Home / Semasa / Sambung Degree & Suka Bagi Motivasi, Kenali Isteri Cantik FIZO OMAR Bijak & Ada Pakej Lengkap! | MyBlog

Sambung Degree & Suka Bagi Motivasi, Kenali Isteri Cantik FIZO OMAR Bijak & Ada Pakej Lengkap! | MyBlog

Cantik & bijak orangnya! Seronok dapat peluang mengenali & menemu bual ratu hati Fizo Omar ini. Ketika dihubungi Nona, Fazeera Nazri Azrai atau mesra disapa Faz cukup mesra menyambut panggilan penulis.

Daripada butir bicaranya jelas menyerlahkan perwatakan wanita kelahiran Sarawak ini seorang yg berbudi bahasa & penuh wawasan. Patutlah Fizo terpikat!

Mengenali figura cantik ini, Faz dilahirkan pada 29 November 1996 di Kuching, Sarawak. Dia merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Ayahnya bertugas sebagai juruteknik komputer sementara ibunya pula seorang suri rumah. Sebelum ini Faz berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan Air Asia & Qatar Airways.

“Sekarang ni saya tengah ambil degree in education di UNITAR & akan habis dalam dua tahun lagi. Lepas habis SPM, saya sambung STPM dalam bidang seni. Habis STPM, mulanya saya rasa nak kerja dulu & timba pengalaman. Plan nak kerja dalam setahun je. Saya pun cuba interview Air Asia & luckily dapat.

Suddenly makin ‘melekat’ pula sebab saya rasa macam suka dapat jumpa ramai orang, exchange ideas with people & bergaul dengan ramai orang dari seluruh pelusuk dunia. I was flying with Air Asia for three years, lepas tu dengan Qatar Airways setahun lebih,” ujarnya yg diberhentikan kerja sebagai kabin krew k3rana situasi pandemik cov1d-19 yg menjejaskan sektor penerbangan.

“Sekarang ni saya bantu suami in terms of content & appearance. Saya juga full time student & buat motivation talk di media sosial. Apa yg saya share tu semua dari buku-buku yg pernah saya baca & motivational video.”

Sejak mendirikan rumah tangga, Faz akui tdk terlepas daripada tempias dunia glamor. Walau agak terkejut dengan perhatian luar biasa yg diterima ketika pernikahan mereka pada 21 Oktober 2021 namun dia kini lebih bersedia dengan realiti bergelar isteri selebriti.

“Sebelum kahwin lagi, Fizo dah bagi mental preparation macam mana nak hadapi sesuatu perkara. Dari situ saya persiapkan diri. Benda ni memang dah discuss dari awal & sebelum kahwin memang kami tak nak expose dulu.

Kami merancang (perkahwinan) & sampai masanya baru uar-uarkan. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yg dirancang. Tak dinafikan dah jadi isteri selebriti, secara tak langsung saya kena adapt dunia glamor ini terutamanya bila melibatkan privasi.

Sebab itu sekarang ni saya cuba keep everything eksklusif. Mengenai personal life & sebagainya, saya selesa utk tak expose diri dekat platform media sosial sangat.”

Tambahnya lagi, “Kami kenal daripada kawan & saling tukar nombor telefon. Kemudian lepas saya pindah ke KL utk sambung belajar, dari situlah kami lebih rapat. Dia bawa saya jumpa family & decide kahwin.

Alhamdulillah keluarga restu hubungan kami sebab Fizo seorang yg sangat baik dengan semua orang termasuk orang tua & ahli keluarga lain. Dia layan mak ayah saya macam dia layan ibu bapa dia sendiri. Istimewanya Fizo ialah dia sangat komited & passionate dengan goals & kerjaya.

Dialah yg banyak ajar saya macam mana nak capai matlamat. Dia ada planning sendiri sampai dia boleh capai target & bukan jenis separuh jalan. Semua benda dia buat konsisten.” Telus Faz yg menjadikan suami tercinta sebagai sumber inspirasi.

Enggan terpalit dengan sebarang kontroversi, Faz dalam nada tenang memberitahu dia mahu dikenali masyarakat sebagai personaliti yg mampu memberi inspirasi & manfaat kepada semua.

“Everyone ada goals & mission. Bagi saya, saya bukan nak jadi famous. Saya cuma nak spread motivational things to people supaya boleh bantu orang serba sedikit. Dalam masa sama beri k3sedaran sebab sekarang ni kan ramai orang tengah struggle.

Alhamdulillah saya sangat puas hati. Tak sangka saya ada banyak ‘believers’ yg percaya dengan ap4 yg saya cuba sampaikan.”

Ditanya jika satu hari nanti dia mendapat tawaran sebagai pelakon atau hos, ini jawapan jujur Faz. “InshaAllah in the future, kalau ada. Bidang hiburan mungkin bukan kemahiran saya tapi kalau jadi hos mungkin boleh. Apa-ap4 pun saya kena discuss dengan suami dulu.

Saya suka jika diberi peluang jadi pembaca berita atau hos. Sebelum ini pun saya pernah bagi talk utk pelajar universiti antaranya di UiTM & UNITAR. 22 Februari nanti saya dijemput TV Sarawak utk bagi pendapat tentang women empowerment.”

Memandangkan Faz kini pelajar universiti sepenuh masa, dia membahagikan masa yg ada dengan sebaiknya utk pengajian & keluarga melalui block time.

“Pukul 9 pagi saya pergi jogging atau gym. 10 hingga 12 tengah hari saya akan rehat. 12 sampai 3 petang macam tu saya akan baca buku atau tengok motivational video. The rest saya akan buat assignment.

Anyone tak boleh kacau block time tu unless saya betul-betul free. Block time tu saya kena ikut. Itu adalah rutin harian saya & saya jadikan seperti bekerja dari pukul 9 sampai 6 petang yg mana kita kena patuhi.

Kebiasaannya pagi-pagi saya akan sediakan keperluan suami. Before dia pergi kerja saya akan pastikan we spend quality time at least dekat meja makan & masak utk dia. Dia paling suka masakan saya, Nasi Goreng Corned Beef yg orang Sarawak je tahu,” kongsi Faz sambil tertawa.

Kalau tengok media sosial Faz, kebanyakan postingnya adalah berkaitan bahan-bahan bacaan. Katanya, dia boleh menghabiskan dua buah buku dengan 300 muka surat dalam masa sebulan & buku kegemarannya ialah Thing and Grow Rich karya Napoleon Hill.

Tak hairanlah Faz suka berkongsi kata-kata positif dengan followers. Dia menjadikan aura positif tersebut utk merangsang pemikiran yg lebih ke hadapan & menjadi individu berjaya.

Mengulas kekuatan yg ada dalam diri, Faz terbuka berkongsi sisi peribadi dengan pembaca setia Nona. Ujarnya ia adalah sebagai pencetus semangat & motivasi buat golongan wanita agar percaya diri walau dalam ap acara sekalipun.

“Saya seorang yg sangat independent. Sejak kerja Air Asia dulu saya terbiasa buat semuanya sendiri. Even saya tak kisah naik grab utk ke mana-mana & seorang diri je. Dulu masa tinggal dekat Doha pun saya uruskan semuanya sendiri. Laundry, semualah. Saya jarang minta tolong orang lain. Walau pun saya susah macam mana, saya cuba ikhtiar juga sampai saya dapat.”

Fizo Ajar Bini Kecek Klate Buat Ramai Berdekah

Terbaru, Fizo mengadakan satu permainan belajar mengenali loghat Kelantan & Serawak bersama isteri buat ramai terhibur

Kelantan Vs. Sarawak (Part 1)

Jom layan Abe joe n Faz teka perkataan KELATE N SEGHAWAK.

Bunyi mcm pelik kan, tp tu lah nak kene belajar la kan. Nnti dpt anak boleh faham both language kan.

Btw abe joe dah pandai kelakar seghawak cuma bunyi mcm kelakar sikit lah.

Cer komen ape lg perkataan Kelantan n Sarawak yg pelik2 tu, n maksud skali k.

Kelantan Vs Sarawak (Part 2)

Korang dah layan part 1 Abe joe n Faz teka perkataan KELATE N SEGHAWAK smlam?

Semalam kitorang dah teka Jabir Rokrat, Manok dengan Jangok dalam part 1. Harini tengok perkataan ap4 pulak yg kitorang teka.

Cer korang komen nak kitorang buat challenge ap4 lagi utk Kelantan vs Sarawak ni k.

Berikut reaksi netizan yg mana ramai terhibur melihat telatah pasangan ini

“Teringat dl praktikal kat wad ada makcik tu mintak jabir sbb pakcik nak muntah..kita main agak je plastik sbb makcik sebut perkataan muntah.. Tanya kawan kelate br tau jabir tu plastik beg..skang pandai dah kecek kelate sbb dpt suami mix kelate ganu.. ”

“Suka tgok bini Lawa soft spoken,matang walaupun young Semoga berbhgia sllu”

“Sy melaka vs sarawak iban…lg pening bila family belah husband dtg…sume keluar bhasa iban.. sabau jer la..”

“Susah nk teka loghat kelate ni…mse awal kawen dgn org pantai timur dulu pun byk termenung tak paham”

Semoga perkongsian Faz ini dapat dijadikan sebagai panduan & inspirasi buat semua wanita di luar sana ke arah menggenggam sebuah kejayaan.

KREDIT: https://www.nona.my/ , mstar, hmetro

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.