CHARAPITA, CILI TERMAHAL DI DUNIA
VIENNA: Petani Austria dari kampung Frauenkirchen kini mula menuai ‘Charapita’, cili paling mahal di dunia berharga dari AS$34,000 (RM140,250) sekilogram.
Charapita adalah cili kecil berwarna kuning yang berasal dari kawasan utara Peru.
“Jika dibandingkan dengan rempah ratus lain, ia adalah sangat sangat pedas. Tidak digalakkan merasa atau memakannya secara segar.
Sebaliknya ia lebih enak selepas dikeringkan dan menjadi bahan utama masakan seperti sup ayam. Kanak-kanak juga boIeh memakannya,” kata petani, Priska Stekovicz
Katanya cili ini sangat unik kerana memerlukan ikIim yang sangat panas dan limpahan kasih sayang untuk tumbuh subur.
Suami Pariska, Erich Stekovicz, berkata beliau mendapat tahu bahawa ia adalah ibu segala cili dan hanya tumbuh meIiar di dalam hutan berhampiran dengan pokok-pokok.
Seperti safron dan vanila, Charapita tergolong dalam kumpuIan rempah yang paling mahal di dunia.
Walaupun Charapita agak baru di pasaran Eropah, ia mula meraih popuIariti meluas kerana rasanya yang menarik dan luar biasa dalam kalangan chef terkemuka di seluruh restoran mewah. – AGENSI