Home / Semasa / Jho Low Disebut Berparti Bagai ‘Tiada Hari Esok’, Habis Berjuta Untuk DiCaprio, Megan Fox | MyBlog

Jho Low Disebut Berparti Bagai ‘Tiada Hari Esok’, Habis Berjuta Untuk DiCaprio, Megan Fox | MyBlog

Ahli perniagaan yg masih dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa telah menghabiskan jutaan ringgit semata utk berparti bersama beberapa selebriti terkenal.

Memetik sumber Awani, sejumlah AS$250,000 (RM1.046 juta) dilaporkan telah dibelanjakan utk Leonardo DiCaprio, selain perbelanjaan hiburan mencecah sehingga AS$385,773 (RM1.616 juta) & AS$5,000 (RM20,926) dihabiskan utk model-model terkenal.

Ia adalah butiran perbelanjaan yg dibacakan pihak pendakwaan dalam sesi perbincangan melibatkan bekas Ketua Pelaburan Perbankan Goldman Sachs, Roger Ng.

Seorang saksi kerajaan memberitahu mahkamah bagaimana berjuta-juta dolar yg diseleweng hasil skandal 1MDB telah dibelanjakan termasuk utk berparti mewah yg dibiayai Jho Low.

BACA: RM48 Juta Milik Bapa Jho Low Kini Jadi Hak Kerajaan Malaysia

Majlis keraian tersebut didakwa menelan belanja lebih AS$3.6 juta (RM15.67 juta) termasuk 65 botol minuman keras Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 (RM418,530) & tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955 (RM163,038).

Jho Low Skandal 1MDB

Selain itu, pihak pendakwa raya mendakwa sejumlah wang turut dibelanjakan kepada selebriti terkenal iaitu DiCaprio: AS$250,000, Paris Hilton: AS$100,000, Megan Fox: AS$250,000 & Kim Kardashian: AS$50,000.

Panel juri menggambarkan Jho Low berpesta bagai ‘tiada hari esok’, mengikut keterangan daripada syarikat hiburan & pemasaran yg mengatur parti untuknya.

Difahamkan, Roger Ng dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn di atas dakwaan bersubahat melanggar undang-undang antipengubahan wang haram Amerika Syarikat (AS) yg melibatkan bilion dolar dana 1MDB.

Sementara Jho Low yg didakwa bersama Ng pada 2018 masih belum ditahan pihak berkuasa AS atau Malaysia.

Sumber: Awani

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

‘Jalan Raya Malaysia Ke-12 Terburuk’ Tidak Tepat Dan Mengelirukan – Kementerian | Article Update

Satu artikel yg dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan yg bertajuk “Malaysia ke-12 Terbawah Miliki Jalan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.