Home / USAHAWAN / Jual RM4,500 sepasang, penternakan landak secara komersial mampu Jana pendapatan lumayan

Jual RM4,500 sepasang, penternakan landak secara komersial mampu Jana pendapatan lumayan

Hulu Terengganu: Biarpun sudah berusia 70 tahun namun tidak menghalang seorang warga emas menjalankan penternakan Iandak secara komersial.

Ismail Mohamad dari Kampung Baru Sungai Binjai, Ajil menternak lebih 100 ekor landak raya di rumahnya sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia menggunakan wang simpanan RM10,000 untuk membeli 12 ekor induk landak raya untuk dibiakkan.

“Bermula 12 ekor pada 2018, sekarang landak raya saya membiak sehingga 109 ekor tidak termasuk

“Sangat berbaloi menternak landak raya itu kerana permintaannya sangat tinggi terutama dagingnya.

“Sebelum ini, saya bekaIkan juga daging landak yang dijual RM130 hingga RM150 sekilogram, tetapi sekarang hanya menjual induk landak sahaja,” katanya ketika ditemui di kandang landak miliknya, semalam.

Ismail yang mempunyai anak berusia antara 34 hingga 48 tahun berkata, harga landak raya sentiasa meningkat dan sekarang dijuaI dengan harga RM4,500 sepasang.

“Kelebihan menternak landak raya itu kerana ia tidak mempunyai risiko kem’atian kerana penyakit selain tidak cerewet.

“Landak raya makan semua jenis makanan termasuk nasi, buah dan sayuran. Ternakan eksotik itu juga cepat membiak berbanding ternakan Iain, paling kurang dua tahun sekali beranak,” kata suami kepada Hasmah Muda ini.

Tambahnya, penternakan landak raya dijalankan itu di bawah seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitam).

“Semua landak raya diternak mempunyai lesen memiliki yang dikeluarkan Perhilitn kerana ia di bawah akta pemuliharaan hidupan liar 2010. Saya juga mempunyai permit jual beli, permit memburu landak raya yang hanya diberikan tempoh di antara Mei hingga Ogos sahaja,” katanya.

Katanya, dia akan meneruskan penternakan landak raya yang dijaIankan berikutan ia memberi pulangan yang sangat lumayan.

“Di samping menghasilkan pendapatan, penternakan itu juga secara tidak langsung membantu mengekaIkan haiwan liar itu daripada pupus,” katanya – Harian Metro

About admin2

Check Also

Tular Ucapan Serius Jokowi, Jangk4 Tahun Dep4n Keadaan Ekonomi Akan Gelap

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ucapan Presiden Indonesia Joko Widodo yang menekankan keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.