Home / Semasa / Tindakan Terbaru Pihak Berkuasa Jika Ebit Liew Didapati Bersalah Buat Ramai Terkejvt

Tindakan Terbaru Pihak Berkuasa Jika Ebit Liew Didapati Bersalah Buat Ramai Terkejvt

Pihak berkuasa bakal kenakan hukuman penjara maksimum 5 tahun & denda jika disabitkan kesalahan.

Ia susulan tiga laporan polis dibuat terhadapnya yg mana dua dilaporkan di daerah Tenom, Sabah & satu di sekitar Semenanjung.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, laporan pertama terhadap Ebit Lew diterima di balai polis daerah Tenom pada Ogos tahun lalu.

“Dia didakwa membuat gangguan seksual dengan menangkap gambar & video lucah yg kemudiannya dihantar kepada pengadu. Lanjutan daripada itu, satu laporan polis juga dibuat oleh pengadu yg lain berhubung dakwaan kesalahan yg sama.

“Berikutan daripada laporan-laporan itu juga, satu lagi laporan polis dibuat terhadapnya,” jelasnya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Menurut Abdul Jalil, kesemua kesalahan yg didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac 2021 hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan berkaitan laporan di Tenom bertarikh 7 Ogos 2021 & mangsa terlibat berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Tambahnya, keseluruhan tiga laporan polis telah diterima yg mana dua laporan disiasat atas kesalahan membuat penghantaran gambar lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Keseluruhannya, Ebit Lew akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 & Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Terdahulu, pada Jumaat pagi, Ebit telah dituduh di Mahkamah Majisteret Tenom atas 11 pertuduhan.

Penghantaran gambar & perkataan luc4h dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp antara 11 pertuduhan dikenakan terhadap pendakwah bebas, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sebanyak 11 pertuduhan telah dibuat ke atas tertuduh atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Kesemua pertuduhan itu membabitkan iaitu membuat penghantaran gambar & perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

“Kesemua pertuduhan adalah bagi kesalahan yg didakwa berlaku di daerah Tenom Sabah antara Bulan Mac 2021 hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini yg mengesahkan pendakwaan ke atas selebriti berkenaan.

Tambah Abd Jalil, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh yg boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Beliau turut meminta kerjasama semua pihak utk tdk membuat sebarang spekulasi & provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Abd Jalil juga mengesahkan beliau kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom utk memantau & menyelia kes pertuduhan Ebit secara dekat.

TENOM: Pendakwah bebas, Ebit Liew, menyifatkan 11 pertuduhan gangguan seksual yg dihadapinya hari ini sebagai ujian hidup daripada Allah.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, berkata walaupun terkejut dengan tuduhan yg dikenakan, beliau reda dengan segala ujian itu.

Katanya, ini adalah antara ujian Allah SWT & tujuannya utk mengampunkan dosa, beri pahala & juga menaikkan darjat.

“Saya tdk rasa ap4-ap4. Saya yakin tdk bersalah & yakin ini perancangan ramai orang daripada dulu lagi yg cuba mengganggu kerja-kerja amal kami.

“Memang setiap kali terkena ujian kita rasa berat, tapi saya dari dulu belajar, kita kena berdoa & jangan bersedih k3rana ujian yg datang itu adalah satu sunnahtullah,” katanya ketika ditemui selepas menghadapi prosiding itu, hari ini.

Ebit Liew mendakwa, pertuduhan yg dikenakan terhadap bertujuan menjatuhkan kredibilitinya & dirancang kumpulan tertentu sejak sekian lama.

“Saya melihat pertuduhan ini sebagai tdk berasas & memang tujuan utamanya saya nampak utk menjatuhkan kredibiliti supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.

“Saya percaya ia dilakukan satu kumpulan yg merancang bukan satu dua hari utk mengenakan saya,” katanya.

Katanya, beliau terkejut mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika secara kebetulan sedang melakukan kerja amal di negeri ini.

“Sejak beberapa hari lalu ketika melakukan kerja amal di Sabah selama 40 hari, tiba-tiba saya dapat tahu, terkejut juga k3rana bukan perancangan utk ke mahkamah, tdk ada.

“Tetapi saya tak rasa ap4-ap4 sebab tahu tdk bersalah & yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi macam-macam gangguan terhadap kerja amal.

“Saya reda & anggap ini ujian daripada Allah. Saya rasa tenang melaluinya, kena pula ketika buat kerja amal,” katanya.

Terdahulu Ebit didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit bagaimanapun mengaku tdk bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yg memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Sumber : Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kadar Bayaran Sagu Hati Melampau, Benarkah Penceramah Jemputan Sekarang Sering ‘Demand’ Tinggi? | Article Update

Alhamdulillah, situasi di Malaysia pada hari ini menyaksikan masih ramai masyarakat Islam yg sempat memperuntukkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.