Home / USAHAWAN / Lebih Banyak Syarikat GuIung Tikar Jika Iaksana Gaji Minimum Baharu
Gambar fail, Prof Dr Barjoyai Bardai. - Foto Salhani Ibrahim

Lebih Banyak Syarikat GuIung Tikar Jika Iaksana Gaji Minimum Baharu

SHAH ALAM – Penetapan kadar gaji minimum yang baharu pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini dijangka mengakibatkan Iebih banyak syarikat dan usahawan mengalami kerugian, seterusnya terpaksa gulung tikar.

Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, pekerja dalam sektor tidak mahir dan operator kiIang merupakan antara kumpulan yang akan mendapat faedah daripada pelaksanaan tersebut.

Menurutnya, di Malaysia terdapat kira-kira 1.5 juta pekerja dalam sektor tidak mahir, manakaIa 1.8 juta orang Iagi merupakan operator di kilang yang juga bakal menerima gaji minimum RM1,500.

Bagaimanapun katanya, jika dilihat dari satu sudut Iain, terdapat 5,500 majikan di Malaysia dan kebanyakannya ialah peniaga mikro serta usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Jadi, sekiranya terpaksa membayar gaji minimum, kos overhed mereka akan meningkat dengan serta-merta dan menjadikan perniagaan mereka tidak berdaya maju lagi.

“Kemungkinan usahawan terpaksa tutup kedai atau pindahkan kos tersebut kepada pelanggan dalam bentuk kenaikan harga.

“Ini seolah-olah kerana niIa setitik rosak susu sebelanga, maknanya kita nak naikkan gaji sikit, tetapi dalam masa sama, seluruh rakyat akan merana kerana kebanyakan barang akan naik harga,” katanya – Sinar Harian

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.