Home / Makanan / Resepi Kuih Serabai Dan Kuah Durian

Resepi Kuih Serabai Dan Kuah Durian

KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN

Bahan2
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam

Caranya

1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 minit utk
memastikan yis aktif…

2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
sebati .

3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup .

4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut…dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan… sederhanakan api dapur dan tutup acuan.
Bila agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak…cungkil guna
bende tajam tuk kluarkan kuih dari acuan.

KUAH DURIAN

Bahan2nya :

1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
2-3 ulas durian
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu.

Cara2 nya :
1.Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing.

2.Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah .

3.Kacau sentiasa sehingga masak…

Kredit sumber: #rencah

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.