Home / USAHAWAN / Dari Usia 20 Tahun Bawa Anak Kecil Niaga, Lelaki Bangga Lahirkan Usahawan Muda

Dari Usia 20 Tahun Bawa Anak Kecil Niaga, Lelaki Bangga Lahirkan Usahawan Muda

“Percaya dengan kemampuan diri sendiri”, itulah yang sering menjadi pegangan seorang usahawan lelaki berusia 26 tahun ini. Meskipun cuma dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang berniaga nasi lemak serta kuih-muih, namun Mohamad Yenash sedar kegigihan serta kerajinan selama ini berupaya mengubah nasib hidup. Sedari usia 18 tahun lagi, kaki lima serta pasar malam ibarat rumah keduanya demi mencari sesuap nasi.

Anak dan isteri jadi saksi susah payah berniaga siang dan malam di kaki lima

erkahwin seawal usia 20 tahun, anak sulung dan juga isteri menjadi saksi kesusahan berniaga secara kecil-kecilan menjual barangan seperti kasut dan juga selipar. Dengan sebuah motosikal, Yenash berulang-alik mengambil stok jualan daripada Kuala Lumpur tak kira hujan mahupun panas tanpa mengeluh. Namun, ia sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha sebelum meraih ‘kemanisan’ sebenar. Sedar diri belum cukup arif, beliau rajin ‘memburu’ 1001 ilmu perniagaan merujuk kepada beberapa figura sifu terkenal.

Usaha keras membuahkan hasil, berjaya mengangkat jenama sendiri
Berkat kerajinan serta dedikasi terus menerus, Yenash akhirnya berhasil mengembangkan perniagaannya secara online dengan bantuan 4 lagi staf. Usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Siapa sangka di tahun 2021 ini, Yenash berjaya mengangkat nama jenamanya sendiri iaitu Yenz Exclusive dengan penat lelah yang cukup keras. Kini, usahawan tersebut telah pun berhasil membantu anak-anak muda lain dengan menyediakan peluang menjadi dropship atau stokis kepada jenamanya sendiri. Di samping itu, Yenash juga memberikan ilmu pengetahuan tentang perniagaan supaya team lebih faham serta dapat mencapai impian mereka. Kalau dahulu nama Yenz Exclusive kurang dikenali, namun kini sudah ramai artis yang mula menyarung pakaian dari brand tersebut.

Dapat lahirkan ramai lagi usahawan muda bersama Yenz Exclusive
Sehingga ke hari ini, hampir 20 orang anak muda yang menjalankan urus niaga di bawah Yenz Exclusive kebanyakannya sudah berjaya meraih keuntungan sehingga RM10K ke RM30K sebulan. ‘Berjayakan Ramai Usahawan Muda’, itulah kejayaan besar yang boleh dibanggakan apabila ramai remaja berusia lingkungan 18-20 tahun mampu menguruskan perniagaan sendiri, memiliki saving serta membeli kereta idaman. Malah kini Yenash mampu berbangga dengan adanya 7000 orang dropship dan juga team. Sebagai tanda penghargaan kepada team yang sering menyokong serta berusaha bersungguh-sungguh, Yenz Exclusive menyediakan reward berupa gelang emas, Iphone serta wang tunai.

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.