Home / Semasa / “Bukan Isteri Arwah Abam Bocey Yang Kejar Harta Tetapi Plaintif..”- Hakim

“Bukan Isteri Arwah Abam Bocey Yang Kejar Harta Tetapi Plaintif..”- Hakim

KUALA LUMPUR – “Pihak yg mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata Hakim Zulqarnain Hassan di Mahkamah Sesyen di sini pada

Jumaat.Beliau berkata demikian ketika keputusan prosiding kes saman fitnah membabitkan keluarga Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terhadap Siti Nor Hidayah Mohd Ali selaku defendan.

Dalam kes itu, ibu, Allahyarham Sabariah Arshad; bapa, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan; kakak, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan & Ali Puteh dinamakan masing-masing plaintif pertama hingga keempat.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Zulqarnain berkata, setelah meneliti semua keterangan saksi & hujahan peguam, mahkamah berpuas hati bahawa pihak yg mengejar harta ialah bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

Katanya, ia jelas pada hari kedua Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia, ahli keluarga plaintif adalah pihak yg mengajak Siti Nor Hidayah utk berbincang mengenai harta arwah.

“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

“Perbuatan itu seolah-olah tdk memahami kesedihan isteri arwah yg juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana utk mengharungi masa depan & membesarkan anak yg masih kecil,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah berpuas hati persekitaran & keadaan pada masa berkenaan amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham & dia berada dalam keadaan tertekan.

Katanya, ia jelas daripada kata-kata Siti Nor Hidayah bahawa perasaannya sedih & satu-satu perkara yg difikirkan ialah bagaimana mahu membesarkan anak.

Menyentuh hantaran yg dibuat Ali Puteh menerusi Instagram terhadap Siti Nor Hidayah pada Februari 2020, Hakim Zulqarnain berkata, ia amat keras, melampau, menjatuhkan maruah & mengaibkan.

“Kalau kata-kata seperti ‘kamu bodoh’ atau ‘kamu jahat’ boleh mengaibkan, apatah lagi menggunakan perkataan ‘binatang’.

“Jika ditujukan kata-kata itu kepada pesakit yg uzur & terlantar di hospital, dia akan cuba bangun lalu mempertahankan maruahnya,” katanya.

Beliau berkata, ia seolah-olah isteri Allahyarham adalah spesies asing yg kerjanya merompak harta.

Apatah lagi katanya, ia ditujukan kepada seorang wanita yg baru beberapa hari hilang tempat bergantung, masih bersedih dengan kematian pasangan hidup & risau bagaimana mahu membesarkan anak kecil yg berusia lebih kurang setahun.

Mahkamah Sesyen pada Jumaat memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah k3rana mengeluarkan kata-kata mengaibkan di Instagram dua tahun lalu.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yg dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yg antara lain menggambarkan dirinya seorang yg tdk bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif & teruk yg tdk dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod & relif-relif lain yg difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam prosiding pada Jumaat, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Siti Nor Hidayah diwakili peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad, sementara usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak saman fitnah yg dikemukakan Ali Puteh & tiga ahli keluarganya yg lain terhadap Siti Nor Hidayah & Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Dalam saman itu, Ali Puteh bersama bapanya, Syed Mohd Ridzuan, 67, Sabariah & kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah, 44, pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri & Siti Nor Hidayah berhubung satu temu bual yg disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan & memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sehubungan itu, Ahli Puteh & keluarganya memohon satu perintah menghalang Aliff Syukri & Siti Nor Hidayah daripada mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.

Mereka juga memohon agar kedua-dua individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik & memadamkan video temubual yg berbaur fitnah tersebut di kesemua media sosial milik Aliff Syukri.

Turut dimohon ialah ganti rugi am, teruk & teladan yg akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah serta kos & relif-relif lain yg difikirkan kemudian.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Psiko ‘Terpaling’ Kejam Dari Neraka! Mayat Dikerat 14 Dan Ditemukan Di Tapak Pelupusan Sampah | Article Update

Ibu bapa mana yg tdk sedih apabila mendapat perkhabaran buruk mengenai anak gadis mereka yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published.