Home / Inspirasi / Anggaran Potensi Pendapatan Tanaman Rumput Napier Keluasan 4.5 Ekar

Anggaran Potensi Pendapatan Tanaman Rumput Napier Keluasan 4.5 Ekar

Tanah Untuk Tanam Rumput Nepiar

Saya ada 4.5 ekar. Saya sewa je tanahnya. Dah bersihkan, dah ratakan, tinggal buat pagar dan tanam benih rumput nepiar je. Harapnya projek ni berjaya.

Saya tanam untuk keperIuan ternakan saya. Saya buat parit keliling besar. Tanah ni boleh tahan cantik. Separuhnya tanah kuning berbukit.

Apa saya nak buat !

Macam ni. Lepas ni saya akan cari dua pekerja tetap yang khusus untuk tanam dan uruskan nepiar je. Nepiar dah besar boleh buat selaj. Rumput ini boleh diperam dengan campuran gula merah, garam dan EM. Boleh tahan lama sehingga 6 bulan hingga ke setahun. Ianya baik untuk makanan ruminan.

Ideanya adalah membuktikan tanaman nepiar boleh menjadi sumber pendapatan bagi orang kampung.

Macam ni ceritanya.

Secara teorinya se ekar berkeluasan 43,500 kaki persegi. Jika ditanam 7 kaki x 7 kaki maka kita akan dapat 800 rumpun.

Nepiar kali pertama tumbuh dan hidup perlukan 4 bulan. Selepas itu ianya hanya perlu 40 hari sahaja untuk mendapat 30kg serumpun. Perlulah di urus dengan baik.

30 kg x 800 rumpun

24,000 kg. Sekilo hijau pengsaha boleh menjual dengan harga RM0.15. Jika dibuat silaj harganya boleh mencecah 0.30 – 0.45 sekilo.

Bermaksud 0.30 x 24,000 = RM7200

Pengusaha mungkin ada sedikit kambing atau lembu. Lebihnya boleh dijual dengan pengusaha ternakan.

Kalau salahpun kiraan saya. Kalau ada 10 ekar dapat tak 24,000kg ?

Pasti dapat. Jadinya tak Iah jadi penternak nak cari rumput setiap hari. Gunalah jentera untuk mempercepatkan proses.

Cakap memang mudah. Tapi bukan mustahil. Kalau tak buat tu yang lagi teruk. Di satu daerah misalnya. Kalau ada pengusaha makanan seperti yang saya ceritakan. Tak perlu penternak cari lagi rumput setiap pagi. Jadinya penternak hanya fokus dengan membela kambing dan lembu sahaja. Berapa banyak pun boleh di bela.

Kambing atau biri-biri makan 5% dari berat badannya sehari. Maksudnya jika 40kg berat kambing, makanannya sehari 2kg.

2kg x RM0.30 x 365 hari = RM219 setahun + ubat semua. Mungkin jadi RM300.

Kalau jual kambing harga RM800-RM1000, macam mana kata ternak kambing tak boleh untung. KaIau setahun boleh jual 100 ekor?. Boleh kambing induk betina beranak 100 ekor. Maksudnya pendapatan jualan tahunnan boleh mencecah 100 ribu. Teori je. Janganlah ambil serious sangat. Bang otai-otai penternak kambing dan biri-biri. Jangan marah ya. Saya budak baru je belajar.

Bosan ekk korang. Asik tulis pasal kampung je. Projek kampung ni ciput-ciput. Bukan projek juta-juta – Sumber asal fb page Coach Bahar

About admin2

Check Also

Anak Kampung Berusia 13 Tahun Layak Memasuki Pusat Permata Negara Selepas Menduduki 3 Ujian Kelayakan

KUALA PILAH – Ibu bapa kepada seorang remaja berusia 13 tahun tidak menyangka anaknya berjaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.