Home / Semasa / Bayi terkeluar dari kandungan pula meninggal dunia | MyBlog

Bayi terkeluar dari kandungan pula meninggal dunia | MyBlog

PASIR MAS: Selepas lima jam bertarung nyawa, bayi lelaki yg terkeluar daripada kandungan ibunya dalam nahas membabitkan dua motosikal di Kampung Lumpur di sini malam ini, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam ini.

Mohd Khairi Hasbullah, 31, sempat mengazankan anak keempatnya itu sebelum bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia.

“Saya reda apabila anak kami turut pergi bersama ibunya,” katanya di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, isterinya, Nur Hasliza Yazaib, 25, yg sarat mengandung sembilan bulan, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Remaja yg menunggang motosikal berkenaan turut meninggal dunia di hospital.

Mohd Khairi hanya mampu menangis sebaik dipanggil doktor & dimaklumkan bayinya gagal diselamatkan.

Ketika ini, beliau hanya memikirkan anak kedua, Nurul Iman Maisara, 6, yg membonceng bersama isterinya & dilaporkan cedera parah di kepala serta ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

“Doakan supaya Nurul Iman selamat & saya diberi kekuatan demi dua lagi cahaya mata berusia lapan & tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, mengesahkan nahas berkenaan kini mengorbankan tiga nyawa dengan kematian bayi malang itu.

Katanya, penunggang motosikal, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, dilaporkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).

“Penunggang remaja itu dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas & melanggar motosikal ditunggang mangsa wanita sarat mengandung bersama seorang anak perempuan,” katanya.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Boleh Selesai Tanpa Libatkan Media..”, Amelia Perjelas lsu Sebenar , Dapat Sokongan Rakan Artis – | Article Update

“Perkara ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media & orang awam” Baru-baru ini, penerbit terkenal, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.