Home / Semasa / Sejak 42 Tahun Yang Lalu Sampai Sekarang Pun Tak Habis-Habis Lagi Bincang Isu Berat Beg Murid Sekolah. Mana Silapnya? | MyBlog

Sejak 42 Tahun Yang Lalu Sampai Sekarang Pun Tak Habis-Habis Lagi Bincang Isu Berat Beg Murid Sekolah. Mana Silapnya? | MyBlog

Kebelakangan ini, isu berat beg murid sekolah kembali dibincang secara hangat di portal-portal berita & platform media sosial di seluruh negara.

Portal Majoriti melaporkan, seorang murid sekolah rendah darjah 2 terpaksa memikul beg seberat 6 ke 7 kilogram setiap hari.

Ibu bapa yg turut membuat hantaran di Facebook juga risau mengenai berat beg sekolah anak mereka yg diumpamakan seperti berat 10 kilogram beras setelah dimasukkan sekali dengan botol air & bekal makanan.

Apa yg lebih menyedihkan, berat badan kanak-kanak ini hanyalah sekitar 20 kilogram & walaupun bertubuh kecil, ada di antara mereka terpaksa memikul beban beg ini utk menaiki tangga sehingga ke tingkat 3 setiap hari.

Personaliti pendidikan popular Mohd Fadli Salleh, sebelum ini pernah menyuarakan pendapatnya utk menghentikan saja pinjaman buku teks & letakkan sahaja buku milik sekolah tersebut di dalam kelas.

Menurutnya lagi, langkah menyediakan lokar & almari utk murid tinggalkan buku di dalam kelas tdk berjaya k3rana tdk semua orang mampu membayar sewa sampai lebih RM100 setahun.

Baru-baru ini, beliau sekali lagi membuat hantaran mengenai isu ini di Facebooknya. Beliau turut menekankan 4 langkah yg dilihat wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan isu ini yg berlarutan sejak tahun 1980 lagi!

Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh– Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh

Sempat tengok siaran ulangan isu beg berat di TV Al Hijrah tadi. Cuma nak tergelak bila ada panel kaitkan punca isu beg berat k3rana kelas KAFA atau kelas agama.

Katanya, jika hanya bawa buku kelas aliran perdana, tak timbul isu beg berat. 😂

Finaz steady sungguh. Bawa beg, buku & penimbang timbang depan mata. Ni tdk termasuk buku aktiviti & bekal makanan pun dah berat 2.7kg.

Bila tambah buku aktiviti & bekal makanan, biasannya berat beg akan mencecah antara 4kg – 7kg. Tu berat solid beg utk kelas aliran perdana sahaja. Tak termasuk kelas KAFA atau kelas agama.

Katakan purata berat beg 5kg. Berat badan ideal murid utk pikul berat beg 5kg sekitar 45kg – 50kg. Anak-anak kita darjah 1 darjah 2 ni berat badan sekitar 15kg – 30kg sahaja. 😢

Cadangan solusi pula banyak berputar utk tukarkan buku teks kepada ebook & digitalkan bahan pembelajaran.

Tidakkah mereka mengambil kira pengalaman kita melalui PdPR? Yang mana ramai murid ketinggalan, tiada gadget, tiada internet, tiada data & sebagainya?

Solusi beg berat pada aku ada beberapa. Antaranya :

Hapuskan skim pinjaman buku teks. Dan semua buku diletakkan di kelas. Macam sekolah swasta. Murid bawa buku tulis & aktiviti sahaja. Benda ni boleh laksanakan serta merta & impak pun terus dapat dilihat. Settle terus masalah.
Tak perlu wujudkan semua subjek ada buku teks. Ada subjek tak perlu buku teks pun seperti PJ, PK, Seni & Muzik. Buat amali sahaja & jika perlu rujukan utk topik-topik tertentu, guru boleh fotostat bahan & edarkan pada murid.
Kurangkan kepadatan silibus. Rendahkan aras. Fokus pada asas dahulu. Ni semua topik nak masuk dalam buku teks. Memang la tebal buku tu. Bila buku tebal, ia akan jadi berat. So bila silibus dikurangkan, buku jadi nipis & budak nak bawa pun ringan.
Digitalkan bahan pendidikan. Idea perlukan kos yg amat besar utk bekalkan setiap kelas LCD atau smart screen bagi tujuan pembelajaran.

Juga bukan semua murid ada gadget. Bukan semua tempat ada line internet. Takkan kerajaan nak bekalkan satu murid satu gadget. Kos terlampau besar. Dan maintenance sangat tinggi. Benda cepat rosak, cepat ‘hang’, kecurian, bateri kong, data hilang & sebagainya.

Hah, pada aku gitu je. Pada korang macamana?

Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh– Tangkap layar dari Facebook Mohd Fadli Salleh

BACA: Sistem Pendidikan Kini Menyusahkan Otak Murid Sekolah Rendah, Penggubal Silibus Nak Apa?

Sumber: Mohd Fadli Salleh, Majoriti

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Ada Ibu Bapa Bawa Bayi Masuk Pawagam, Doktor Kongsi Kesannya Boleh Datangkan Bahaya | Article Update

Menonton wayang merupakan salah satu aktiviti santai yg digemari orang ramai. Ditambah pula dengan fasiliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published.