Home / Semasa / “Suami Aku Beli Stok Sampai Penuh Almari Dan Freezer”, Kisah Menakjubkan Isteri Kepada Orang Tabligh Ubah Persepsi Ramai | MyBlog

“Suami Aku Beli Stok Sampai Penuh Almari Dan Freezer”, Kisah Menakjubkan Isteri Kepada Orang Tabligh Ubah Persepsi Ramai | MyBlog

Jarang sekali kita dapat mendengar perkongsian sebenar mengenai kehidupan keluarga jemaah tabligh yg terdapat di Malaysia.

Masyarakat juga sering memandang serong & menganggap isteri & anak-anak yg ditinggalkan selama 40 hari atau 4 bulan ini sering terbiar.

Ini juga dikatakan sudah tentu memberikan kesan negatif dari segi psikologi & emosi kepada mereka yg terlibat.

Seorang isteri kepada jemaah tabligh, Farah Bert menempis dakwaan ini melalui satu hantaran yg dibuatnya di Facebook:

Aku Sebagai Isteri Kepada Orang Tabligh

Sebelum-sebelum ini, adakalanya aku terdengar kisah-kisah kurang enak tentang nasib isteri orang tabligh. So, di sini biar aku ceritakan kisah aku pula utk membetulkan mana-mana persepsi yg salah.

1) Suami tinggal isteri terkontang-kanting

Perkara ini TIDAK pernah terjadi dalam keluarga aku mahupun keluarga-keluarga yg aku kenal (aku kenal ramai). Suami-suami sebelum mereka ikut jemaah 40 hari mahupun yg lebih lama, mereka selalunya beli stok makanan minuman bertimbun-timbun utk isteri & anak-anak (nak mudahkan isteri). Suami aku beli stok sampai penuh almari & freezer, aku yg pening macam mana nak simpan semua ni. Kawan-kawan aku pun sama, bila suami dia orang ikut jemaah 40 hari atau 4 bulan ke misalnya, maka aku sibuklah sms tanya nak tolong beli ap4-ap4 tak? Hampeh semua. Semuanya kata tak payah sebab suami dah siap shopping awal-awal. Kalau dia orang nak suruh beli pun, cuma susu ke atau buah ke sebab benda-benda tu habis atau boleh basi.

Jadi, aku & kawan-kawan sememangnya tak pernah jumpa lagi isteri yg suaminya selamba tinggal tak bagi bekal. Usually, kalau isteri tu jenis suka drive sendiri pergi kedai, suami tak payah beli banyak sangat & cuma tinggal duit nafkah saja.

Suami aku Alhamdulillah dia beli bekal makanan & tinggal juga duit nafkah & access ke bank dia. Kalau ada suami yg tinggal tanpa nafkah, maka dia telah gagal mematuhi tertib & peraturan. Benda ni sangat dititikberatkan oleh elders sebelum lelaki tu join ap4-ap4 jemaah sekalipun. Kes-kes terpencil mungkin ada, cuma jaranglah aku dengar.

2) Suami Tinggal Tak Ada Khabar Berita

Selalunya kami tahu dia & jemaah dia ke mana. Di celah-celah jadual dia, dia akan sms atau call (selalunya hantar surat!) tanya khabar & cerita sikit perkembangan dia. Kalau dia orang tulis surat, memang pakai tangan je & pakai kertas-kertas yg dikoyak dari buku nota, agak romantiklah rasanya bila terima.

3) Tinggal Isteri –> Dera Emosi

Tak pun sebenarnya, langsung tak terdera. Okey dia macam ni. Masa tengok dia packing baju & masa dia nak turun dari rumah tu, memanglah sebagai isteri kita rasa sayu. Maklumlah, kalau keluar di jalan Allah ni, kita tak tahu dia akan balik ke tak, adakah syahid di pertengahan? So, mestilah sayu sikit.

Tapi pengalaman akulah kan. Pada saat dia nak turun rumah tu, akan terasa satu sakinah dalam rumah (ketenangan) yg tak boleh nak describe dengan perkataan. Rasa tenang. Dan apabila dia dah pergi, apabila dia dah memulakan susah payah dia dalam berkorban di jalan Allah…

Okey, ni kena buat perenggan lain.

4) KESAN pada anak-anak

Selama dia pergi tu, akan terjadi PELBAGAI perkara baik terhadap anak-anak. Adakalanya terjadi perkara yg ajaib, yg tdk dapat dijelaskan oleh logik. Akhlak anak-anak jadi terbentuk, masalah-masalah yg dahulunya kita laki bini pening, banyak yg selesai SEMASA suami sedang berkorban di jalan Allah.

Ni bukan 1 kali terjadi, tapi banyak kali.

Masa suami tengah susah payah buat 40 hari tulah selesai perkara-perkara yg sebelum itu kita buntu tentang anak. Tarbiyah anak-anak seolah-olah dibuat direct oleh Allah SWT. Seolah-olah Allah SWT mentarbiyah anak-anak itu secara langsung.

Ilmu agama & duniawi anak-anak turut meningkat semasa tempoh itu. Sebab itu apabila suami balik rumah semula, kami isteri-isteri ni sibuk nak cerita semua perkara menakjubkan ini, sibuk nak update dia yg anak ni tiba-tiba dah XX, anak itu pula tiba-tiba dah XX. Suami pun mendengar dengan penuh gembira.

Sebab itu, tiap kali suami nak pergi 40 hari ke atau 4 bulan ke, walaupun rasa sayu pada permulaan, tapi Allah gantikan pengorbanan emosi itu dengan kebaikan-kebaikan ini. Bukan anak saja dapat kebaikan, malah isteri juga merasai perkara-perkara yg tdk pernah dipelajarinya, isteri juga belajar ilmu-ilmu yg tdk pernah dihafal di sekolah atau kelas. Rasa macam Allah tarbiyah secara langsung.

5) Pengalaman suami

Suami pun bila balik, gigih bercerita pengalaman jemaah dia. Masuk pulau keluar pulau, masuk kampung keluar kampung, berapa ramai peluk Islam & sebagainya. Selalunya, suami elak cerita ap4-ap4 yg tdk manis. Kalau ada perselisihan sekalipun dalam jemaahnya, tdk akan dicerita sebab prinsipnya ialah rukan. Hanya kebaikan orang saja yg dicerita.

Ada banyak perkara menakjubkan yg terjadi selama beberapa kali suami pergi 40 hari atau 4 bulan tapi terlalu panjang utk cerita. Tapi, secara umumnya, masa suami pergilah para isteri belajar macam mana utk bergantung 100% kepada Allah.

Selalunya masa suami ada di rumah, bila susah sikit memang cerita kat suami atau minta suami beli/cari. Jadi, kita adakalanya sedikit terlupa bahawa ap4-ap4 pun, turn to Allah first. Bahawa sepatutnya, MINTA kat Allah dulu, adu kat Allah dulu. Tapi, selalunya sebab suami tu depan mata, maka adu kat dia aje la.

Justeru apabila suami ke jalan Allah, maka ia seperti tapak latihan utk belajar baiki pergantungan itu. Bila susah, adu pada Allah.

Dan ternyata, acap kali pertolongan Allah itu dekat. Hendak sekali saya kongsikan insiden-insiden yg telah berlaku tapi tak larat nak taip lagi. Perkara ini dialami bukan saja oleh saya tetapi juga oleh isteri-isteri lain yg biasa menggalakkan suami keluar di jalan Allah (redha supaya suami pergi).

Baiklah, sampai di sini dahulu cerita saya. Semoga Allah ampunkan umat kita & sebar hidayah ke seluruh alam. Semoga Allah SWT jadikan kita (para pembaca) & keluarga kita asbab hidayah buat seluruh alam.

Perkongsian ini tdk ada langsung niat utk mengatakan usaha ini adalah lebih baik daripada mana-mana usaha agama yg lain, malah insan-insan dalam usaha ini juga tdk terlepas daripada kealpaan & kesilapan individu/kumpulan. Prinsip saya, setiap usaha agama atas bumi ini tdk kira nama ap4 sekalipun, adalah saling melengkapi.

Kelebihan yg ada pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B, kelemahan pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B. Anggaplah semuanya saling melengkapi.

Tangkap layar dari Facebook Farah Bert– Tangkap layar dari Facebook Farah Bert

Sumber: Farah Bert

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.