Home / Makanan / Resepi Nasi Ala 3 Budak Gemuk

Resepi Nasi Ala 3 Budak Gemuk

NASIK ALA 3 BUDAK GEMUK

AYAM KICAP PEDAS
-Ayam (Potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam)
-2 tangkai daun kari
-2 batang serai (Ketuk)
-3 sudu sos tiram
-Kicap manis secukupnya
-Garam
-Air asam jawa
*2 biji bawang holland
*2 ulas bawang putih
*2 tangkai cili padi merah (lebihkan kalau suka pedas)
*1 sudu makan biji ketumbar
• Kisar halus bahan bertanda *

1. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata.
4. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis. Saya guna kicap Mahsuri.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam.
6. Kacau sekejap biar rencah mesra dengan ayam.
7. Tutup api dapur dan sedia dihidang.

SAMBAL GESEK
*Cili padi merah
*Cili padi hijau
*Cili besar merah
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
• Kisar halus bahan bertanda *
• Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing. Saya buat tak pedas sebab anak-anak suka makan. Jadi saya lebihkan cili besar.
-Jus limau nipis
-Garam
-Gula

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap.
4. Tutup api dapur dan sedia dihidang bersama ayam kicap pedas.

Kredit : Siti Noor Hidayah Samah

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.