Home / Semasa / “Biarlah Kalau 0rang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – Ayah – MyBlog

“Biarlah Kalau 0rang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – Ayah – MyBlog

“Biarlah Kalau Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH. Bila sebut mengenai majlis perkahwinan, ramai yg akan terfikir mengenai kenduri & jamuan secara besar-besaran di dewan ataupun di hotel-hotel mewah.”Biarlah Kalau Orang Kata Saya Bagi Anak

Itulah senario yg berlaku pada masa kini & telah menjadi trend masyarakat di negara ini. Namun, lain pula yg berlaku kepada pasangan ini di mana majlis yg diadakan dilaksanakan secara sederhana.

Majlis seperti ini mungkin dianggap “Taboo” oleh kebanyakan keluarga, namun sebenarnya inilah majlis yg dituntut oleh agama Islam. Semoga menjadi pengajaran kepada semua…

TIADA persalinan gah. Tiada persandingan. Tiada hantaran beribu. Tiada dulang berbaris. Tiada jemputan. Tiada kenduri-kendara. Majlis pernikahan pun tiada. Hanya akad nikah semata.

Tiada belanja besar utk hari bahagia pasangan berusia awal 20-an dari Cheras.

Pernikahan itu berlangsung di Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri & dihadiri keluarga terdekat & rakan-rakan pasangan muda itu. Hanya sebentuk cincin & manisan duduk di atas dulang yg dibawa pihak lelaki… tanpa sebarang hantaran.

Mas kahwin pula hanya RM100 disediakan pihak lelaki, lebih RM20 dari ketetapan mas kahwin utk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan manis berbaju kurung putih, manakala pengantin lelaki hanya mengenakan kurta putih, seluar hitam & songkok. Ahli keluarga pengantin perempuan juga berpakaian ala kadar.

Pernikahan ‘sempoi’ itu diilhamkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, seorang pengurus besar stesen televisyen tersohor Malaysia. Kewangan bukan masalah bagi meraikan perkahwinan anak sulungnya dengan gilang-gemilang, tetapi mengakui keputusan itu diambil bersandarkan pengalaman sendiri suatu ketika dahulu.

“Saya ni orang susah dahulu. Waktu saya nak kahwin, saya terpaksa buat pinjaman peribadi. Saya turut menjual share saya di akhbar Utusan ketika bertugas di sana waktu itu,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Baginya, tindakan tdk membazir ini bakal memudahkan perjalanan hidup anak sulungnya kelak.

“Biarlah Kalau Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free, Saya Tak Kisah” – AYAH – sajagempak.com

“Saya tak mahu anak saya melalui liku hidup sama seperti yg saya lalui. 16 tahun kerja, barulah mampu nak beli rumah sendiri. Betapa sukarnya nak menyara keluarga, dalam masa sama membayar semula pinjaman peribadi & hutang rumah & kereta. Apatah lagi dengan gaji sederhana hidup di tengah bandar,” jelasnya.

Peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat” tdk terpakai dalam keputusan mengahwinkan anaknya itu.

Dia juga tdk ambil pusing pandangan masyarakat terhadap keputusan yg diambil.

“Biarlah ap4 orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah, ada yg pandang seronglah, saya tak kisah. Saya tahu ap4 yg saya lakukan demi kebaikan anak saya sendiri.”

Jelasnya, “Bukan saya menentang adat, tetapi saya lebih sayang anak saya. Duit yg ada, lebih baik guna utk kegunaan anak saya selepas perkahwinan.”

Pasangan itu cukup beruntung apabila bapa pengantin perempuan menyediakan wang pendahuluan utk membeli rumah kelak & juga sebuah kereta sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Dia mengharapkan hadiah berkenaan dapat memudahkan urusan rumah tangga anaknya yg baru dibina.

sumber: fb mooky nad / infomanafaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page MediaHarian Ya.

PERHATIAN: Pihak MediaHarian tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kongsi Video Isteri Bertudung, Tak Sangka Ini Terjadi Pada Instagram Fizz Fairuz.

Satu perkongsian Dato’ Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz di Instagram …

Leave a Reply

Your email address will not be published.