryukurlah kita dengan nikmat yg dikurniakan. Tidak semua nikmat yg kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi & Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

Jika tdk dapat ap4 yg kita suka,belajarlah menerima ap4 yg kita dapat, & bersyukurlah dengan ap4 yg kita ada.

sumber: ebit lew via  otai viral via petua & respi bonda

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Subsidi Minyak Masak Dimansuhkan, Ikuti Beberapa Tip Penjimatan Mudah Yang Anda Boleh Lakukan Di Dapur | Article Update

Subsidi minyak masak tulen botol berkapasiti 2 hingga 5 kilogram akan mula dimansuhkan mulai 1 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.