Terdapat nama-nama tempat yg agak sensitif, tapi harap tak ambil hati atas perkongsian info kali ini. Percaya atau tdk , di Malaysia ini kita mempunyai banyak nama tempat & jalan yg sedikit pelik & unik, jadi ap4 kata dalam video kali ini kita rehatkan minda.[Video] 10 nama tempat yg paling p3lik & unik di Malaysia. No 9 paling tak sangka
Video berada dibawah artikel
** Menggatal
Menggatal merupakan sebuah bandar kecil yg terletak di daerah Kota Kinabalu Sabah. Nama pekan ini dikatakan diambil dari sejenis pokok mangga.
Buah pokok mangga ini boleh menyebabkan kegatalan apabila korang makan. Pada asalnya, tempat ini dipanggil Manga Gatal tapi lama kelamaannya ia bertukar menjadi Mengatal.
** Batang Berjuntai
Batang berjuntai merupakan pekan yg terletak di Selangor. Oleh k3rana namanya boleh disalah anggap & tdk sesuai digunakan pada masa kini, nama Batang berjuntai terkini telah ditukar kepada Bestari Jaya oleh kerajaan.
Namun mengikut penduduk setempat, nama tempat itu berasal daripada sebatang pokok Merbau yg memiliki batang yg terjuntai.
** Kampung Dada Kering
Kampung dada kering merupakan lokasi bekas tanah lombong yg terletak di Pahang. Namun setelah beberapa tahun beroperasi.
Lombong itu kemudian ditutup k3rana sudah kehabisan sumber galiannya iaitu emas. Setelah ditinggalkan, tapak perlombongan itu kini telah dipenuhi air.
** Mambang Di Awan
Terdapat banyak versi mengapa tempat ini mendapat nama. Tapi versi yg paling banyak Faktaw jumpa ialah, Mambang Di Awan yg terletak di Kampar Perak ini, mendapat nama dari sekumpulan pelombong biji timah yg ternampak sekumpulan bidadari di awan.
Mengikut Wikipedia, Mambang merujuk kepada semangat atau makhluk halus yg terdapat di sesuatu tempat tertentu.
Mambang dikatakan sama seperti bunian, atau pari-pari k3rana mempunyai sistem masyarakat yg lengkap, atau juga dikenali sebagai orang halus.
** Kampung Penajis
Agak pelik nama kampung ini, namun Kampung ini mempunyai sejarahnya yg unik. Kampung yg terletak di Negeri Sembilan ini dikatakan mendapat nama berdasarkan nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.
Kampung ini turut dikenali sebagai Kampung Penajeh. Didalam bahasa sanskrit lama, Tajeh membawa maksud mahkota.
Penajeh pula dikatakan membawa maksud orang yg dimahkotakan atau orang yg memakai mahkota.
** Felda New Zealand
Kalau ada sesiapa yg teringin bercuti ke negara New Zealand, boleh la datang ke Kampung yg terletak di Maran, Pahang ini.
Mengikut cerita lisan orang-orang Maran & peneroka kampung New Zealand sendiri, kampung ini mendapat nama k3rana kerajaan negara New Zealand telah memberikan sumbangan utk pembukaan tanah ini & juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas sebab itu Kampung ini kemudiannya dinamakan sempena negara mereka.
Agak-agak2 kampung ni ada salji tak?
** Kampung Baru Jumpa
Kampung Baru Jumpa di Tenom ini adalah antara nama kampung yg agak pelik di Sabah. Namun dikatakan bahawa kampung ini sudah wujud lebih 50 tahun. Pada awalnya nama kampung ini ialah Kampung Pa’Meluyan yg diambil sempena nama sungai di situ.
Namun ia akhirnya di tukar ke Kampung Baru Jumpa atas alasan perkampungan itu baru ditemui utk dijadikan penempatan oleh kaum Lundayeh.
Kampung itu kini merupakan sebuah kampung yg maju serta terkenal dengan hasil pertanian seperti padi, koko & getah.
** Jalan Microwave Station
Jalan Microwave yg terletak di Lebuh raya Kota Kinabalu – Sandakan ni sebenarnya adalah laluan jalan utk ke stesen telekomunikasi milik Telekom Malaysia.
Jalan Microwave Station dikatakan dinamakan sebegitu k3rana ia menghala ke menara komunikasi yg terletak di sebuah bukit berhampiran. Stesen Telekomunikasi itu digunakan utk menghantar & menerima isyarat gelombang mikro radio.
Kenapa dia tak jarakkan perkataan Microwave tu ya? Nanti ramai yg salah anggap
** Desa Temu Jodoh
Haaaa!! Sesiapa yg ‘single’ atau nak ‘tambah’ lain boleh ke sini
Tempat ini dikatakan dinamakan bersempena majlis perkahwinan yg diadakan secara serentak pada tahun 1978. Ia melibatkan 24 pasangan suami isteri, dimana majoriti daripada mereka merupakan peserta Rancangan Tanah Muda anjuran kerajaan negeri Johor.
Perkampungan ini dibuka sekitar lebih 40 tahun lepas & pada mulanya dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek.
** Kampung Imam Lapar
Sama seperti nama kampung Mambang di Awan, asal usul nama kampung ini juga terdapat dalam pelbagai versi. Namun ini yg paling logik.
Mengikut kaji selidik, nama kampung yg terletak di Kuala Terengganu ini di ambil sempena dari kisah mengenai dua pedagang yg kelaparan & singgah di Pengkalan Rengas Negeri Sembilan utk mencari makanan.
Mereka kemudian menjumpai imam yg khusyuk menghafaz Al – Quran & menyatakan mereka lapar tetapi Imam tersebut tdk mendengarnya sebaliknya terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.
Antara nama tempat yg unik di Malaysia
Permatang Tiga Ringgit – Pulau Pinang
Kampung Buntut Pulau – Pahang
Kampung Cinta Manis – Pahang
Kampung Atas Tol – Terengganu
Kampung Seronok – Pulau Pinang
Kampung Mambang Berulang – Pahang
Kampung Seri Bunian – Johor
Kota Sarang Semut – Kedah
Pekan Batak Rabit – Perak
VIDEO
Pada para pembaca budiman mohon subcribe dah tekan butang loceng youtube Faktaw Channel.
Sumber: Faktaw Channel via Trending Kini
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Thepostbd.com tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.