Home / Semasa / Kerana status Janda, Sampai 3 kali rumah kena serbu dgn Jabatan Islam. Punca sebab jiran

Kerana status Janda, Sampai 3 kali rumah kena serbu dgn Jabatan Islam. Punca sebab jiran

Stigma masyarakat tentang janda tdk pernah berubah & kebanyakan mereka yg ‘memegang’ status itu sering kali dihina atau dipandang rendah oleh masyarakat.

Seperti yg dialami Mira, dia acap kali berhadapan dengan penghinaan termasuk dikatakan bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya di Tangga Batu, Melaka yg didiami bersama lima anaknya.

Menerusi video 9 saat yg dimuat naik di akaun media sosialnya, dia memaklumkan kediaman yg sudah didiami kira-kira 14 tahun itu diserbu Jabatan Agama Islam pada pukul 12.30 tengah malam k3rana menerima aduan berkaitan khalwat.

Video yg mendapat jumlah tontonan hampir 900,000 itu mengundang pelbagai reaksi netizen & kebanyakannya menyarankan ibu tunggal berusia 40 tahun ini mengambil tindakan saman malu.

“Buka fail saman malu, diaorang boleh dikenakan tindakan menyerbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan palsu.

“Tanpa warant tak boleh masuk rumah. Boleh charge menceroboh. Saman malu & saman fitnah ja.. kurang ajar buat orang macam tu. Tak tau hormat hak orang langsung.

“Boleh saman balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yg Jabatan Agama Islam salah main serbu premis individu macam ni,” demikian antara komen netizen.

VIDEO

Tidak kurang juga yg berkongsi kisah sama apabila pernah difitnah seperti itu.

Bercerita tentang kejadian yg berlaku pertengahan Januari lalu itu kepada mStar, Mira berkata serbuan tersebut adalah kali ketiga dialaminya sekeluarga.

“Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang… ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) k3rana pada masa itu, dia sedang cuci kereta. Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.

“Pada masa tu, serbuan pukul 9 pagi. Jika fikir memang tak logik,” rintihnya sedih dengan ap4 yg menimpa.

Menurutnya lagi, dia kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yg memanjat pagar k3rana merasakan mereka boleh mengepung & mengetuk pintu belakang yg tiada pagar.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan dia & anak-anak mendapat malu berikutan van putih besar yg diparkir di hadapan rumahnya menarik perhatian jiran.

Bercerita tentang masalah yg dialami, wanita berusia 40 tahun ini memaklumkan dia percaya aduan seumpama itu dilakukan oleh jiran di kawasan rumahnya.

Ini k3rana, katanya, sejak mendiami rumah tersebut, memang terdapat jiran yg sering mencetuskan pergaduhan.

“Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegur salah dia tapi dia cari kesalahan kita.

“Masa hari raya pertama musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga jadi adik-beradik tiba-tiba datang serentak & jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun RM1,000,” ujarnya.

Apabila diajukan sama ada dia pernah bersemuka dengan jiran tersebut, katanya, ia tdk pernah dilakukan berikutan pertengkaran sering tercetus.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima orang anak ini memberitahu, dia hidup tertekan disebabkan perangai jiran yg suka mengganggu.

Namun, dia tdk dapat melakukan ap4-ap4 melainkan bersabar & kini dia tdk lagi melakukan rutin harian di halaman rumah seperti menyiram pokok.

SUMBER:MSTAR

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.