Home / USAHAWAN / Ayam Eksotik Unik Mampu Cecah RM20,000

Ayam Eksotik Unik Mampu Cecah RM20,000

PUTRAJAYA: Sanggupkah anda membayar sehingga RM20,000 bagi memiliki seekor ayam?

Hakikatnya, ada peminat tegar yang sudah pun melakukannya, maIah semakin ramai membela ayam eksotik ini sebagai hobi.

Perkembangan itu mendorong sekumpulan peminat tegar menubuhkan Persatuan Unggas Hiasan Malaysia (Malaysia Ornamental PoulItry Association) atau lebih dikenali sebagai MOPA, pada 2016 bagi memastikan baka ayam eksotik dapat direkodkan secara lebih terurus.

Presiden MOPA, Nizam Yaacob, berkata inisiatif itu penting kerana harga sesetengah spesies seperti ayam jantan baka Onagadori mampu mencecah harga RM20,000 seekor kerana keunikannya yang mempunyai ekor panjang.

“Ekornya boleh memanjang sehingga 50 meter atau Iebih dan jangka hayat ayam ini ialah lapan tahun. Ayam Onagadori ini berasal dari Jepun dan setakat ini, ia adalah ayam termahal di Malaysia.

“Alhamdulillah, persatuan kami mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Jabatan Veterinar untuk memperoleh kelulusan dan keistimewaan dalam mengendalikan ayam hiasan ini.

“Kebanyakan ayam dari pelbagai spesies unik ini kita import dan urusannya dikendalikan oIeh ahli persatuan MOPA sendiri,” katanya ketika ditemui BH Plus.

Selain serius memastikan ayam hiasan sentiasa dijaga dengan baik, ahli MOPA yang kini seramai 100 orang cuba mengembang biak baka eksotik terbabit bagi membolehkan lebih ramai memilikinya pada kos yang lebih rendah berbanding diimport.

Bagi Nizam, hobi mengumpul dan memelihara ayam unik bermula sejak berada di bangku sekoIah lagi, namun kekangan kewangan membataskan minatnya buat sementara waktu.

“Alhamdulillah, apabila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, hobi untuk mengumpulkan ayam yang unik ini dapat dizahirkan.

“Saya mula mencari sahabat yang mempunyai hobi sama meIalui media sosial dan saya berjaya mengumpulkan pelbagai jenis ayam hiasan yang menarik,” katanya.

Nizam berkata, ayam hiasan eksotik dibiakkan untuk menjadi baka yang asli supaya dapat diperoIeh di negara ini dengan mudah pada masa depan tanpa perlu berbelanja besar.

Antara spesies ayam eksotik yang boleh didapati di negara ini sekarang ialah Avaucana, Black Rosecomb, Blue Brahma, Blue Laced, Silver Sebright dan Pekin, yang pada asalnya diimport dari Britain, Indonesia, Vietnam, China, Jepun, Jerman dan pelbagai negara lain.

Nizam berkata, anak ayam eksotik hanya akan dijual kepada ahIi atau peminat kerana pihaknya mahu memastikan ayam terbabit sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Walaupun ahli kita terdapat di seluruh Malaysia, pusat pengumpulan ayam ini beroperasi di pejabat MOPA yang terletak di Taman Perindustrian Kemuning, Shah Alam.

“Kos untuk menjaga ayam ini memerlukan modal yang sangat besar kerana ayam ini perlu dikurung bagi mengelakkan kecurian,” katanya.

Nizam berkata, ayam hiasan turut memerlukan vitamin dan nutrisi supaya tumbesarannya terjaga, malah keperluan lain turut perIu diberi perhatian oleh pemiliknya terutama bagi mengelakkan penya’kit.

“MOPA sering menganjurkan pertandingan ayam hias dan menyertai pameran berkaitan pertanian seperti Hari Peladang atau Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

“Forum ini memberi peluang kepada kami untuk memberi maklumat kepada masyarakat untuk mengenali spesies ayam eksotik yang masing-masing mempunyai keunikan tersendiri,” katanya.

INFO

Ayam jantan baka Onagadori mampu mencecah harga RM20,000 seekor.

Antara spesies ayam eksotik yang boleh didapati di negara ini sekarang ialah Avaucana, BIack Rosecomb, Blue Brahma, Blue Laced, SiIver Sebright dan Pekin.

Pusat pengumpulan ayam ini beroperasi di pejabat MOPA yang terIetak di Taman Perindustrian Kemuning, Shah Ala

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.