Home / Semasa / Lelaki bakar diri dalam kereta meninggal dunia | MyBlog

Lelaki bakar diri dalam kereta meninggal dunia | MyBlog

KANGAR: Seorang lelaki yg melecur 96 peratus selepas bertindak membakar diri & keretanya dalam satu kejadian di Kampung Syed Omar, Bintong di sini, semalam dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew.

Katanya, mangsa, Chong Wee Seng, 28, sebelum itu berada dalam keadaan kritikal & menerima bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia sebentar tadi,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki yg kecewa dengan teman wanitanya yg mempunyai kekasih baharu dipercayai bertindak membakar diri & keretanya dalam satu kejadian di Kampung Syed Omar, Bintong di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa yg berusia 28 tahun itu juga dilaporkan melecur 96 peratus pada bahagian badannya.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di atas jambatan Kampung Syed Omar & mangsa merupakan seorang pemilik kedai aksesori kenderaan.

Mangsa juga merupakan seorang pesakit luar Jabatan Psikiatri HTF & mempunyai rekod beberapa kali cubaan membunuh diri termasuk mengelar tangan pada Januari lalu & meminum racun tikus sehari sebelum kejadian. – UTUSAN

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini. Malah pelbagai tema & gaya dapat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.