Home / Semasa / Tular Gambar Myvi Terbabas Atas Kubur, Anak Pemandu Tampil Kongsi Kisah Sebenar | MyBlog

Tular Gambar Myvi Terbabas Atas Kubur, Anak Pemandu Tampil Kongsi Kisah Sebenar | MyBlog

Kecoh di media sosial pada Khamis beberapa keping gambar sebuah kereta Perodua Myvi yg terbabas di kawasan tanah perkuburan.

Kejadian tersebut disahkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yg berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Height di Senawang kira-kira 10.40 pagi.

Foto tular itu mencuri perhatian netizen, rata-ratanya mengecam & menyalahi tindakan pemandu yg dikatakan cuai sehingga telah merosakkan tanah perkuburan di situ. Tambahan pula, jenis kenderaan yg digunakan sering menjadi topik hangat orang ramai.

Media memaklumkan, insiden tersebut dipercayai berpunca apabila pemandu Myvi merupakan seorang wanita berusia 60 tahun telah terbabas ketika memusingkan kenderaannya sehingga melanggar kubur.

Susulan insiden itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Datuk Masri Razali berkata akan menghubungi waris kubur yg rosak (sebanyak empat kubur) bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Myvi Terbabas Atas Kubur Kisah Sebenar

Anak tak sanggup baca komen netizen

Walau bagaimanapun, anak kepada pemandu Myvi itu, Syafiq Sidek tampil memberi penjelasan mengenai kejadian tersebut menerusi hantaran di laman Facebooknya.

“Saya anak kepada pemilik kereta myvi ini. Bagi pihak ibu, saya memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yg telah rosak. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kerosakkan & akan baik pulih kubur seperti asal.

“Di sini saya ingin memberi penjelasan di atas kejadian ini. Sebenarnya ibu saya dlm keadaan hypo (kurang gula dlm darah) k3rana mengidap kencing manis & ibu saya sedang berpuasa hari ini.

“Ibu saya secara tiba-tiba tdk sedarkan diri & tertekan pedal minyak ketika ingin pusingkan kereta (u-turn).

“Ibu saya masih dalam keadaan trauma & bersedih di atas baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat COVID-19,” katanya.

Ujar Syafiq, dia sangat berharap agar orang ramai tdk bersangka buruk terhadap kejadian yg berlaku itu. Bukan itu sahaja, dia meminta jasa baik semua pihak agar tdk terus menularkan gambar insiden berkenaan demi kesihatan emosi ibunya.

“Alhamdulillah ibu saya selamat & tiada kecederaan. Saya memohon kemaafan sekali lagi.”

Myvi Terbabas Atas Kubur Kisah SebenarSumber: Facebook

Sumber: Syafiq Sidek

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.