Home / Semasa / “Nasib Tak P4tah Tengkuk”- Bapa Ditendang Anak Mula Bersuara, Ini Prmintaan Mreka Kpda Pihak Brkuasa

“Nasib Tak P4tah Tengkuk”- Bapa Ditendang Anak Mula Bersuara, Ini Prmintaan Mreka Kpda Pihak Brkuasa

YAN: Mangsa yg ditumbuk & ditendang oleh anak tirinya sehingga cedera dalam kejadian di Kampung Ruat di sini semalam berharap lelaki itu dipenjara & dimasukkan ke wad psikiatri.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi semalam, individu berusia 29 tahun mengamuk selepas bapa tirinya, Nordin Ahmad, 71, enggan memberikannya wang.

Menurut Nordin, anak lelaki tunggal isterinya, Salmiah Man, 50, kini sukar dikawal & akan mengamuk setiap kali mereka enggan menuruti kemahuannya.

“Saya juga mahu dia diberikan rawatan di wad psikiatri k3rana tahap mentalnya semakin teruk sejak terlibat dengan ddah & kegiatan menghidu gam beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini kami telah melakukan pelbagai cara utk mengawalnya termasuk membuat laporan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) & melaporkan kepada pihak polis

sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, isterinya, Salmiah berkata, dia tdk menyangka anaknya itu akan bertindak agresif dengan menumbuk & menendang bapa tirinya.

“Dalam kejadian itu, dia minta wang sebanyak RM50 utk beli dadah selain meminta suami saya menghantarnya ke Hospital Yan utk mengambil ubat penyakit mental dialaminya.

“Disebabkan suami enggan memenuhi kedua-dua permintaannya itu, dia mula mengamuk & mencederakan suami saya sebelum melarikan diri,” jelasnya.

Katanya, anak lelakinya itu mula mengalami tekanan perasaan pada 2014 & dia tinggal di rumah bekas suaminya suaminya di kampung sama.

“Setiap hari dia akan datang makan di sini selain meminta wang utk kegunaan hariannya & pulang bermalam di rumah yg didudukinya seorang diri,” katanya.

Salmiah bagaimanapun bersyukur k3rana suaminya tdk bertindak balas semasa kejadian itu bagi mengelak anaknya menjadi lebih marah.

“Kecederaan suami terutama di bahagian telinga & dada semakin pulih selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, keputusan saringan urin lelaki tersebut didapati negatif dadah.

“Dia direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 Februari & kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan & Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012,” katanya

BERANG terhadap warga emas yg enggan memberikan wang utk membeli dadah, seorang lelaki dilihat memukul & menendang muka bapa tirinya hingga cedera & ibunya hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat ap4-ap4.

Kejadian di Kampung Ruat, Yan, Kedah itu melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun di rumah keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi Selasa.

Melalui rakaman berdurasi 30 saat yg tular di media sosial, individu ini dikatakan bertindak agresif memukul & menendang bahagian dada bapa tirinya sebanyak dua kali.

Berikutan kejadian itu, ibu kepada lelaki tersebut meminta bantuan penduduk kampung agar melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

Laporan kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, kepada BH menyatakan bahawa suspek masuk ke dalam rumah meminta wang kepada mangsa.

Suspek pada mulanya meminta wang daripada bapa tirinya utk membeli dadah seperti kebiasaan namun mangsa enggan memenuhi permintaannya itu.

Setelah mangsa enggan berikan kerjasama, suspek dikatakan mula bertindak memukul mangsa semasa mereka berada di ruang tamu rumah yg merupakan kediaman mangsa & isterinya.

“Tidak dapat mengawal perasaan marah, suspek bertindak menendang mangsa daripada belakang dengan memakai kasut getah.

“Akibat rasa terancam, mangsa mengambil keputusan utk membuat laporan polis k3rana bimbangkan akan keselamatannya.” katanya memetik BH

Dikatakan juga ini bukan kali pertama penagih dadah tegar itu memukul bapa tirinya yg jika enggan memberikan duit kepadanya utk membeli dadah.

Jelasnya lagi, suspek ditahan pada jam 6.45 petang di kawasan Lubuk Boi, Yan & siasatan lanjut sedang dilakukan.

Kesan dipukul teruk oleh suspek, mangsa mengalami bengkak di bahagian kiri telah dibawa ke Hospital Yan.

Susulan daripada siasatan juga mendapati bahawa suspek merupakan seorang pesakit mental yg memegang kad orang kurang upaya (OKU) yg disahkan isteri mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa simpati terhadap mangsa.

“Anak tak kenang jasa biadab dengan orang tua. Tunggu balasan Allah nanti.

“Luluh jantung rasa ya Allah ap4 nak jadi.

“Ya Allah nasib baik tak patah tengkuk orang tua tu. Siuman ke tak lelaki tu,” demikian antara komen yg ditulis oleh warganet.

Posting di Facebook telah mendapat lebih 8,000 perkongsian, lebih 5,700 tanda suka & telah meraih lebih 200,000 tontonan.

Kes penuh tragis ini telah disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan & Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

Sumber: Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.