Home / Semasa / Perang Besar Bakal Tercetus? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Konflik Rusia

Perang Besar Bakal Tercetus? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Konflik Rusia

Desas-desus bakal tercetusnya perang besar bermula apabila satu laporan perisikan mendakwa Rusia bersedia utk menyerang Ukraine dalam tempoh tiga hari iaitu pada Rabu ini.

Pelan pencerobohan tersebut yg dilaporkan oleh akhbar Jerman, Del Spiegel didakwa bakal mendedahkan maklumat terperinci mengenai laluan yg mungkin digunakan oleh pasukan tentera Rusia utk menawan Ukraine.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Presiden Rusia bakal memberi lampu hijau kepada 100,000 tenteranya utk menceroboh Ukraine.

Ekoran itu, maklumat pada pelan tersebut menjadi topik hangat di media Barat, menyatakan bakal mencetuskan ketakutan kepada pelbagai pihak yg bimbang sekiranya berlaku peperangan di timur Eropah.

Bagi mereka yg baru sahaja mendengar mengenai konflik ini, pasti tertanya-tanya bagaimana krisis ini boleh terbentuk.

Berikut merupakan beberapa perkara yg anda perlu tahu mengenai konflik antara Rusia & Ukraine.

Menurut seorang penulis serta penganalisis politik & geopolitik, Ayman Rashdan Wong mengatakan konflik bermula dengan niat Ukraine ingin menyertai NATO iaitu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (North Atlantic Treaty Organization) yg diasaskan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1949.

Tujuan asal penubuhan NATO adalah utk mengekang Soviet Union atau USSR (Union of Socialist Soviet Republics), satu kesatuan negara-negara komunis yg menggabungkan Russia, Ukraine, Belarus, Georgia, Kazakhstan & 10 buah negara yg lain.

Untuk counter balik NATO, USSR juga menubuhkan pakatan Warsaw Pact yg dianggotai negara komunis Eropah Timur seperti Poland, Czechoslovakia, Hungary & Romania.Dengan itu wujud satu “buffer zone” antara NATO & USSR yg menjamin keselamatan USSR. Kalau NATO nak serang USSR, negara-negara ni yg akan kena dulu. USSR ada ruang & masa utk defend.

Pada tahun 1991, USSR dibubarkan akibat pelbagai masalah ekonomi & politik dalaman. Russia, Ukraine, Belarus, Georgia & lain-lain jadi negara yg merdeka.Tapi US tak bubarkan NATO, malah siap masukkan bekas ahli Warsaw Pact & juga bekas negara USSR seperti Estonia, Latvia & Lithuania ke dalam NATO.

Maksudnya ap4? Maksudnya NATO ni memang nak target Russia, tak kisah lah Russia ni komunis ke tak komunis.

Apa Yang Berlaku Rusia UkraineSumber: Kompas

Dalam sejarah, Russia pernah diserang oleh Poland-Lithuania (1609), Perancis (1812), Poland (1920) & Jerman (1941) dari barat. Serangan 1609 & 1941 cukup traumatik dalam memori orang Russia. So Russia memang mementingkan buffer zone yg diwujudkan pada zaman USSR.

Dengan NATO yg semakin besar ini, “buffer zone” Russia semakin mengecil. So Putin mula nak fight back.

Pada tahun 2008, apabila Georgia mengumumkan deme nak masuk NATO, perang meletus antara Russia & Georgia.

Tapi perang tak lama (12 hari), tujuan Russia lebih kepada bagi warning, secure kawasan separatis pro-Russia (Abkhazia & South Ossetia), pastu blah.

Sampai sekarang Georgia tak masuk-masuk NATO lagi. Bukan Georgia takut, kuasa besar NATO yg kecut. Macam Jerman yg bergantung kepada bekalan gas Russia. Nanti kang Putin potong bekalan gas, mampuih Jerman.

Selepas Georgia, Ukraine pula gatal nak masuk NATO. Pada tahun 2014, geng pro-NATO di Ukraine menggulingkan kerajaan Yanukovych yg pro-Russia.

Berbanding Georgia, Ukraine lagi kritikal kepada Russia sebab Crimea di selatan Ukraine adalah tempat terletaknya pengkalan tentera lautnya.

Zaman USSR, Russia boleh park tentera & kapal dia kat situ macam tu saja. Selepas Ukraine merdeka daripada USSR, Russia kena bayar sewa kepada Ukraine utk akses Crimea.

Kalau Ukraine masuk NATO, bukan saja Russia tak boleh pakai Crimea lagi, malah kapal perang NATO boleh memasuki Laut Hitam & menyekat laluan Russia. Kapal Russia tak boleh keluar. Mampuih Russia.

So Putin tak boleh duduk & tengok Ukraine bergolak saja. Selepas Yanukovych digulingkan, Putin terus menakluk (“annex”) Crimea. Crimea jadi milik Russia sampai ke hari ini.

Selepas secure Crimea, Russia bagi bantuan kepada separatis pro-Russia di Donbass (Donetsk & Luhansk) di timur Ukraine utk kacau & pressure Ukraine. Gaduh punya gaduh, MH17 jadi mangsa.

Selepas Zelensky jadi presiden pada tahun 2019, ketegangan Russia & Ukraine reda sikit sebab Zelensky ni bukan dari blok pro-NATO macam Yushchenko, Tymoshenko atau Poroshenko. Tapi dia juga tak pro-Russia macam Yanukovych. So dalam isu NATO dia samar-samar.

Putin tak nak samar-samar, dia nak Ukraine bagi jaminan tak akan masuk NATO, baru Russia boleh berdamai dengan Ukraine.

Apa Yang Berlaku Rusia Ukraine

So Russia selang beberapa bulan akan hantar tentera ke sempadan Ukraine utk psiko Zelensky. Cuma kali ini dia punya hype lain macam.

Terutamanya US & UK, tak relax langsung. Tak habis-habis cakap Russia nak serang, Russia nak serang. Tapi tuan punya badan (Zelensky) pula kata dia tak tau pun Russia nak serang. Siap suruh Biden relax.

Pemimpin negara NATO yg lain berbondong-bondong jumpa Putin pujuk Russia jangan serang Ukraine. Macam Macron (presiden Perancis).

Ujarnya, negara-negara NATO mempunyai agenda tersendiri walaupun berada dalam satu pakatan.

Secara ringkasnya, hanya Putin & penasihatnya yg tahu sama ada berlakunya perang besar yg digembar-gemburkan media.

Jika berlakunya penaklukan terhadap Ukraine, ia tdk memberi kepentingan kepada Rusia k3rana Rusia semahunya ingin mengelak wujudnya sempadan NATO.

Kata saudara Ayman, ketegangan kali ini tdk akan membawa kepada perang & jika berlaku pun, ia hanyalah peperangan singkat & terhad utk menguatkan posisi Rusia di timur Ukraine.

Boleh baca ulasan ringkas beliau di SINI.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.