Home / Semasa / Dah Terbukti Bersalah Ke Ustaz Ebit Lew? | MyBlog

Dah Terbukti Bersalah Ke Ustaz Ebit Lew? | MyBlog

Semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa Ustaz Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah Tenom, Sabah atas tuduhan gangguan seksual.

Walaupun telah dibicarakan, adakah beliau benar bersalah? Perkara ini diulas oleh seorang peguam, Nor Zabetha dalam hantarannya di Facebook. Mari kita dengar penjelasan beliau.

Masih belum bersalah lagi

Hari ini dilaporkan bahawa Ebit Lew dihadapkan di mahkamah, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk gangguan seksual.

Banyak reaksi orang awam. Ada yg menunggu keadilan sewajarnya & ada yg mempersoalkan tentang prosedur dakwaan & mempertikaikan perundangan.

Bagi sesuatu laporan polis, kenapa ada kes yg dituduh ke mahkamah, ada yg tdk diteruskan. Apa perbezaannya? Saya terangkan, bagaimana perjalanan aduan laporan polis sehinggalah pendakwaan di mahkamah.

8A9DA364-5605-4B39-8D0E-17FFD8C240FD

Apabila seseorang mangsa membuat laporan polis bagi kesalahan seksual. Bukan terus-menerus polis akan buat keputusan. Polis teliti dahulu sama ada terdapat elemen jenayah. Ini selaras dengan Seksyen 107, Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Kemudian kertas siasatan akan dibuka. Polis pun akan menyiasat. Bagaimana cara siasat? Polis akan mengumpul bukti, mengikut kes. Kalau kesalahan jenayah seksual itu dibuat secara menghantar gambar lucah, maka yg menjadi bahan bukti adalah telefon bimbit.

Kalau berlaku serangan seksual di sesuatu tempat, maka siasatan akan dibuat dengan meneliti kawasan tersebut. Jika ada CCTV, rakaman CCTV akan diambil. Jika ada saksi, keterangan saksi akan dipanggil.

Ini kita panggil proses menyiasat. Proses ini bukanlah bertujuan menghukum tetapi aduan setiap orang tentang kesalahan jenayah perlu dilakukan. Ada bukti atau tdk tertakluk kepada siasatan. Kalau semua aduan tdk diambil berat, maka makin berleluasa jenayah di Malaysia.

Jika ada berlaku jenayah seksual, pihak polis akan mengenal pasti jenis kesalahan jenayah yg bersesuaian dengan Seksyen & Akta Kesalahan.

Jenayah seksual ini ada banyak kategori, ada rogol, ada cabul dengan menggunakan kekerasan jenayah, ada perbuatan, perkataan, gerak isyarat atau visual yg menganggu privasi & kesucian seseorang, ada kesalahan bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak & pelbagai lagi.

Contoh, jika aduan itu adalah bagi cabul dengan menggunakan kekerasan jenayah bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jadi siasatan perlu menunjukkan si pelaku telah dengan kekerasan jenayah sama ada, meraba, mencium atau ap4-ap4 perbuatan terhadap mangsa sehingga mencabut kehormatan seseorang ‘outrage the modesty’.

Jika sekiranya dibuktikan bahawa perbuatan itu tiada elemen kekerasan jenayah. Bercium suka sama suka. Terdapat bukti pula, ada pesanan Whatsapp ‘Terima kasih sayang utk petang ini’.

Tiba-tiba bergaduh dengan kekasih & dibuat laporan polis kononnya dia dipaksa bercium & pelaku telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Maka, bukti Whatsapp ini bakal mematahkan siasatan & dakwaan di mahkamah.

Melainkan jika ada pemfaktoran mangsa adalah kanak-kanak, elemen suka sama suka ini tdk wujud jika mangsa kanak-kanak. Dianggap kanak-kanak ini telah dipengaruhi orang dewasa. Jadi tolong jangan jadi keji hendak sexual grooming kanak-kanak & ajar mereka konsep suka sama suka. Keji!

Jadi selepas melakukan siasatan & cuba mencari pembuktian serta keterangan berdasarkan elemen jenayah & kertas siasatan adalah selesaikan, kes ini akan diserahkan & dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya utk izin memulakan pertuduhan kes di mahkamah.

Pendakwaraya pula akan meneliti kertas siasatan. Jika Pendakwaraya beranggapan, ada elemen tetapi tdk cukup bukti, barangkali Pendakwaraya akan meminta bukti lanjut. Jika bukti serta keterangan tdk kukuh utk membuktikan kes jenayah, kes ini bakal diklasifikasikan sebagai ‘NFA’ (No further action).

Jika terdapat elemen jenayah & bukti kukuh & boleh dibicarakan di mahkamah, tuduhan ini akan dihadapkan ke mahkamah & tertuduh boleh membela diri.

1346E939-5B2A-4F32-B8E4-D8DF62A3AEA9

Masih belum bersalah lagi. Ada pembelaan oleh tertuduh. Cuma setakat kes dituduh di mahkamah itu telah terdapat elemen-elemen jenayah yg dipenuhi tetapi subjek kepada pendakwaan & pembelaan di mahkamah.

Menurut laporan tahun lalu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia.

Sesyen 509 KK adalah bagi kesalahan perkataan atau isyarat yg dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Contoh menghantar bunyi, isyarat, perkataan atau bunyi berbentuk lucah.

Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia, menggunakan applikasi atau rangkaian (internet) dengan cara lucah, jelik, sumbang palsu.

Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula adalah bagi kesalahan menggunakan perkataan-perkataan yg lucah, mengugut, kasar atau menghina.

Tertuduh boleh membela diri. Begitulah prosesnya.

Sumber: Nor Zabetha

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini. Malah pelbagai tema & gaya dapat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.