Home / Semasa / (VIDE0) Nor Hidayah balu Abam menang kes sam4n fitn4h, Ini Jumlah Yg Ali Puteh diperintah bayar

(VIDE0) Nor Hidayah balu Abam menang kes sam4n fitn4h, Ini Jumlah Yg Ali Puteh diperintah bayar

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada Nor Hidayah.

SETELAH hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yg difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yg mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yg dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yg dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tdk berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yg dianiya,” katanya kepada mStar.

Balu kepada arwah pelawak popular, Abam Bocey, Nor Hidayah Mohammad Ali, 33, melahirkan rasa lega apabila keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Kemenangan itu adalah menerusi saman fitnah yg difailkan olehnya terhadap adik Allahyarham Abam iaitu Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dua tahun lalu.

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah hari ini, Hidayah dalam genang air mata meluahkan…

Terdahulu,Keputusan kes saman Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah akan diketahui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ali, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan hakim utk membuat keputusan.

“Syukur selepas dua tahun kes ini berlangsung, akhirnya keputusan bakal tiba juga. Saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan hakim selepas semua prosedur berlangsung.

“Selain itu, saya juga serahkan semua ini kepada Allah utk menentukan jalan terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, tindakan yg diambilnya ini dibuat semata-mata utk Allahyarham abangnya, Abam Bocey & ibu mereka, Sabariah Arshad.

“Selepas ap4 yg terjadi semasa prosiding mahkamah, saya berharap ada sinar pada saya sekeluarga yg dianiaya.

“Allah uji saya sekeluarga apabila benda yg kita tak buat, orang kata kita buat. Mula-mula agak panas & geram apabila benda ini tular. Kecaman yg diterima itu amat luar biasa. Namun selepas itu, satu demi satu jalan yg kami nampak apabila Allah tunjukkan jalan,” katanya.

Ali berkata, selepas selesai semua prosiding dalam mahkamah, baharulah dia nampak ap4 sebenarnya yg terjadi.

“Saya kini dah tak takut dengan kecaman netizen sebab sudah berkali-kali jumpa mereka yg maki hamun di balai polis. Ada juga yg jumpa di luar & ada yg datang rumah. Ada juga yg hanya kirim video mohon maaf. Semuanya mohon maaf sebab tak tahu-menahu ap4 yg terjadi. Sikit pun saya tak simpan dalam hati sebab saya tahu mereka ini tak tahu menahu & hanya komen sesuka hati,” katanya. Terdahulu, Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia & kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yg dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey & harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yg difailkan terhadapnya & keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta & sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah & jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yg mewakili Ali mengesahkan keputusan kes ditetapkan Jumaat ini di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.

Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :mstarSementara itu, ini antara artikel menarik utk anda ikuti

Xoxo

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.