Home / USAHAWAN / Ikan tapah seberat 55kg tersangkut di pukat

Ikan tapah seberat 55kg tersangkut di pukat

KULIM: Seorang buruh terkejut melihat seekor ikan tapah seberat 55 kiIogram (kg) dan panjang dua meter tersangkut pada pukat yang dipasang di Sungai Sedim dekat Kampung Kuala Sidim, Padang Serai di sini semalam.

Ropidi Ishak, 43, berkata, pukat sepanjang 30 meter dan Iebar 10 meter itu dipasang di sungai berkenaan sejak lima hari lalu sebelum ikan tapah gergasi tersangkut pada pukat tersebut.

Katanya, selepas memasang pukat itu, dia memeriksa pukat tersebut sebanyak dua kali sehari iaitu pada pukuI 8 pagi dan 6 petang, namun sebelum itu tiada sebarang hasil tangkapan.

“Pada pagi semalam, saya seperti biasa memeriksa pukat itu, namun masih lagi tiada tangkapan.

“Bagaimanapun pada sebelah petangnya, saya pelik apabila meIihat pukat yang dipasang itu bergulung-gulung seperti ada sesuatu tersangkut sebelum mendayung sampan menghampiri pukat tersebut.

“Saya terkejut apabiIa mendapati seekor ikan tapah gergasi tersangkut pada pukat itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ropidi memberitahu, dia mengambil masa hampir setengah sejam untuk menarik dan mengangkat ikan tersebut ke dalam sampan seorang diri.

Selepas itu, tambahnya, dia terpaksa memanggil beberapa rakannya bagi membantu mengangkat ikan tapah itu ke atas darat.

“Tangkapan ikan tapah seberat 55kg itu adalah kali pertama sejak mula berminat memancing dan memukat ikan di sungai tersebut hampir 10 tahun lalu.

“SebeIum ini, saya beberapa kali berjaya menangkap ikan tapah ketika memukat namun saiz ikan yang dapat kira-kira seberat antara 12 hingga 16kg sahaja.

Tambahnya, ikan tapah tersebut kemudian dijual kepada seorang rakannya yang juga peraih ikan dengan harga lebih RM2,000. –UTUSAN

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.