Home / Semasa / “Tiada Lagi Perokok Di Malaysia”, KJ Umum Akan Perkenalkan Akta Baharu Bagi Mengharamkan Rokok Dan Vape | MyBlog

“Tiada Lagi Perokok Di Malaysia”, KJ Umum Akan Perkenalkan Akta Baharu Bagi Mengharamkan Rokok Dan Vape | MyBlog

Akta baharu akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi melarang aktiviti merokok & pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) yg mendedahkan aktiviti tersebut menjadi faktor kepada penyakit kanser & menyumbang kepada 22% kematian akibatnya.

KJ walau bagaimanapun berkata, akta tersebut hanya melibatkan generasi muda yg lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game (tiada kaitan dengan filem Avengers: Endgame).

BACA: ‘Influencer’ Dihalang Promosi Vape Dan Rokok Di Instagram

Akta baharu tersebut seterusnya akan dapat mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok & produk tembakau.

“Bermakna jika anda berumur 17 tahun & Parlimen meluluskan akta itu, anda tdk lagi dapat membeli sebatang rokok di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kanser Peringkat KKM yg diadakan secara maya.

Tangkap layar dari BH Online– Tangkap layar dari BH Online

Menurutnya lagi, kos yg terpaksa ditanggung kerajaan utk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok ketika ini pula dianggarkan sebanyak RM132.7 juta.

Di Malaysia, kes kanser juga mencatatkan peningkatan sebanyak 11% iaitu 115,238 kes bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011.

BACA: Boleh Sebabkan Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba, Bahaya ‘Vaping’ Bukan Kepada Penggunanya Sahaja

Dianggarkan juga ketika ini, setiap seorang daripada 10 lelaki & setiap seorang daripada 9 wanita berkemungkinan akan mendapat penyakit kanser.

Tiga jenis kanser yg paling kerap berlaku di kalangan lelaki di Malaysia adalah kanser kolorektal atau usus besar (16.9%), kanser paru-paru (14.8%) & kanser prostat (8.1%).

Di kalangan wanita di Malaysia pula adalah kanser payudara (33.9%), kanser kolorektal (10.7%) & kanser serviks (6.2%).

Tangkap layar dari Malaysiakini– Tangkap layar dari Malaysiakini

KJ turut mendedahkan kematian akibat kanser merupakan sebab utama kematian di hospital-hospital swasta iaitu 34.95% & sebab kematian keempat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu 11.56%.

“Pelaksanaan (akta baharu) ini akan mengurangkan jumlah perokok baharu, seterusnya akan tiba satu masa, tiada lagi perokok di Malaysia,” jelas KJ.

BACA: Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin Tampil Mohon Maaf

Sumber: BH Online, Malaysiakini

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

[VIDEO] Gambar Anak Saiful Apek Ini Curi Perhatian, “Macam Sama La Dengan Ayahnya” – | Article Update

“Ehh muka sebijik apekk..” Siapa sahaja yg tdk mengenali pelawak & penyanyi, Saiful Apek Senario. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.