Home / Semasa / Bekam Darah Untuk Keluarkan Semula Vaksin, Doktor Kongsi Kisah Lawak Pakcik Yang ‘Gedebe Koksey Kokdey’ | MyBlog

Bekam Darah Untuk Keluarkan Semula Vaksin, Doktor Kongsi Kisah Lawak Pakcik Yang ‘Gedebe Koksey Kokdey’ | MyBlog

Tidak dinafikan memang banyak berlaku kes kesan sampingan yg memudaratkan akibat dari suntikan vaksin yg dilaporkan kebelakangan ini.

Walaupun hanya segelintir & melibatkan kes terpencil, wujud kebimbangan di kalangan masyarakat yg mula mempersoalkan keperluan utk mengambil suntikan vaksin & dos penggalak.

Ditambah pula dengan betapa mudahnya berita palsu & ajaran salah disebarkan dengan berleluasa melalui media sosial ketika ini yg sengaja ingin menakut-nakutkan & mengambil kesempatan terhadap isu ini.

Antara kisah dongeng yg mendapat perhatian ketika ini ialah penggunaan khidmat bekam darah utk mengeluarkan semula vaksin yg telah disuntik ke dalam badan.

Ikuti perkongsian menarik oleh Syahr Musafir di Facebooknya mengenai pengalamannya bertemu dengan sekumpulan pakcik yg telah terpedaya dengan pembohongan ini.

Tangkap layar dari Facebook Syahr Musafir– Tangkap layar dari Facebook Syahr Musafir

“Aku pergi bekam…”

Singgah gerai nasi berlauk, terpaksalah beratur sebab gerai ni agak ramai pelanggan. Sambil menunggu giliran saya sengaja ‘pasang telinga’ perbualan 4 orang pakcik di meja sebelah selepas saya dengar pasal bekam.

“Aku pergi cucuk sebab nak bagi MySejahtera ni tulis sudah dicucuk vaksin. Lepas siap vaksin pagi tu, petang tu terus aku pergi tempat bekam darah. Bagus servis tempat yg aku pergi tu, dia terus buat. Habis keluar semua vaksin yg dicucuk tu…” jelas satu per satu saya dengar pakcik tu bercerita.

“Bagi nombor dia kepada aku, aku nak pergi bekam juga selepas kena paksa cucuk ni.. Susah tak cucuk…” jawab pakcik sebelah dia, sambil menyuap nasi ke mulut.

Kebetulan tiba giliran saya, saya order nasi kerabu sepertimana saya mahukan.

Tiba-tiba kakak yg berniaga nasi kerabu ini bersuara, “Doktor, betul ke kalau kita cucuk vaksin, kita boleh keluarkan vaksin guna cara bekam darah?”

Rupa-rupanya kakak ini pun dengar perbualan pakcik-pakcik tu. Pandai pula kakak ni tanya soalan ni ketika ni.

Saya jawab sebaik mungkin, “Berkaitan vaksin ni yg kita cucuk dekat bahu tu, prosedur umumnya kita panggil intramuscular injection. Maksud mudahnya, kita cucuk ke dalam otot. Bukan ke dalam darah atau salur darah. Jadi vaksin itu tak disuntik ke dalam darah. Mudah cerita, kalau kita berbekam banyak kali pun selepas suntikan, berbekam tu tak keluarkan vaksin la, kak….”

“Oh, macam tu rupanya..” jawab kakak ini.

“Dengar ke tak tu, pakcik-pakcik? Kita tak cucuk ke dalam darah pun…” kata kakak ini kepada pakcik-pakcik yg sedang makan & berbual tadi, kali ini suaranya lebih kuat berbanding tadi.

“Habis tu anak aku cakap, masa nak cucuk tu misi (jururawat) tarik angin lepas tu cucuk angin supaya tolak darah barulah cucuk masukkan vaksin tu ap4? Takkanlah anak aku tipu aku?”, nada tingginya dengan suara yg garau, macam pakcik ini nak bergaduh dengan saya pula. Cakap ‘aku’ dengan saya yg muda ni, macam marahlah. Allahu… Takut juga saya kalau berlaku drama bergaduh pula di sini.

“Biasa tu, kalau nak cucuk, petugas perubatan atau kesihatan akan tarik sikit sebab nak pastikan tiada darah. Kena pastikan cucuk bukan tempat darah atau salur darah. Jika tarik ada nampak darah maksudnya kena salur darah, kita tak boleh teruskan suntikan di situ. Jika tarik & tak ada darah bermaksud suntikan bukan kena pada salur darah tetapi kena pada otot, barulah boleh teruskan suntikan… Prosedur biasa tu. Mungkin anak pakcik tak tahu tu…” jelas saya, sekadar ap4 saya tahu.

“Kalau nak cucuk tikus secara intramuscular injection pun saya buat macam tu.. Inikan pula apabila nak cucuk manusia, kena pastikan betul-betul… Yang pasti cara tu bukan masukkan angin nak tolak darah atau ap4..” sambung saya lagi, ringkas.

Segala perbualan ini dalam dialek Kelantan ye, saya modified ni supaya mudah faham.

“Mu ni nippu aku (kau ni tipu aku)!” respon kawannya yg minta nombor telefon tempat berbekam tadi.

Saya ambil bungkusan nasi yg saya pesan, buat bayaran, ucapkan terima kasih kepada kakak itu & berlalu pergi. Saya memang tak reti kalau berhadapan suasana sebegini, rasa seram-sejuk. Manusia introvert kan… Kalau mereka nak bergaduh, biarlah mereka saja bergaduh. Saya hanya menyampaikan sedikit ilmu yg saya tahu saja, tak tahu banyak tetapi sedikit yg ada ini tak rugi pun utk dikongsi.

“Mu ni napok gedebe. Gedebe sungguh tapi gak gedebe koksey kokdey!” tiba-tiba kawan pakcik tadi yg senyap dari awal tadi bersuara kepada ‘pakcik bekam’, lalu bingkas bangun yg saya rasa pakcik tu pergi ke kaunter nak buat bayaran.

Sebenarnya kalau anda tak nak vaksin, atau ap4 saja, semuanya terpulang saya takkan pernah paksa pun. Nak pergi berbekam selepas vaksin pun silakanlah, saya tak nak ikut campur pun. It is your right.

Cumanya janganlah mereka-reka cerita….

Kalau cucuk nak ambil darah atau nak masukkan branula (yg biasa kita nampak pesakit disambung drip tu), betullah kena cucuk salur darah kita semua tahu doktor cari salur darah barulah cucuk. Tetapi suntikan vaksin secara intramuscular injection, mana ada misi atau doktor cari salur darah sebelum nak cucuk di bahu tu. Kan terus cucuk je.

Siap dengan cerita tarik angin nak suruh angin tolak darah supaya boleh masukkan vaksin lagi, adoyaiiiii 😅😅😅

Gambar nasi kerabu pagi ini, saya beli je. Tak memasak & tiba-tiba rasa nak makan nasi beli pagi ni. Hehehe. Rupa-rupanya Allah nak bagi peluang ‘bertemu’ pakcik-pakcik ni pagi ni.  Alhamdulillah ala kulli hal. Nasi kerabu ayam bakar ni RM4.50 sebungkus.

#KisahMasyarakat FB Syahr Musafir Rabu 16/02/2022

BACA: Didakwa Vaksin Yang Disuntik Dalam Badan Akan Luput, Doktor Jelaskan Maksud Sebenar ‘Tarikh Luput’

Sumber: Syahr Musafir

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.