Home / USAHAWAN / 80 Peratus Madu Tiruan Di Pasaran, Mengandungi Gula Dan Air Tebu Berlebihan

80 Peratus Madu Tiruan Di Pasaran, Mengandungi Gula Dan Air Tebu Berlebihan

80 peratus madu tiruan di pasaran

PETALING JAYA – Kira-kira 80 peratus madu terutamanya jenis kelulut sama ada produk tempatan atau import yang dijuaI di pasaran negara ini didapati adalah tiruan hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pelbagai agensi berkaitan.

Situasi itu menyebabkan orang ramai perlu berfikir berkali-kali sebelum membeli madu kerana mereka bakaI terdedah dengan risiko peny”akit sekiranya terbeli madu tiruan yang me­ngandungi gula tebu dan air gula Melaka yang berlebihan.

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Norra Ismail berkata, pihaknya mendapati terlalu banyak madu tiruan dijual terutamanya madu kelulut.

Menurutanya, harga madu kelulut tiruan jauh lebih murah berbanding madu asli.

“Jika madu kelulut asli, har­ga sebenarnya akan lebih mahal berbanding madu Iebah.

“Oleh itu, pembeli jangan mudah tertipu dengan tawaran harga murah oleh penjual kerana hasil ujian, 80 peratus madu yang dijual adalah tiruan,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Madu kelulut tiruan kebia­saannya dijual pada harga lebih murah iaitu antara RM15 hingga RM25 bagi 100 milliliter (ml) berbanding madu kelulut asli RM40.

Bagi madu lebah tiruan pula ditawarkan pada harga sekitar RM30 untuk botol bersaiz 660ml berbanding madu lebah asli mele­bihi RM50.

Norra memberitahu, bagi mengelakkan lebih ramai pengguna daripada terus menjadi mangsa penipuan, MARDI kini dalam peringkat akhir memba­ngunkan kit uji ketulenan madu.

Katanya, kit pantas itu mampu mencapai keberkesanan ujian ketulenan madu lebah dan juga kelulut meIebihi 90 peratus dan boleh mengesan madu yang te­lah dicampur dengan bahan lain yang dikenali sebagai adulterasi.

“Ketika ini, kit tersebut dalam proses akhir peringkat ujian makmal dan akan mula digunakan oleh MARDI selepas mendapat persetujuan daripada pihak kementerian.

“Setakat ini, ujian makmaI mendapati, kit tersebut dapat menguji dan membezakan antara madu kelulut, madu lebah yang asli dengan madu tiruan.

“Buat masa ini, kita sedang menguji kit pada peranti mudah alih untuk kegunaan di lapangan dan menunggu kelulusan pe­ngurusan atasan MARDI sebelum dapat digunakan oleh pengguna,” ujarnya.

Norra berkata, MARDI juga te­lah membangunkan satu standard berkaitan madu kelulut (MS2683:2017) bagi menjaga kualiti serta mengekang penjualan madu tiruan di pasaran.

“Menerusi standard ini, kita akan menguji peratus kandu­ngan kelembapan, kandungan guIa serta beberapa parameter kualiti berkaitan madu kelulut itu sebelum ia boleh dipasarkan,” katanya – Kosmo Online

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.