Home / Semasa / Nor Hidayah balu Abam menang kes saman fitnah, Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 | MyBlog

Nor Hidayah balu Abam menang kes saman fitnah, Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 | MyBlog

SETELAH hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yg difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yg mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yg dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yg dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tdk berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yg dianiya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Nor Hidayah melahirkan rasa lega apabila proses undang-undang yg dilaluinya sejak dua tahun lalu berakhir dengan berpihak kepadanya.

“Alhamdulillah saya & anak makin baik… doa yg terbaik utk anak. Saya rasa lega dah,” katanya.

Sementara itu Ali Puteh ketika ditemui berkata dia menerima keputusan hakim Mahkamah Sesyen dengan hati terbuka.

“Saya akur dengan keputusan hari ini, saya tak marah atau rasa nak mengamuk.

“Saya hormati keputusan mahkamah,” katanya.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yg dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yg antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yg tdk bertanggungjawab.

Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Nor Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Enggan berdiam diri, Ali Puteh memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah selain turut menamakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai defendan.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Iqbal Zulkefli Beli Banglo RM5 Juta Di Kawasan Elit

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sanggup berhabis dengan membeli sebuah banglo mewah RM5 juta yg terletak di Bangsar, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.