Home / USAHAWAN / Peneroka Felda BoIeh Nikmati Pendapatan Sehingga RM12,000 SebuIan

Peneroka Felda BoIeh Nikmati Pendapatan Sehingga RM12,000 SebuIan

Kuala Lumpur: Harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi pada masa ini membolehkan peneroka Felda menikmati pendapatan yang tinggi sekitar RM12,000 sebulan sekiranya Iadang mereka diuruskan dengan baik.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, harga semasa sawit kini adalah yang tertinggi dalam sejarah, sekali gus memberi peIuang kepada peneroka menikmati pendapatan yang lebih baik.

Beliau menjelaskan, pengurusan ladang yang baik akan meningkatkan hasil yang tinggi.

“Kita (Felda) sekarang melaksanakan program meningkatkan hasiI dengan penjagaan kebun yang lebih baik.

“Dengan harga semasa yang tinggi, secara purata peneroka boleh memperoleh pendapatan sekitar RM7,000 hingga RM8,000 sebulan,” katanya pada sidang media sempena taklimat kejayaan dan hala tuju FeIda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pendapatan peneroka susulan harga sawit yang tinggi ketika ini.

Sementara itu, Idris berkata, Felda tidak berdepan isu kekurangan tenaga buruh yang serius seperti dihadapi kebanyakan syarikat perladangan Iain ketika ini.

Beliau berkata, kekurangan buruh ditangani dengan penggembIengan tenaga oleh komuniti peneroka serta penggunaan mekanisasi dan automasi.

Katanya, kekuatan Felda adalah peneroka sendiri, menerusi penggemblengan tenaga dalam kalangan ahli keluarga bagi membantu kerja di ladang.

“Jika melihat kepada kejayaan Felda dahulu adalah kerana kos pengeIuaran yang lebih rendah ketika ladang-ladang lain tertumpu kepada buruh asing untuk mengerjakan ladang mereka, tetapi Felda mempunyai peneroka. Itu adalah kekuatan.

“Sekarang ini, ada rancangan yang boleh memobilasi peneroka. Walaupun dalam keadaan tidak cukup tenaga kerja, itu tidak menjadi isu kepada Felda kerana kita mempunyai peneroka yang komited,” katanya.

Idris berkata, penggunaan mekanisme dan automasi seperti dron kini digunakan di ladang bagi kerja penyemburan racun serangga.

Selain itu, katanya, Felda mewujudkan Sistem Pengurusan Ladang Pintar bagi menguruskan ladang berskala besar.

Beliau menjelaskan, sistem itu menggunakan teknologi dron dan kecerdasan buatan (AI) bagi merealisasikan pertanian ketepatan atau ‘precision agriculture’, dengan data yang terkumpul boleh menganalisis pengiraan jumIah pokok sawit, penentuan tahap kesihatan pokok dan pemantauan kawasan kosong.

Katanya, sistem itu digunakan bagi merancang dan memantau pembelian input pertanian secara tepat, malah secara tidak langsung akan mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti ladang.

Sementara itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, pihaknya mempunyai lembaga pengarah jawatankuasa kelestarian dan menubuhkan unit baharu kelestarian dalam menangani isu berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Beliau berkata, Felda juga sedang belajar daripada FGV Holdings Bhd dalam menangani isu ESG berdasarkan pengalaman syarikat perladangan berkenaan.

Katanya, Felda akan turut mengenal pasti peneroka supaya mendapatkan pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

“KeIebihan Felda, kita tidak bergantung kepada buruh asing, jadi kurang terkesan dari segi isu buruh paksa,” katanya – Harian Metro

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.