Home / Semasa / Derita penyakit kronik sejak lahir, Zil Qayyim akhirnya pergi jua | MyBlog

Derita penyakit kronik sejak lahir, Zil Qayyim akhirnya pergi jua | MyBlog

PETALING JAYA – Tak dapat digambarkan betapa luluh & hancurnya perasaan seorang ibu apabila anak yg dikandungnya selama lebih sembilan bulan telah pergi buat selama-lamanya.

Kisah sedih ini dikongsikan oleh Pengerusi & Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yg dikenali sebagai Wan Cai di laman Facebook.

Menerusi hantaran yg dimuat naik itu, Wan Cai memaklumkan seorang bayi, Muhammad Zil Qayyim Shahrizal mempunyai masalah jantung & paru-paru serta saluran pernafasan yg sempit sehingga menyukarkannya utk bernafas.

“Bayi sekecil ini terpaksa berpisah dengan ibunya disebabkan mempunyai masalah kesihatan sewaktu dilahirkan.

“Jantungnya & paru-parunya mempunyai masalah serta dikesan mempunyai saluran pernafasan yg sempit,” katanya.

Menurut Wan Chai, penderitaan yg dialami oleh bayi itu selama satu tahun empat bulan akhirnya terhenti & hasrat ibunya utk melihat anak kembali sihat serta membesar seperti kanak-kanak lain tdk kesampaian.

“Adik Muhammad Zil Qayyim Shahrizal akhirnya dipanggil pulang pada pukul 12.03 tengah hari semalam.

“Adik Zil kini pergi menyambut seruan Ilahi & pemergiannya sebagai penghuni syurga,” ujarnya.

Tambahnya, dia amat tersentuh apabila melihat ibu kepada bayi itu memeluk erat jasad anaknya sambil menangis.

“Melihat si ibu memeluk anaknya dalam keadaan sedih sudah membuatkan hati saya terusik & hampir juga air mata jantan yg ada jatuh,” luahnya.

Sementara itu, pihak pengurusan UKVJ telah membantu dalam menyempurnakan urusan jenazah sehingga selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Selat Klang.

“Pengurusan mandi & kafan buat adik Zil telah kami bantu sempurnakan & jenazahnya selamat disemadikan sebentar tadi di tanah perkuburan Islam Selat Klang,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.