Home / Semasa / Malu dgn burger pasar malam”-Pelanggan bengang dapat burger ‘togel’. Harga dia memang blh tahan

Malu dgn burger pasar malam”-Pelanggan bengang dapat burger ‘togel’. Harga dia memang blh tahan

“BAYAR mahal-mahal, ni ke kualiti yg korang boleh bagi?”

Demikian tulis seorang wanita yg meluahkan kekecewaannya gara-gara burger yg dipesan dari restoran KFC hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Menerusi video berdurasi 1 minit 32 saat yg dimuat naik di laman sosial pada Jumaat, wanita itu menunjukkan sebiji burger ‘Colonel Classic’ yg dibelinya hanya diisi dengan sedikit daun salad & mayonis.

“Harga RM7 lebih… korang tengok ap4 yg ada dalam ni. Seriuslah? Malu dengan burger pasar malam tau. Macam ini ke korang punya kualiti KFC?

“KFC Malaysia tolong notice ya. Makan pun sedih,” katanya dalam video yg dimuat naik di aplikasi TikTok.

Selain burger yg ‘menyedihkan’, pelanggan wanita itu turut meluahkan rasa tdk puas hatinya dengan pesanan ayam goreng yg dibuat dari restoran sama.

Selain tdk berpuas hati dengan burger, ayam goreng yg dibelinya juga didakwa tdk ‘segar’.

“Tengok kualiti ayam goreng. Dengan ayam macam ni, berapa kali goreng ni? Malu sikit dengan peniaga jalanan. Jangan sebab dah laku, kualiti pula macam ni. Bayar mahal-mahal.

“Jumlah keseluruhan harga RM60 lebih. Korang (warganet) tolong share sampai diorang (KFC) notice perkara ni,” katanya lagi.

Menurut wanita tersebut, pesanan makanan itu dibuat menerusi perkhidmatan Grabfood dari KFC cawangan Balok, Kuantan.

Benda boleh bersuara buat ap4 diam? Kami tak cari salah siapa-siapa. Cuma cari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti.Menurut wanita berkenaan lagi, tindakannya memuat naik video berkenaan bukan mahu mencari publisiti mahupun cuba mencari salah, sebaliknya mahu bersuara agar pihak yg berkenaan mengambil maklum seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

“Benda boleh bersuara buat ap4 diam? Kami tak cari salah siapa-siapa. Cuma cari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti,” tulisnya pada ruangan komen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan dengan pendapat wanita berkenaan.

Antara komen netizen yg turut meluahkan pandangan yg sama.

“Terima kasih suarakan isi hati saya. Memang kualiti rendah sekarang ni. Kegemaran sepanjang zaman kot, memang boleh kesan kalau kualiti jatuh.

“Memang teruk burger dia. Semalam beli keras macam batu dagingnya.

“Ayam kecil macam ayam RM1. Bagi saiz besar balik, baru nak pergi makan,” demikian antara komen-komen netizen.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga melebihi 722,000 jumlah tontonan.

Setakat ini, tiada sebarang status atau maklum balas dari restoran makanan segera terbabit berhubung isu berkenaan.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Lagu ‘Ya Budu P’yan’ – Ramai Tak Sedar Maksud Liriknya Yang Agak ‘Tidak Elok’ Dinyanyikan | Article Update

Lagu berbahasa Rusia, Eta Lyubov nyanyian Amirchik semakin popular sejak kebelakangan ini apabila sering dijadikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.