Home / USAHAWAN / 7 tips penting sebelum buat pertanian

7 tips penting sebelum buat pertanian

Ini antara soalan yang banyak saya terima.

Saya ada tanah 5 ekar, saya nak tanam labu manis. Boleh ke?

Saya berminat nak tanam sawi giant 1 ekar. B0leh tak?

Saya berminat dengan pertanian ni. Tanaman apa yang paling baik ya?

 

Saya nak berhenti kerja dan nak balik kampung. Saya ada tanah 5 ekar dan nak tanam jagung. B0leh ke?

Dan banyak lagi soalan yang seumpama ini.

Baik.

Saya cuba ulas secara kasar ya persoalan ini.

Pertama sekali, saya tak b0leh bagi pandangan tanaman apa yang paling sesuai sebab ianya subjektif.

Mana mana sahabat yang datang jumpa saya terus pun, saya tak akan tentukan jenis tanaman yang nak ditanam.

Saya akan beritahu beberapa jenis tanaman yang sesuai. Saya akan cerita potensi dan juga risiko semua tanaman tersebut.

Jenis tanaman yang kita nak tanam bergantung pada banyak faktor.

1. Pasaran

Pasaran adalah syarat utama yang perlu kita kaji terlebih dahulu sebelum menentukan jenis tanaman yang kita nak tanam.

Kita boleh pilih nak jual borong atau runcit. Jika nak jual borong, kita mesti tahu senarai pemb0rong. Perlu tanya mereka, tanaman apa yang mereka boleh beli.

Jika kita plan nak jual secara runcit, pastikan kita dah tahu target group kita dan berapa kapasiti pasaran.

Ingat! Jika tiada pasaran, jangan tanam.

2. Kesesuaian tapak.

Bila pasaran dah ada, kita perlu teliti dengan tapak yang kita ada. Tapak tersebut sesuai dengan jenis yang mana.

Tak semua tapak sesuai untuk semua jenis tanaman.

Perhalusi tapak kita tu dari segi cahaya, sumber air dan tahap kesuburan tanah.

Perlu tahu juga, tapak yang kita pilih tu tenggelam air atau tak.

3. Modal.

Bidang pertanian ni sangat tinggi risik0. Sebolehnya guna modal apa yang ada ditangan. Jangan buat loan.

Dengan modal yang ada, kita boleh tentukan tanaman mana yang kita boleh buat. Buat ikut kemampuan modal, bukan buat ikut luas tanah yang kita ada.

Contohnya kita ada modal 10K. Pastikan modal ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kos pembangunan dan kos operasi.

Daripada 10K yang kita ada tu, 70% untuk kos pembangunan dan 30% untuk kos operasi. Ini contoh pecahan modal yang saya buat untuk projek fertigasi.

Pecahan modal ini tak sama bagi setiap jenis tanaman dan teknologi yang kita guna.

4. Teknologi.

Untuk permulaan, usah terlalu teruja dengan teknologi yang pelik pelik. Cuba buat dulu dengan teknologi yang paling rendah kosnya.

Bila dah nampak sinar kejayaan, barulah kita upgrade tekn0logi kita.

5. Tanam sedikit dahulu.

Bagi sahabat yang baru nak bermula, buat dalam kuantiti sedikit dahulu. Fokusnya untuk kita belajar selok belok pertanian dulu.

Kita ambil c0ntoh fertigasi, buat 500 – 1200 dulu. Bila dah ada pengalaman dan berjaya, baru kita buat dalam kuantiti yang banyak.

6. Tanaman paling mudah.

Untuk permulaan, tanam tanaman yang mudah dahulu. Pilih tanaman yang kurang risiko perosak dan penyakit.

Macam saya mula mula dulu, saya tanam jagung dan timun dulu 2 – 3 musim. Bila dah tahu sikit selok belok pertanian, baru saya buat lada.

Kita jangan ikut apa orang tanam. Tanam apa yang kita rasa mampu buat.

7. Ilmu

Setiap usaha perlukan ilmu untuk succes. Sama juga pertanian, carilah ilmu dulu baru mula projek.

Jangan sampai nak tunggu ilmu penuh baru nak mula. Ilmu ni tak akan habis!

Memadai kita tahu secara asas dan lebih kurang sahaja dulu. Yang lebih detail dan kompleks, kita belajar melalui pengalaman.

Misalnya kita nak buat fertigasi, kita dah tahu cara bancuhan formula baja dan jadual pembajaan yang betul.

Sahabat,

7 faktor ini saya dapat melalui pengalaman saya sendiri dan pengalaman kawan kawan saya yang dan lama dalam bidang ini.

Semua mereka setuju dengan pendapat, nak berjaya dalam pertanian ni mesti ada pr0ses. Dan proses itu perlukan masa.

Tolong kongsikan tips ini kepada sahabat yang lain SEBAB ia mungkin sangat berguna buat mereka juga.

#SahabatKebunAnda
#agromall.asia

Kredit Azuan Abdullah / Sahabat kebun anda

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.